Wednesday, August 10, 2016

Tips Rumahtangga Bahagia

Rumahtangga Bahagia
Perkongsian daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Ikim.fm


Bagaimana membentuk Rumahtangga Bahagia?

        1.      Tengok kualiti solat
Semua orang dalam sebuah rumahtangga orang menjaga solat dengan sempurna.
-Tanya anak..isteri sudah solat...ingatkan mengenai bersolat
-hati kena selalu ingat Allah, berzikir dan ingat Allah dalam solat
-Periksa solat, akrab dengan Allah akrab dengan manusia.
*Ada orang solat, tapi tidak berlemahlembut dengan isteri, anak-anak..so periksa solat...

        2.      Akhlak Perbuatan baik yang boleh dibuat tanpa ragu-ragu.
Autopilot bila sudah terbiasa...berbuat baik.

        3.      Perlu ada kelembutan. Kalau anak minta sesuatu selagi tak memudaratkan dibolehkan. jangan guna bahasa kasar, jangan sentap asal meresap dalam hati. Jangan marah-marah.

        4.      Kemahiran ekonomi dan pengurusan masa dan konflik. Perhatikan bahan masakan yang baik dan sihat.

        5.      Kenderaan yang baik dan rumah yang lapang. kena ada kekuatan ekonomi. Jimat cermat. Ada pelaburan patuh syariah. Ada takaful yang baik. Rumah lapang ialah rumah yang dapat menampung semua orang, bilik terpisah, ruang solat, mini perpustakaan dan ruang untuk tetamu. Kenderaan bukan mewah, tapi yang baik, tak rosak, kena selalu diselenggarakan. Ini adalah itqan. Bukan dunia semata.

* Tahap yang dibenarkan dalam Islam:
Tahap keperluan (contoh rumah, kereta)
-tahap kemudahan (Contohnya memiliki dua kereta..satu untuk isteri, satu untuk suami...kemudahan ke tempat kerja dan memudahkan rumahtangga.
-Tahap keselesaan.

Membazir dan menunjukkan kemewahan adalah bukan cara hidup islam.

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...