Assalamualaikum dan Hai,
Pesanan untuk diri sendiri dan pembaca budiman.
[1] Tidak berdua-duaan
antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim, baik di rumah, di
pejabat atau di mana saja. Mengikut Sabda Rasulullah, "Tidaklah
seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang
ketiganya adalah syaitan.".
Nota: trend remaja dan belia masa
kini yang masih belajar yang mengamalkan couple, dating dengan alasan belajar
atau bediskusi subjek-subjek tertentu. Apa kata kita tukar diskusi
wanita-wanita, lelaki-lelaki kan lebih mudah tak payah pakai tutup aurat
asalkan sopan dan tidak menjolok mata, dan tak perlu bimbang mana nak buat
diskusi, di bilik masing-masing pun dah boleh bertemu bincang.
[2] Bagi para wanita
muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur
(tidak menutup aurat) ketika keluar
rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian.
Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya-
wanita yang berpakaian tapi telanjang dan
berjalan miring
berlenggak-lenggok." Dan pakaian yang paling
dianjurkan adalah
abaya yang sederhana (pakaian
berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh),
menutup kedua tangan dan kaki, serta
tidak menggunakan wangi-wangian. Hendaklah mencontoh Ummahatul Mu'minun dan
Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu bagaikan burung gagak yang memakai
pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh mereka yang terlihat.
Nota: Apakata jika kita tidak ringan
mulut untuk mengata orang dengan mengatakan bahawa baju dan tudung tak sepadan,
tak trendy lah, tak update lah…sebab kata-kata macam ini menyebabkan terdorong
wanita untuk lebih bergaya untuk mendapat penghargaan manusia bukan redha
Allah. Dan apakata kita cuba pakai baju sopan seperti baju kurung, skirt sopan
dan baju blouse labuh, kan lebih bagus dan manis…begitu juga bab bersolek dan
bermekap cukup sekadar menutup cela dan memakai lip balm untuk memaniskan muka.
[3] Hindari membaca
majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini
akan membangkitkan nafsu seks . Janganlah merosak rumahmu, hatimu dan
akalmu dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.
Nota: Di pasaran sekarang terdapat
banyak bahan bacaan ilmiah Islam seperti majalah solusi, Al ustaz dan buku-buku
agama keluaran PTS, Telaga Biru, Mustread dan sebagainya. Apakata belanjakan
RM10 sebulan untuk membeli majalah atau simpan RM1 sehari, dapat sebuah buku
sebulan. Malahan di internet juga terdapat banyak lam sesawang dan blog
bersifat penulisan islamik. Tepuk dada Tanya selera.
[4] Allah berfirman, "Dan
diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan
perkataan yang tidak berguna untuk
menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa
pengetahuan dan menjadikan jalan
Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan
memperoleh adzab yang
menghinakan." (Lukman:6).Maka hindarilah mendengarkan
lagu-lagu yang mengasyikkan, hiasilah pendengaranmu dengan lantunan
ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar,
perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati).
Nota: Seperti kata Prof. Dr. Muhaya,
rancangan apa dan saluran tv/radio yang kita dengar seharian mencorakkan kita.
Jadi pilihlah tv atau radio yang sesuai dan bermanfaat seperti Tv AL-Hijrah,
Tanyalah Ustaz-Ustazah TV9, AFC (Masak-masak), Radio IKIM, Radio Salam.fm
ataupun radio berbahasa inggeris untuk meningkatkan kefahaman dan kefasihan
berbahasa inggeris. Sekarang juga terdapat lambakan CD alunan zikir, nasyed,
bacaan Quran yang boleh dipasang di rumah atau di dalam kenderaan menuju tempat
kerja sambil mengharungi kesesakan lalu lintas…jangan asyik terbuai lagu-lagu
yang melalaikan…
[5] Takutlah kepada Yang
Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi. Ini adalah rasa takut
yang paling tinggi yang menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat.
Anggaplah bahawa ketika anda tergelincir pada perbuatan zina, maka bagaimana jika
seandainya hal itu diketahui oleh bapamu,
ibumu, saudara-saudaramu?
[6] Mencari teman yang
baik dan hindarilah teman jelek, kerana ia akan datang kepada anda bagaikan
seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga
ia menggelincirkanmu pada sesuatu yang diharamkan.
[7] Perbanyakkan berdoa.
Nota: Ingat tak pada drama Indonesia
kisah seorang kanak-kanak malang Nabila yang disiarkan pada petang di TV9
“Mutiara Hati” . Saya suka akan jalan cerita yang memaparkan kanak-kanak
tersebut sering berdoa dalam susah atau senang….Jika kita (termasuk saya..) cuma
berdoa dalam kesusahan sahaja…
[8] Tidak membiarkan waktu
senggang berlalu kecuali dengan membaca al-Quran.
Berusaha menghafal apa yang mudah
dari al-Quran. Jika diri anda tidak disibukkan dengan ketaatan dan
ibadah, maka anda akan disibukka noleh kebathilan.
Nota: Moga Allah beri kekuatan untuk
kita update dan buka Al-Quran sekerao kita update atau log in Facebook, dan
harapnya selepas sekian lama jarang lah log in ke facebook lagi selepas itu
setelah merasai manisnya membaca dan menghayati kenikmatan Al-Quran.
[9] Ingatlah bahawa anda
akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa. Allah
berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan."
(Maiyam: 39). Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari
dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang ia susui.
[10] Hati-hati menggunakan
telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun
wanita, dalam perbuatan zina. Maka janganlah anda menjadi salah satu dari
mereka yang menjadi korban.
Sumber : Dodod Almansyurin Almadiuni
Nota: Ilham sendiri..mohon maaf jika ada kesilapan…
Jom jauhi zina.
Cheers,
Zia Anis