JOm amalkan solat sunat...semoga ianya menjadi penampung pahala kepada solat wajib kita...
Ustaz Rosyam noor..selalu marah katanya "dah tua tak nak solat lagi???". Jom solat sunat, bukan kerana orang..tetapi kerana kita adalah baik dan mahu jadi baik.
Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap
 bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di 
samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan 
solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat 
lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah 
dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar 
(Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak 
ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh 
melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat 
Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat
 Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk 
solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh 
tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang 
menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad
 (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa
 yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah 
SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.
Solat sunat Rawatib yang mu’akkad
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
Semoga bermanfaat.
Cheers,
Zia ANis

 
 
 
 
No comments:
Post a Comment