Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Zaman sekarang, pelbagai penyakit muncul dan tersebar. Manakala kanser adalah juga diantara penyakit kronik yang banyak menular dalam masyarakat hari ini. Kesedaran tentang beberapa bahan-bahan penyebab kanser dan mutation boleh menghindarkan kita dan keluarga tersayang daripada penyakit ini. Semua dari Allah..yang penting prevention better than cure. Cegah sebelum parah..dan lebih murah. Kalau nak beli apa-apa kita cek dulu bahan-bahan kandungannya dan teliti. Ilmu kan senang..google je..maklumat di hujung jari...manfaatkan smartphone untuk tambah ilmu.
Sekarang, saintis di seluruh dunia sedang giat menjalankan kajian mengenai kanser dan tak terkecuali juga saya..adalah skit2 ilmu tentang kanser tapi lebih kepada analysis data..dan bukan experimental works kat lab tu. Selain itu saya juga mengajar pelajar farmasi. Dunia ubat.Dan melalui pembacaan saya, jom tengok bahan apa yang terlarang dan penyebab kanser.
1) SLS
Sodium laureth sulfate atau sodium
lauryl ether sulfate (SLES), adalah detergen dan surfaktan yang biasa di
temui di produk perawatan tubuh seperti sabun, shampo, ubat gigi, dll.
Dan saya cek dalam tisu basah yang digunakan untuk mengelap bayi juga ada SLS. SLES efektif
sebagai unsur pembuat buih. (Wikipedia).
Selain pada produk perawatan tubuh, SLS
atau SLES juga sering digunakan dalam produk cairan pembersih untuk
menciptakan buih. Entah mengapa kebanyakan ibu-ibu lebih menyukai produk
pencipta buih yang banyak saat mencuci padahal sebenarnya buih yang
banyak menandakan adanya surfaktan.
Surfaktan memiliki risiko mengiritasi
kulit. Sebagai zat yang bersifat pengemulsi dan pembersih sifatnya
membuat kulit menjadi kering dan teriritasi. Apalagi jika digunakan
dalam jumlah yang besar dan pekat.
2) Bisphenol A (BPA)
Bahan yang banyak terdapat dalam barangan plastik. Dan kita banyak terdedah kepada plastik dalam aktiviti seharian seperti makan dan minum dalam bekas plastik...buat air dalam jug plastik, minum air panas dalam gelas plastik, dan bayi juga terdedah kepada BPA melalui botol susu...jom lepas ni cari botol susu BPA free...walau mahal skit takper..pelaburan yang bagus.
Bahan BPA akan terserat atau keluar daripada bahan plastik bila terdedah kepada suhu panas. Dan saya pernah membuat kajian keatas tikus Sprague Dawley dan kesan BPA keatas organ-organ utama tikus tersebut. Memang signifikan dan banyak kajian antarabangsa telah dilakukan keatas BPA dan kesan buruknya kepada kesihatan manusia.
3) Paraben
4) BAS (Benzyl Alkyl Sulfonate)
5) Merkuri
Terutamanya dalam kosmetik dan juga pemutih muka.
Untuk menyemak samada barang yang kita gunakan selamat dan berdaftar dengan KKM sila semak http://portal.bpfk.gov.my/
Manakala memilih yang halal dan toyyiban adalah sangat penting dalam islam. Selagi ada alternatif ke arah yang lebih baik..jom tukar.
Semoga bermanfaat
Cheers,
Zia ANis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
No comments:
Post a Comment