Artikel ini adalah perkongsian yang saya ambil daripada sebuah forum.
 Gaji yang dimaksudkan kemungkinan daripada gaji bersih selepas tolak perbelanjaan hakiki, seperti rumah sewa, makan-minum dan lain2.
Ada juga pakar ekonomi yang mengira jenis kereta yang boleh dibeli ialah dengan mengira gaji bersih x 12 bulan
eg: 2800 X 12= 33600, jadi kereta yang boleh dibeli ialah dalam lingkungan harga tersebut.
Jom baca artikel ini..mungkin bermanfaat:
Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai 
promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta 
untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.
Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan 
anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya 
(atau yang pertama).
Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.
1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah
Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet 
harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta 
yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.
- Perodua Axia
 
- Harga paling murah : RM 24,000
- Bulanan : RM240 (9 tahun)
 
 
Perodua Axia kini menjadi kereta paling murah yang 
paling berbaloi untuk dibeli. Selain murah, kereta ini juga dikatakan 
menjimatkan minyak. Di laman web rasmi Axia, kereta ini dikatakan mampu 
bergerak sejauh 21.5 km untuk setiap liter minyak. Namun menurut 
beberapa pengguna Axia, kereta ini bergerak sejauh 17 km - 18 km bagi 
setiap liter.
- Proton Saga
 
- Harga paling murah : RM 33,243
- Bulanan : RM350 (9 tahun)
 
 
Proton Saga adalah kereta sedan yang paling murah di
 Malaysia. Kereta ini dilaporkan boleh bergerak sejauh 15km - 16 km bagi
 setiap liter minyak. Jika anda sudah berkeluarga dan mencari kereta 
yang mempunyai ruang yang lebih, ini kereta yang tepat untuk anda.
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya : 
- Perodua Myvi
 
- Harga paling murah : RM 40,862
- Bulanan : RM 419 (9 tahun)
 
 
Jika pendapatan anda berada di dalam lingkungan ini,
 sudah semestinya kereta Myvi patut menjadi pilihan anda. Selain 
menjimatkan minyak, kereta ini juga murah dari segi kos 'maintainance'. 
Selain itu, Myvi juga terkenal dengan ruangan yang luas jika 
dibandingkan dengan kereta kompak yang lain termasuklah Suzuki Swift.
- Proton Iriz
 
- Harga paling murah : RM 41,077
- Bulanan : RM 446 (9 tahun)
 
 
Apa yang membuatkan Iriz lebih istimewa dari 
pesaingnya, iaitu Myvi adalah ciri keselamatan yang lebih banyak. Walau 
bagaimanapun, ruang dalaman Iriz sangat terbatas. Dari segi penggunaan 
minyak, pengguna melaporkan ia boleh bergerak sejauh 14 km bagi setiap 
liter.
- Nissan Almera
 
- Harga paling murah : RM 64,960
- Bulanan : RM 667 (9 tahun)
 
 
Kereta Nissan Almera boleh dikatakan antara kereta 
yang banyak dilihat di jalan raya. Mengikut reviu pengguna kereta ini 
boleh bergerak sejauh 13 km bagi setiap liter. Namun apa yang penulis 
paling tidak menggemari tentang Almera adalah designnya yang kurang ok. 
Mungkin Nissan boleh membaikinya pada model seterusnya.
- Proton Preve
 
- Harga paling murah : RM 55,686
- Bulanan : RM 579 (9 tahun)
 
 
Preve boleh dianggap sebagai pengganti kepada Proton
 Persona. Namun model yang paling murah ini tidak didatangkan dengan 
enjin CVT iaitu teknologi tanpa gear. Menurut reviu dari pengguna, 
kereta ini boleh bergerak sejauh 10.5 km bagi seliter minyak.
- Perodua Alza
 
- Harga paling murah : RM 50,702
- Bulanan : RM 520 (9 tahun)
 
 
Ini dia MPV kompak termurah di Malaysia, Perodua 
Alza. Dengan kekuatan enjin 1.5l kereta ini dikatakan boleh pergi sejauh
 12.5km bagi setiap liter. Namun ada juga komplain dari pengguna yang 
berkata enjin yang dimasukkan 'tidak padan' dengan kereta ini.
- Proton Exora
 
- Harga paling murah : RM 53,797
- Bulanan : RM 558 (9 tahun)
 
 
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak 
keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi
 sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari 
segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang
 menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya 
sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta 
sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
- Honda City
 
- Harga paling murah : RM 74,007
- Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
 
 
Honda City kini menjadi kereta yang paling 'panas' 
di Malaysia. Ini kerana kereta ini dikatakan menyediakan pelbagai ciri 
yang tidak boleh didapati pada kereta lain di dalam kelasnya, seperti 
contoh fungsi Push to Start.
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
- Mazda 2 (skyactiv)
 
- Harga paling murah : RM 85, 470
- Bulanan : RM 887 (9 tahun)
 
 
Mazda 2 yang terbaru didatangkan dengan enjin 
Skyactiv yang dikatakan sangat menjimatkan minyak. Menurut reviu dari 
pengguna, kereta ini boleh bergerak sejauh 16.4 km bagi setiap liter. 
Wow. Dan bagi 100 km, kereta ini menggunakan 4.5 liter minyak (RM 
10.00). Wow. 
- Honda Jazz
 
- Harga paling murah : RM 69, 566
- Bulanan : RM 722
 
 
Jazz memang terkenal dengan keluasan dalam kereta 
yang disifatkan sangat se-le-sa. Seperti abangnya, kereta ini juga turut
 mempunyai 'resale value' yang tinggi. Reviu dari pengguna mengatakan 
kereta ini boleh bergerak sejauh 17.4 km dengan 1 liter minyak. Lebih 
jimat berbanding Mazda 2. Namun bagi perjalanan jarak jauh, Mazda 2 
masih lagi menang.
- Toyota Vios
 
- Harga paling murah : RM72, 459
- Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
 
 
Jika dibandingkan dengan Honda City, Vios sentiasa 
menang dari segi keselesaan dalaman. Kereta ini juga pernah disifatkan 
Raja Kereta kerana ia sangat popular pada satu ketika dahulu walaupun 
harganya tidaklah terlalu mahal. Laporan dari pengguna berkata kereta 
ini boleh bergerak sejauh 10km untuk seliter minyak.
- Suzuki Swift
 
- Harga paling murah : RM 65,888
- Bulanan : RM 684
 
 
Jika anda mementingkan gaya dan elegen, Swift patut 
menjadi pilihan anda. Kereta ini menjadi pilihan-pilihan remaja yang 
rata-rata gemarkan bentuknya yang kelihatan mewah. Walaupun kelihatan 
besar, keluasan dalaman kereta ini sebenarnya lebih kecil dari Myvi. 
Bedasarkan reviu pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 15 km setiap 
liter.
- Nissan Grand Livina
 
- Harga paling murah : RM 86,893
- Bulanan : RM 902
 
 
Anda mempunyai keluarga besar atau merancang untuk 
mempunyai keluarga yang besar? Grand Livina tentu menepati cita rasa 
anda. Kini Grand Livina adalah MPV yang paling murah di Malaysia. Selain
 itu, kereta ini juga turut mendapat pujian bagi perjalanan jarak jauh 
kerana menjimatkan minyak. Tapi bagi pemanduan di dalam kota, 
sebaliknya. 
- Volkswagen Polo (sedan)
 
- Harga paling murah : RM 91,888
- Bulanan : RM 999 (7 tahun)
 
 
Kenapa Volkswagen Polo boleh masuk dalam senarai 
sedangkan harganya lebih dari RM90,000? Ini kerana Volkswagen kini 
sedang menawarkan 0% interest bagi pembelian keretanya. Ini bermakna 
pengguna cuma perlu membayar RM 999 sebulan dalam masa 7 tahun untuk 
merasai pengalaman memandu sebuah kereta 'continential'.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut 
pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum 
dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, 
Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang 
boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli. - 
Siakapkeli.my
Cheers,
Zia ANis
*jom berjimat dan berhemah... 
No comments:
Post a Comment