Pos kali saya akan bawa anda terbang ke Australia iaitu Gold Coast. Kini ada penerbangan direct to Gold Coast from LCCT by air asia x. Tempah awal tiket, dapat tambang murah. Gold coast adalah sebuah pantai peranginan yang tersohor di Australia. Saya ke sana bulan Dec beberapa tahun lalu, jadi saya akan kongsikan gambar lama tersebut yer (Saya tak punya kamera ketika itu, walaupun kamera cap ayam…heheheh). Untuk accomodation, anda boleh menempah melalui internet terlebih dahulu, sebab takut penuh. Harga hotel plak macam-macam ada daripada yang mahal kepada backpackers. Saya ke sana bertujuh iaitu kawan saya dan familinya seramai 5 orang. Dan kami memilih kondo 3bilik “The Wave” di Surfers Paradise untuk menginap. Kondo ini terletak di tingkat 10 kalau x silap. Pemandangan menarik dan ada balkoni dilengkapi dining table 8 seats. So kami buat western dinner menu di balkoni.
Setelah sampai di airport G.C yang kecik ajer tuh, kami terus ambil Toyota Estima yang ditempah terlebih dahulu melalui internet jugak menuju hotel.
Di gc ini banyak tempat yang boleh dilawati seperti Dreamworld, Sea World, White Water, Movieworld, surfer paradise untuk surfing, direct factory outlet dan dll. Untuk makanan halal pula, Nando`s halal ada di GC ni. Kedai halal butcher pun ada, so sempatlah saya pergi mendapatkan ayam, sosej dan daging halal untuk makan pagi dan dinner. Sepanjang duk di gc ni kami skip lunch coz nak spend byk masa diluar, lagipun makan kat luar kos memang tinggi. Yang mampu hanyalah nando's ajer. Saya memang frequent customer kt Nando's, sedap dan murah ler skit. Kitorang akan masak for breakfast and dinner. Masak ala western dan sometime masakan melayu.
Hari pertama kitaorang semua ke Seaworld, kat sini we enjoyed tgk persembahan dolphin, beruang kutub dan seal . Kami juga menaiki wheel yg mcm eye on malaysia tu, dan dpt tengok pantai dan laut di sekitar Seaworld. Sehari habis kat situ. Aktiviti malam adalah bersembang dan tengok tv ajer. Hari kedua kami ke Movieworld. Disini ada byk kedai dan bangunan ilham drpd movie dan kartun seperti Shrek, Superman, Tweety dan dll. Kami sempat naik ride rollercoaster superman yang tahap maksimum laju. Kami juga sempat naik ride batman. Pada waktu tghari plak ada parade iaitu perarakan watak-watak kartun dan superhero spt Batman, Shrek, Princess Fiona, Superman dan Looney. Masa ni seronok ambik gambar diorang. Hari ketiga kami habiskan masa ke Dreamworld yang banyak ride dan haiwan buas spt harimau dan dll. Kat sini ada byk water ride yang best dan kedai cenderahati. Sy ada beli t shirt koala, fridge magnets dan foto lucu naik ride. Diorang akan snap foto kita naik ride, then bila dah turun ride kita ke kwsn kedai dan pilih gambar kita. Hari ke4, kami ke wet n wild, main air dan naik ride yang teramatlah best. Kitorang jer berpakaian menutup aurat, tapi mat salleh ok ajer, cooool. Untuk dapat save banyak for the tickets masuk theme park kenalah beli tickect combo: 3 sekali. Hari ke-5 kami berangkat ke Brisbane untuk bercuti selama sehari di sana.
So u guys yang nak kesana ini sedikit tips:
- Booked tiket awal ke GC melalui air asia X,ataupun MAS ke Sydney dan Sydney GC by bus or domestic flight.
2. - Booked hotel/accomodation, kereta/van awal melalui internet
3. - Bawa perencah segera spt brahim, alif dan dll
4. - Bawa wang secukupnya kerana money changer di Aussie mahal
5. - Dapatkan daging halal di halal butcher
6. - Masak sendiri dan elakkan makan di luar sebab nak save bajet kan.
-
-
So enjoy the photos.
Melbourne to GC by Virginblue
Our Apartment "The Wave"
Living Room
Dapur
Our bilik air
Scenery from our balcony
Seaworld Entrance
Polar Bear
Seal Show
Sekarang kita ke Mowie World Plak...
Inilah rollercoster yang saya naik tuh..fuh takutnyer...
The Parade
Shrek House
Harry Potter House
Whitewater...
DreamWorld...banyak water ride
Cheers,
Zia Anis



