Fadhilat Dan Khasiat Doa Akasyah
1) Dapat Menghafal Al Quran
‘Doa Akasyah’ hendaklah dibaca dengan penuh ikhlas kepada Allah SWT sebelum membaca Al-Quran.
Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku, “Wahai
Abu Bakar, janganlah kamu tinggal membaca doa Akasyah ini, sebab
membaca doa ini bererti akan memperoleh kesejahteraan dan anugerah dari
Allah SWT serta dapat menghafal Al Quran dan Kitab.”
Sayyidina Usman Ibnu Affan ra. Pernah berkata, “Sesungguhnya aku dapat menghafal Al Quran dengan berkah doa Akasyah ini.”
Sesiapa yang ingin menghafalkan Al-Quran,
maka tulisan doa ini dengan ambar dan minyak kasturi serta minyak
za’faran ditukis dalam mangkuk putih yang diisi dengan air, kemudian
airnya diminum selama tujuh hari, InsyaAllah akan lekas dapat diingat.
.
.
2) Dimudahkan Rezeki
Sesiapa yang membaca doa ini setiap hari,
sebulan sekali, setahun sekali atau seumur hidup sekali, maka Allah SWT
merintahkan tujuh puluh ribu malaikat dari langit membawa kebajikan,
serta dimudahkan rezekinya dan memperoleh rahmat.
.
.
3) Memperolehi Kekuatan Luar Biasa
Sayyidina Ali ibnu Abu Talib ra. pernah berkata, “Aku telah memiliki kekuatan dan keberanian yang luar biasa disebabkan berkahnya Doa Akasyah ini.”
.
.
4) Diampuni Allah SWT Segala Dosa.
Membaca dengan benar-benar ikhlas hati kerana Allah SWT secara istiqomah, InsyaAllah diberi ampunan dan dihapuskan segala dosa.
Sesiapa yang membaca doa ini sehari
sekali atau seumur hidup sekali jika tidak dapat membaca, maka
tulisannya saja diletakkan di dalam rumah, Allah akan memberikan ampunan
atas dosa-dosanya.
.
.
5) Mendapat Ganjaran Pahala
Pada hari kiamat Allah SWT akan memberikan pahala yang besar.
Hasan Basri r.a. berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Bahawasanya seseorang itu tidak akan memperolehi pahala yang
berlimpah-limpah seperti pahala orang yang membaca Doa Akasyah ini.”
Sayyidina Umar Bin Khatab berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Wahai
Umar bacalah doa ini, kerana membaca doa ini akan memperoleh pahala
yang sangat besar, tujuh puluh ribu malaikat berbuat kebajikan kerana
membaca doa ini, satu Malaikat mempunyai mulut, tujuh puluh dan
mempunyai kepala tujuh puluh. Tiap satu memuji kepada Allah SWT dan
semua itu diberikan kepada orang yang mahu membaca doa ini, Allah
memberi rahmat kepadanya.”
.
.
6) Ditinggikan Darjat
Dalam hidupnya sentiasa membaca doa tersebut, nescaya Allah SWT mengangkat darajatnya di dunia dan akhirat. Apabila bangkit dari kubur, wajahnya seperti bulan purnama… banyaknya malaikat berada disekelilingnya yang semuanya membawa bendera dari cahaya terus menuju ke syurga bersama-sama orang yang membaca doa Akasyah. Orang yang berada di padang mahsyar merasa kagum dan tercengang hairan kerana dihormati oleh para malaikat dan orang soleh.
.
.
7) Mimpi Berjumpa Nabi
Sesiapa yang ingin berjumpa dengan
Rasulullah SAW dalam mimpi, maka mandilah sebersih2nya pada malam Jumaat
dengan memakai wangian kemudian melakukan solat dua rakaat kemudian
setelah selesai solat membaca doa ini lima kali dengan penuh ihklas,
maka InsyaAllah memperoleh anugrah berjumpa dengan Rasulullah dalam
mimpi.
.
.
8) Diiringi Malaikat
Syeikh Sya’ban r.a. berkata, Aku mendengar dari sabda Rasulullah SAW. “Sesiapa
yang berdoa dengan doa ini, jika ia meninggal dunia, maka akan sentiasa
mendapat anugerah dari Allah SWT tujuh puluh ribu malaikat yang
menghantar jenazahnya ke qubur yang setiap satu Malaikat alam nur /
cahaya.” Malaikat berkata: “Jangan
engkau takut, sesungguhnya Allah SWT telah memberikan anugerah kepada
engkau nanti hari kiamat dan membuka pintu syurga untukmu.” Allah SWT pun berfirman: “Wahai Fulan sesungguhnya Daku malu menyiksa engkau kerana telah mengamalkan membaca doa ini.”
.
.
9) Wajah Berseri Di Hari Kiamat
Sesiapa membaca doa ini setiap hari tiga
kali, nanti pada hari kiamat wajahnya akan seperti bulan purnama tarikh
14 dan masuk syurga tanpa kira-kira kerana berkat doa ini.
.
.
.
Lain-Lain Khasiat Dan Kelebihan Doa Akasyah
.
Banyak sekali kebaikan dalam ‘Doa Akasyah’ ini, berikutteradapat beberapa faedah lagi yang boleh kita ikhtiarkan:
1.
Jika ada anak, isteri, pembantu atau yang lain, lari dari rumah dan
lama tidak pulang maka lakukanlah solat dua rakaat dengan hati yang
ikhlas tiga kerana Allah, sesudah membaca Al-Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali, sesudah salam membaca doa ini, InsyaAllah orang yang diingati tersebut akan cepat pulang.
2. Sesiapa yang tidak mahu kekurangan rezeki bacalah doa ini, InsyaAllah, tidak kekurangan rezeki.
3. Sesiapa mempunyai
tanggungan hutang dan ingin lekas dapat membayarnya dengan membaca doa
ini, InsyaAllah lekas dapat membayarnya.
4. Sesiapa yang membaca doa ini, pada setiap malam, Allah SWT akan selalu melindunginya dari bahaya kebakaran.
5. Jika akan
bermusafir atau pergi berlayar, maka bacalah doa ini sewaktu akan pergi
dan belayar, InsyaAllah akan selama dari mara-bahaya.
6. Jika ada orang yang sakit gila kerana godaan syaitan atau sakit panas dan di bacakan doa alasah ini InsyaAllah lekas sembuh.
7. Doa ini apabila
diamalkan setiap hari dan malam hari dengan hati ikhlas, maka ia tidak
akan sakit kecuali sakit yang menyebabkan ia meninggal dunia.
.
.
Akasyah r.a. adalah sahabat Nabi SAW yang
memiliki kumpulan doa-doa yang dikenali dengan Doa Akasyah. Bait demi
bait dalam doa ini penuh makna dan menyentuh hati. Mengagungkan Nama dan
Sifat Allah SWT yang mulia serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala
di atas segala dosa yang telah kita lakukan sama ada yang kita sedari
mahupun yang tidak kita sedari.
Petikan dari Buku bertajuk;
“Terjemah Majmu’ Syarif” (Jalan kemuliaan menuju kebahagiaan dunia & akhirat).
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
credit to:https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/09/03/fadhilat-dan-khasiat-doa-akasyah/Cheers
Zia ANis
No comments:
Post a Comment