Sudah lama rasanya saya tidak pos resepi ataupun apa-apa mengenai foodography. Jadi pos di malam sabtu ini adalah mengenai Ketupat Daun Palas. Ketupat ini biasanya akan menjadi famous di bulan syawal atau raya haji. Sememangnya famous sebab sehari sebelum raya haji atau puasa di gelar "hari buat tupat" di Kelantan, kerana pada hari inilah mokcik-mokcik akan memasak ketupat ini. Ketupat daun palas adalah berbentuk 3 segi dan diperbuat daripada pulut, santan, garam dan diisi dengan "filling" seperti serunding daging, kacang merah ataupun tawar (tiada gula) atau manis (tambah gula). Kalau ketupat tawar biasanya akan dihidangkan bersama dengan gula melaka atau "nise nyo". Proses membuat ketupat akan bermula dengan membeli daun palas di pasar tani atau cari sendiri di kebun. Kemudian kena buka daun tersebut dan buatkannya jadi 3 segi. Kemudian sediakan pulutnya, dan proses membungkus boleh dilakukan. Proses ini adalah paling renyah atau tedious sebab hanya yang pakar boleh membungkus dengan cantik dan kemas. Mak saya dan mak saudara saya memang pakar membungkus..saya tengok ajer... Lepas siap bungkus, potong ekor daun dan rebus atau kukus selama beberapa jam sehingga masak. Setelah masak, biarkan sejuk dan sedia untuk di makan. Jom menjamu mata dengan foto ketupat yang saya snap guna kamera cap ayam...no DSLR kali ini.
Inti: serunding daging kaw-kaw
Inilah rupanya daun palas yang belum dibuka..
Pulut yang diproses dan sedia untuk dimasukkan dalam kelongsong daun palas
Ketupat palas yang belum dikukus atau direbus
Tadaa..dah siap ketupat daun palas...versi kelate
Sedap yang amat. Terima kasih Allah atas rezeki Mu.
Quote of the day "Have a good intentions, put full attention, thus no tension".Ya Allah jauhi aku daripada niat yang tidak baik dan tekanan perasaan, Amin".
Cheers,
Zia Anis
*Saya bangga jadi anak kelate, sebab macam-macam ada.
No comments:
Post a Comment