Friday, March 23, 2012

Zon Bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pos hari ini saya akan berkongsi maklumat dan foto mengenai zon bebas Cukai Rantau Panjang, Kelantan. Ianya terletak bersebelahan Thailand, hanya dipisahkan sebatang sungai golok yang kelebaran 5-10 meter sahaja
(anggaran lah ek). Sungai ini selalu akan melimpah jika hujan lebat terutama di musim Tengku-Jo (tengkujuh). Jadi penduduk disini memang dah selalu "aware" mengenai banjir.
Di Zon bebas cukai ini terdapat banyak kedai dan gudang yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian dan aksesori wanita dan lelaki, beg tangan, beg travel, buah-buahan, cenderahati, pinggan mangkuk, periuk belanga dan sebagainya. Bila tiba musim cuti sekolah memang kawasan ini penuh sesak dengan pelancong tempatan. Penjual-penjualnya adalah majoriti masyarakat melayu kelantan dan siam. Kebanyakkan barang juga adalah "Made in Thailand". Jika ada masa, datanglah melawat Kelantan, jangan lupa singgah Pengkalan Kubur. Dan jika mahu tawar menawar, silalah "kecek kelate" hehhehe. So enjoy the photos.

























Quote of the day "marriage is not living together, but loving together".

Cheers,
Zia Anis

1 comment:

  1. TUMPANG IKLAN >>>>
    KAMI ADA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KERETA SEWA DI KOTA BHARU DENGAN HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN
    JIKA ANDA MENGUNJUNGI NEGERI KELANTAN DAN MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAMI
    CALL/SMS/WHATSAPP : 013 9191771
    https://www.facebook.com/kereta.sewa.505
    https://raycarrental.blogspot.my

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...