Friday, February 26, 2016

Jalan-jalan ke Cochem, Germany

Assalamualaikum,

Hari ini saya nak share trip saya ke Cochem iaitu sebuah bandar kecil di negeri Rheinfal. Kat germany, saya sangat suka travel sebab itu yang boleh menggembirakan saya...yang lain kehidupan sangat tough...tapi takper...yang gigih sahaja mampu bertahan..macam berlian yang berada dibawah tekanan..makin banyak tekanan makin bernilai...

Saya dan seorang kawan memulakan perjalanan jam 7.30 pagi..menaiki train ke Cochem dari Saarbruecken yang mengambil masa hampir 2 jam..dan melalui bandar Trier.

Cochem bandar yang dikelilingi ladang anggur dan berdekatan sungai..tapi masa autumn anggur dah takde..sebab semasa summer anggur memang lebat berbuah. Tapi yang best masa autumn, pemandangan MASYAALLAH sangat cantik dan mengkagumkan kerana semua pokok berdaun warna-warni.

Disini banyak kedai menjual pelbagai jenis kek...keknya sedap2..yang kat tempat lain jarang ada...tapi kena pilih tanpa wine dan alkohol dan juga gelatin.

Dan disini juga terdapat castle yang korang boleh naik sampai ke atas...sebab castle ni terletak diatas bukit..kena mendaki sikit.

Disini juga banyak hotel yang terletak menghadap sungai...dan banyak senior aka orang pencen datang sini rileks..bersama pasangan masing-masing. Cukup tergambar kasih sayang antara mereka walau dah berusia...pegang tangan..jalan seiringan. 

Jom tengok fotonya:

Pemandangan daripada Cochem Mosel Train Station

Pemandangan daripada jambatan Utama Cochem

Deretan hotek menghadap sungai

Boleh juga naik cruise menyusuri sungai


Itulah castle yang cantik..terletak di atas bukit.

Ramai opa oma kat sini..rehat dan santai

Last but not least, Zia the traveller...


CHeers,
ZIa aNIS

6 comments:

  1. Salam kak anis... kak anis ada fb tak? Kat jerman kak anis tinggal kat mana?

    ReplyDelete
  2. wana surif boleh emel saya orangee83@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. Salam, nak tanya,zia anis ambil bidang apa sambung phd?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Saya bidang Bioinformatics CIk Fatimah.

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...