Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Beberapa hari lepas saya sempat mendengar rancangan Pesona Dzahra yang tazkirahnya di sampaikan oleh Ustaz Abdullah Amin. Sangat berkesan dihati saya tazkirah tersebut...Jadi saya akan tulis kisahnya disini....Semoga bermanfaat...
Kisah Pencuri Kain Kapan dan Orang Alim
Kisah Benar,
Di zaman dahulu, ada orang yang sanggup menjadikan pekerjaan mencuri kain kapan sebagai perkerjaan. Dan ianya di panggil "nabbas". Mereka bukan mencuri kain kapan di masjid atau di kedai kain tetapi di dalam kubur dan dijual kepada orang memerlukannya...Pelik tapi benar...
Dan tersebutlah kisah seorang lelaki X yang terkenal sebagai nabbas di sebuah kampung. Di suatu hari si X ini berjalan jalan dikampung tersebut..dan seorang alim telah terserempak dengannya dan orang alim itu berhenti dan bercakap sesuatu dengan si X....si alim tersebut berpesan kepada Si X agar tidak mencuri kain kapannya setelah beliau meninggal dunia kelak dan beliau membayar sejumlah wang sebagai ganti kepada si X...RM160 contohnya...dan si X kata beliau berjanji tidak akan mencuri dan sedia mengambil wang tersebut dan akan berpegang pada janjinya.
Ditakdirkan tuhan, si alim tersebut meninggal dunia tidak lama kemudian. Dan si X ini terfikir-fikir patutkah aku menggali kubur dan mencuri kain kapannya...Setelah berfikir panjang, pada suatu malam dan seorang diri, beliau menggali kubur si alim tersebut..dan beliau dapati kuburnya sangat dalam..lalu beliau menggantung tali panjang keatas sebatang pokok agar beliau boleh masuk kedalam dan keluar dari kubur dengan senang...Dan beliau terus masuk ke dalam kubur...dan kuburnya sangat dalam..dan tibalah ke dasarnya...beliau nampak si alam macam keadaan orang yang sedang menari sekejap kiri dan sekejap ke kanan....lalu si X bertanyakan kenapa kamu kelihatan seperti menari..dan si alim berkata "oh kamu si nabbas....kamu datang juga yer...sebenarnya aku ke kiri dan ke kanan kerana mengelak daripada dipatuk seekor ular sejak aku di kuburkan pagi tadi hingga ke malam ini...ular itu tidak henti2 ingin mematuk aku...." semasa berkata kata kepada si X ular tersebut tidak kelihatan...
Dan si alim berkata, "aku hendak dipatuk ular kerana suatu ketika lalu, aku dijemput kenduri di rumah seorang balu yang kematian suaminya. Maka aku dijamu dengan daging, dan sedikit daging terlekat di gigi ku..jadi aku mencari cari apa yang boleh digunakan untuk mencungkil daging tersebut daripada gigi ku..lalu aku patahkan serpihan dinding rumah perempuan balu tersebut dan tidak meminta izinya...".
Setelah mendengar cerita si alim tersebut, si X menjadi serba salah, insaf dan sedih..bayangkan si alim begini yang kuat beribadah di siksa dikubur disebabkan dosa sekecil lidi pencungkil gigi..sedang dia sentiasa mencuri dan lalai beribadah....
Lalu si X terus cepat cepat keluar dari kubur dan berjanji dengan si alim untuk minta halal dengan perempuan balu tersebut tentang pencungkil gigi tersebut..setelah keluar dari kubur, beliau lihat jenazah si alim tadi berbaring di liang lahad...sebenarnya si X telah dibukakan hijab untuk melihat di alam kubur...
Beliau bergegas menggambus kubur tersebut dan pulang meminta halal pada perempuan balu tersebut, dan ianya dihalalkan. Sejak itu, si X sudah bertaubat nasuha dan menjadi seorang alim ulamak tersohor di waktu tersebut.
Moral of story: Bayangkan setiap yang baik Allah akan balas baik..dan setiap yang jahat Allah akan balas walaupun sekecil zarah...
JOm jadikan rezeki kita halal, berkat dan sentiasa menjaga apa yang kita gunakan adalah hak kita..dan menjaga hak orang lain..Kerja adalah amanah...
Dan sentiasa lah berdoa agar kita mati dalam keadaan baik dan tidak berhutang. Moga ALlah lapangkan rezeki kita agar tidak terjebak dengan hutang dan riba. Ameen.
Cheers,
Zia ANis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Wednesday, August 26, 2015
Monday, August 24, 2015
Tips: Kereta Yg Boleh Dibeli Jika Anda Berpendapatan Antara RM2,000 ke RM4,000 Sebln
Artikel ini adalah perkongsian yang saya ambil daripada sebuah forum.
Gaji yang dimaksudkan kemungkinan daripada gaji bersih selepas tolak perbelanjaan hakiki, seperti rumah sewa, makan-minum dan lain2.
Ada juga pakar ekonomi yang mengira jenis kereta yang boleh dibeli ialah dengan mengira gaji bersih x 12 bulan
eg: 2800 X 12= 33600, jadi kereta yang boleh dibeli ialah dalam lingkungan harga tersebut.
Jom baca artikel ini..mungkin bermanfaat:
Pemilihan kereta selalu membuatkan kita pening. Mana taknya, pelbagai promosi & juga 'tangga-tangga' harga diletakkan oleh penjual kereta untuk membuat kita gelap mata ketika memilih.
Untuk membantu, kami datangkan senarai kereta berdasarkan pendapatan anda supaya anda lebih yakin untuk memilih kereta anda yang seterusnya (atau yang pertama).
Di dalam senarai ini, kami mengambil harga kereta dari Carbase.my. Kadar 'interest' pula kami letakkan sebanyak 2.58.
1 - Bagi RM2,000 dan ke bawah
Bagi mereka yang bergaji RM2,000 dan kebawah, kami meletakkan bajet harga kereta dari RM20,000 sehingga RM35,000. Terdapat dua buah kereta yang patut menjadi pilihan anda. Axia dan Proton Saga.
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya :
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli. - Siakapkeli.my
Cheers,
Zia ANis
*jom berjimat dan berhemah...

- Perodua Axia
- Harga paling murah : RM 24,000
- Bulanan : RM240 (9 tahun)
- Proton Saga
- Harga paling murah : RM 33,243
- Bulanan : RM350 (9 tahun)
2 - Bagi RM2,000 - RM3,000
Pada kategori ini kami meletakkan harga kereta dari RM40,000 hingga RM60,000. Terdapat beberapa pilihan untuk anda, antaranya :
- Perodua Myvi
- Harga paling murah : RM 40,862
- Bulanan : RM 419 (9 tahun)
- Proton Iriz
- Harga paling murah : RM 41,077
- Bulanan : RM 446 (9 tahun)
- Nissan Almera
- Harga paling murah : RM 64,960
- Bulanan : RM 667 (9 tahun)
- Proton Preve
- Harga paling murah : RM 55,686
- Bulanan : RM 579 (9 tahun)
- Perodua Alza
- Harga paling murah : RM 50,702
- Bulanan : RM 520 (9 tahun)
- Proton Exora
- Harga paling murah : RM 53,797
- Bulanan : RM 558 (9 tahun)
Luas dan selesa, itu yang boleh dikatakan kepada kereta MPV kompak keluaran proton ini. Menurut reviu dari pengguna, kereta ini boleh pergi sejauh 9 km bagi setiap liter minyak yang mana tidak begitu bagus dari segi penjimatan minyak.
3 - Bagi RM3,000 - RM4,000
Jika pendapatan anda berada dalam lingkungan ini, pelbagai kereta sedang menunggu anda untuk dimiliki. Jujurnya, pilih dengan sebaik-baiknya sebelum membeli kerana harga yang diletakkan oleh dealer-dealer kereta sangat licik.
Kami meletakkan margin harga dari RM 70,000 hingga RM 90,000 bagi kumpulan ini.
Antara kereta yang boleh dipilih adalah :
- Honda City
- Harga paling murah : RM 74,007
- Bulanan : RM 759 ( 9 tahun)
Yang lebih menarik, kereta ini juga mempunyai nilai 'resale value' yang tinggi untuk dijual di kemudian hari.
- Mazda 2 (skyactiv)
- Harga paling murah : RM 85, 470
- Bulanan : RM 887 (9 tahun)
- Honda Jazz
- Harga paling murah : RM 69, 566
- Bulanan : RM 722
- Toyota Vios
- Harga paling murah : RM72, 459
- Bulanan : RM 752 ( 9 tahun)
- Suzuki Swift
- Harga paling murah : RM 65,888
- Bulanan : RM 684
- Nissan Grand Livina
- Harga paling murah : RM 86,893
- Bulanan : RM 902
- Volkswagen Polo (sedan)
- Harga paling murah : RM 91,888
- Bulanan : RM 999 (7 tahun)
Itulah dia senarai beberapa kereta yang boleh anda beli mengikut pendapatan anda. Namun masih ada beberapa buah lagi yang belum dimasukkan seperti Ford Fiesta, Mitsubishi Attrage, Hyundai Elantra, Proton Suprima dan lain-lain. Namun bagi kami ini kereta-kereta yang boleh dikatakan berbaloi untuk dibeli. - Siakapkeli.my
Cheers,
Zia ANis
*jom berjimat dan berhemah...
Thursday, August 20, 2015
Pos Kemerdekaan: Kuasa Pasport Malaysia
Assalamualaikum, sudah lama tiada entry baru, dan sempena bulan kemerdekaan jom menilai dan mensyukuri kuasa Pasport Malaysia yang boleh digunakan di 140 buah negara dan menduduki tangga ke 7 power of Pasport ranking dunia...dan ini dicemburui ramai..termasuklah rakan seperjuangan phd saya disini..sampaikan ada yang kata nak duduk dan kahwin dengan orang Malaysia lah..macam-macam lah diorang ni..Germany di tangga ke-2 dan Spore ditangga ke 4..Hebatlah Malaysia.
Sekarang proses membuat pasport dan memperbaharui pasport adalah sangat cepat iaitu akan siap dalam masa sejam. Dan gambar pasport tidak diperlukan kerana gambar akan dirakam oleh pegawai imigresen (kenalah pakai lawa2 masa pi Imegresen yer)...
dan setiap pembaharuan ialah setiap 5 tahun dengan bayaran RM200 sahaja. Manakala pembaharuan selama 3 tahun dihapuskan.
Pasport malaysia ialah bercip..jadi kna jaga dengan hati-hati agar cip tidak rosak dan boleh dibaca atau discan oleh mesin scanner.
Sila semak disini untuk ranking:
Walaupun hari ini dan beberapa minggu lepas, RM ringgit Malaysia jatuh merudum, tapi diharapkan situasi ini tidak berpanjangan dan pasti akan memberi kesan kepada semua orang.
Cheers
Zia Anis

Anyway, saya sayang Malaysia dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan sentiasa akan pulang berkhidmat untuk negara.
Semoga Malaysia aman dan sejahtera.
Salam Kemerdekaan.
Cheers
Zia Anis
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...