Monday, January 20, 2014

Step by Step Easy Tiramisu

Assalamualaikum and Hi,

Last saturday i was craving for something sweet like snowy cheesecake or tiramisu...then i went to Netto Supermarket near my house then rushed to freeze/frozen section...im so frustated that there are tiramisu with alkohol only...then i got an idea to make to myself....thus after viewed about 5 to 6 videos about Tiramisu recipe on youtube...finally i made a tiramisu...its so easy....i think my niece at age of 13 also can make it....and here is the step by step Easy Tiramisu...

Ingredients:

3 Eggs, separated 3 white eggs and 3 eggyolks
75gram sugar
250gram mascarpone cheese
200 gram ladysfinger sponge cake
Coffee (water+coffee)
Milo for garnishing

Step 1

                                 Mix the white yolk until its become soft peak...like below...
                    2. MIx eggyolk with sugar and mix it properly and
                                put some hot water below    the bowl...
           4. Put the mascarpone cheese to eggyolk mix..then mix thoroughly
                5. MIx eggyolk+cheese to the whiteyolk mix.....mix properly
                     6. Final cream...
           7. Dip the sponge cake in coffee water..then assemble them on the bowl....
                                                  8. Put the cream layer....

                              Put again the second layer of cream....spread evenly
                          Spread milo on the top of the tiramisu...

 Chilled for 3 hours or more before serving....Wallah..insyaALlah sedap.

Done

Selamat Mencuba.

Cheers,
ZIa Anis

Friday, January 17, 2014

Ulasan Buku: Indahnya Hidup Bersyariat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sudah lama saya tidak membuat ulasan buku...padahal banyak buku yang saya baca...dan buku yang saya ingin kongsikan pada hari ini ialah:

Saya berikan 4.8 bintang untuk buku ini.

Ianya karya Dato´ Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid. saya memiliki buku ini sudah lama..sejak tahun 2010 lagi. Buku ini memaparkan tentang fardu ain dan fardu kifayah. Kerana saban hari manusia diulit kesibukkan sehingga terlupa yang fardu ain, malahan meminggirkan fardu kifayah....
Ianya diolah dalam bahasa yang senang difahami dan bergambar....senang nak hadam. Selain itu buku ini juga disusun mengikut susunan yang betul iaitu sejak dari kelahiran anak adam...insan ..hinggalah kita meninggal..disamping diselitkan perkara seharian yang kita lakukan biarlah besyariat. Ianya amat sesuai untuk bacaan semua peringkat umur..iaitu dari umur 10 tahun dan keatas....dan sesuai dijadikan hadiah...Boleh didapati di kedai buku utama dan juga secara 'online'.

OKlah selamat membaca dan beramal.

Cheers,
Zia ANis

Wednesday, January 15, 2014

Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Amalan Anak-anak Untuk Ibu Bapa Yang Sudah Meninggal Dunia

السَّلاَمُ عَلَيْكُم
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.

Bagi anak-anak jasa dan pengorbanan ibu bapa sangat besar nilainya. Mereka dengan penuh rasa tanggungjawab membesar, mendidik dan memelihara anaknya hingga menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara. Seorang anak yang diasuh dan dididik dengan nilai agama, hendaklah memberi penghormatan dan kasih sayang sewajarnya kepada mereka.

Kita hendaklah menunjukkan rasa terima kasih dengan sentiasa berbuat baik dan tidak melanggar segala perintahnya, menjaga perasaannya jangan sampai terluka serta menjaganya ketika mereka dalam tua atau uzur.

Sememangnya, kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

Berdasarkan maksud hadis di atas, seharusnya sebagai insan yang memiliki kesempurnaan akal, kita berusaha untuk mencapai keredaan ibu bapa. Namun dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi pada zaman sekarang ini, kenyataannya masih ramai yang belum insaf dan tidak prihatin terhadap keterangan hadis di atas. Mereka dengan rasa tanpa segan silu, melakukan penderhakaan terhadap ibu bapa yang banyak berjasa.

Sahabat yang dimuliakan,
Setiap yang hidup anak mati , mati tetap datang kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur apabila saatnya sampai maka dia akan dijemput oleh Allah SWT untuk bertemu dengan-Nya di alam barzakh. Apabila ibu atau bapa kita sudah meninggal dunia atau kedua-duanya sudah kembali kerahmatullah, sebagai anak apakah hadiah dan bantuan terbaik yang dapat kita berikan tanda kita kasih dan sayang kepada kedua ibu bapa kita? , dan sebagai tanda penghargaan kita sebagai seorang anak yang soleh atau solehah?

 Terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahawa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.?

"Setiap kali Rasulullah SAW mengadakan majlis iaitu tempat baginda mengajar umatnya, ia sentiasa di penuhi oleh orang ramai. Pada suatu hari ketika baginda sedang duduk di sekeliling oleh para sahabat, datanglah seorang lelaki yang bernama Usaid bin Malik bin Rabiah menghadapnya. Dia adalah seorang pahlawan Islam yang sangat berani.

Setiap kali Nabi SAW mengadakan majlis itu, Usaid sentiasa menghadirinya. Dia merasakan segala nasihat-nasihat tentang agama dan ilmu itu sangat penting baginya. Ketika mereka sedang asyik mendengar syarahan dari baginda, tiba-tiba datang seorang lelaki dari golongan Bani Salmah. Sebaik sahaja dia masuk kemajlis itu dengan hormat dia pun bertanya kepada Rasulullah SAW :

“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”

Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :

“Ya…dapat, sembahyangkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”

Sebaik sahaja mereka terdengar jawapan dari Rasulullah SAW itu mereka terdiam seketika tetapi di wajah masing-masing terbayang kegembiraan. Lelaki yang bertanya tadi masih tidak faham akan jawapan yang di berikan oleh Rasulullah SAW, lantas dia meminta baginda menerangkan sekali lagi.

Rasulullah SAW  tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu lantas baginda pun bersabda yang bermaksud “Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :

1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.

2. Ilmu yang di menfaatkan dan

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”

Setelah Rasulullah SAW berkata begitu barulah lelaki itu faham dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Nabi SAW kerana telah memberi sesuatu yang besar menfaatnya kepada yang hidup maupun yang telah mati.”

(Hadis Riwayat Luqman Hakim)

Berdasarkan hadis di atas terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :

1. Sembahyangkan untuk mereka.

2. Mohon keampunan untuk mereka.

3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.

4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan

5. Muliakanlah teman-teman mereka.

6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk  kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)

Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.

1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.

2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.

3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
Sedekah bacaan al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :

Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.

Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)

Di dalam kitab al-Azkar di bawah tajuk: “Apa yang perlu dibaca selepas pengebumian?. Imam al-Nawawi menyebutkan: “Al-Syafie dan para sahabat (ulamak Syafi’iyyah) mengatakan: “Disunatkan membaca disisi kubur sesuatu daripada ayat al-Quran. Mereka mengatakan: Jika mereka mengkhatamkan al-Quran kesemuanya maka itu adalah (sesuatu yang) baik.” (al-Nawawi, al-Azkar, Dar al-Makrifah: Beirut, 1996, hlm. 142 )

Imam al-Hassan bin al-Sobbah al-Za’farani berkata: “Aku bertanya kepada al-Syafi’ie tentang bacaan al-Quran di kubur. Lalu beliau menjawab: “Tidak mengapa. Al-Khallal meriwayatkan daripada Al-Sya’bie katanya: “Orang Ansar apabila berlakunya kematian dikalangan mereka, maka mereka selalu mengunjungi kuburnya untuk membaca al-Quran di sisinya.”

4. Selesaikan semua hutang-hutang mereka samaada hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah kerana meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah  Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, kerana berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.

5. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh upahkan haji untuk mereka (niatkan upah haji untuk mereka).

6. Beramal dengan amalan Islam. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat,  bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku. Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.

Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.

Sahabat yang dikasihi,
Teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT. Apabila kita selesai solat fardu atau ketika berada diwaktu-waktu akhir malam , waktu mustajab doa maka berdoalah untuk kesejahteraan ibu bapa kita yang telah meninggal dunia :

Segala puji bagi Allah yang telah memerintah kami untuk bersyukur dan berbuat baik kepada ibu dan bapa, dan berwasiat agar kami menyayangi mereka berdua sebagaimana mereka telah mendidiki kami sewaktu kecil.

Ya Allah sayangilah kedua orang tua kami. Ampuni, rahmati dan redhailah mereka.

Ya Allah ampunilah mereka dengan keampunan menyeluruh yang dapat menghapuskan dosa-dosa mereka yang lampau dan perbuatan buruk yang terus menerus mereka lakukan.

Ya Allah, berbuat baiklah kepada mereka sebanyak kebaikan mereka kepada kami setelah dilipatgandakan, dan pandanglah mereka dengan pandangan kasih sayang sebagaimana mereka dahulu memandang kami.

Ya Allah berilah mereka hak rububiyah-Mu yang telah mereka sia-siakan kerana sibuk mendidik kami.

Maafkanlah segala kekurangan mereka dalam mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami.

Maafkanlah mereka atas segala dosa, maksiat dan syubahat yang mereka jalani dalam usaha menghidupkan kami.

Ya Allah berilah mereka bagian ganjaran dari ketaatan yang Engkau hidayahkan kepada kami, kebaikan yang Engkau mudahkan bagi kami, dan taufiq yang telah mendekatkan kami kepada-Mu.

Dan jangan bebankan kepada mereka segala dosa dan kesalahan yang kami lakukan dan tanggungjawab yang kami abaikan. Dan janganlah tambahkan dosa kami ke atas dosa mereka.

Bagi ibu bapa dan nenek moyang kami yang telah meninggal, berikanlah mereka rahmat yang menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yang menimbulkan rasa aman ketika manusia merasa ketakutan saat dibangkitkan. Jadikanlah lubang kubur mereka daripada taman-taman syurga. Jauhkan lubang kubur mereka salah satu daripada lubang-lubang api neraka.

Ya Allah lemah lembutlah kepada mereka yang berbaring di kubur dengan kelembutan yang melebihi sikap lembut mereka kepada kami di masa hidup mereka.

Ya Allah janganlah sampaikan kepada mereka berita tentang kami yang mengecewakan mereka, dan jangan bebankan dosa-dosa kami kepada mereka.

Jangan hinakan mereka di hadapan pasukan kematian, malaikat Munkar dan Nakir dengan perbuatan-perbuatan hina dan mungkar yang kami lakukan.

Senangkanlah roh mereka dengan amal-amal kami di tempat pertemuan para arwah, ketika orang yang soleh bergembira dengan putera-puteri mereka yang soleh. Janganlah jadikan mereka ternoda oleh perbuatan buruk kami.

Ya Allah jadikanlah kami penyejuk hati mereka pada hari berdirinya para saksi. Dan jadikanlah mereka orang-orang yang paling cemburu dengan keberhasilan anak-anak mereka hingga Engkau kumpulkan kami, mereka dan segenap kaum muslimin di negeri kemuliaan-Mu, tempat menetapnya rahmat-Mu, dan tempat para wali-Mu bersama orang-orang yang Engkau beri kenikmatan,

Yaitu, para nabi, shiddiqin, syuhada dan solihin, mereka itulah sebaik-baiknya teman.

Demikianlah kurnia dari Allah dan Allah cukup mengetahui. Selawat dan salam semoga dilimpahkan Allah kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda.

Walhamdulillahi Rabbil `Aalamin.  Amin

Kredit : https://www.facebook.com/notes/indah-nya-ayat-ayat-al-quran/amalan-anak-anak-untuk-ibu-bapa-yang-sudah-meninggal-dunia/295383053812042

Al Fatihah to my Beloved Bonda (1951-14.Dis.2013)



Cheers,
Zia ANis

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum




Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)

Nabi saw. bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi, sepuluh kali pada waktu petang, maka dia akan mendapat syafa'atku pada hari Kiamat". (HR Tabarani.)

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)

Moga ada manfaat.

Kredit : http://lenggangkangkung-my.blogspot.de/2012/02/kelebihan-berselawat.html

Cheers,
Zia ANis

Jalan jalan ke Kota London Dan Oxford City (Oxford Uni)


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah lama tidak menulis kerana kekangan waktu dan sebab sebab lain.
Kali ini saya akan kongsikan mengenai trip singkat saya ke Kota London 11 hingga 14 December lalu. Perjalanan bermula apabila saya keluar dari uni ke stesen keretapi jam 3.00petang dan menaiki keretapi ke Idar oberstein dan tunggu sebentar di situ sebelum menaiki bas ke Frankurt hanh airport selama sejam. masa tu dah malam sebab winter kan...dengan berkabus...berjalan lah saya menuju ke airport...nasib baik ada sorang lagi penumpang bas yang mahu ke aiport..kalau x rasa macam dalam mimpi...sebab berkabus dan malam kelam. Kemudian tiba di aiport sy menelefon hotel fortuna airport hotel for pick up dan kemudian tiba sebuah van menjemput sy ke hotel..hotel terletak dalam 600m dr airport. Hotel tersebut saya booked melalui booking.com utk euro48 semalaman tidak termasuk breakfast. dan jam 5 pagi sy dihantar oleh pihak hotel ke aiport utk boarding ke london stansted menggunakan ryanair. oh ya tiket sy ke london utk return hanyalah Euro29.90 dan tambahan Euro20 utk insurans..
Murah meriah bukan????

Stansted Aiport
Dari stansted airport saya menaiki bas national express ke oxford selama 3 jam 30minit dan singgah di beberapa hentian sebelum tiba di st clements. saya membeli tiket secara online di laman web national dan ianya lebih murah iaitu GBP32 return.

Saya tiba di oxford jam 1.00tengahari dan kawan sy tiba dua minit kemudian.Dan dari stesen bas ke rumah my fren tu hanya 3 minit berjalan kaki. beliau tinggal di asrama aka flat oxford uni.
setelah makan tengahari dan berehat sebentar...pada sebelah malamnya saya dan kawan kawan menaiki bas gbp1.00  ke oxford city... dan bulan drcember krismas sale berlangsung dengan hebatnya di seluruh eropah termasuklah uk nih...dan dioxford city walaulun kecil tapi banyak kedai kedai menarik seperti lush, debenhems, primaks, h&m dan banyak lagi dan tentunya ada diskaun menarik sempena krismas..tapi sy x sshopping pon....sebab niat utk berjalan makan angin jer.

Oxford city
Bandar kecil yang terletak 90minit dari london heatrow airport. ianya sebuah bandar kecil dan mempunyai beberapa buah universiti seperti brooks university dan oxford university. di ocford uni inilah diadakan shooting filem "hHarry Potter" sebab banyak bangunan lama dan klasik. Saya berpeluang ambil gambarndari luar bangunan rasmi trmpat bergraduasi graduan oxford university. ianya berbentuk bulat dan berkubah besar. di bandar ini juga terdapat beberapa kedai buku seprti oxford uni book press.
pemandangan sepanjang jalan ke oxford adalah "country"..ada banyak ladang dan kawasan berumput hijau...dan ada jugak kambing, kuda dan berbiri di kawasan berumput tersebut.

Jalan jalan london city.
kami bertolak jam 9.00pagi ke london city dengan menaiki bus oxford-london express dgn bayaran 17 gbp return dan ada diskaun tuk pelajar. tiket dibeli di dalam bas. tunjuk kad pelajar untuk diskaun tersebut. Perjalanan mengambil masa 90 minit dan kami pon tiba di london city....memang ramai manusia di london pafa hari itu....dan kami turun di Marble Arch Station . Dan berjalan lah kami tanpa map mengelilingi london city di dalam cuaca sejuk. di london teksi unik dan comel, manakala bas pulak warna merah dan dua tingkat...dah jadi signature london city. dan disini anda bolrh lihat ramai pekerja terutama di pasar raya anak muda memakai tudung...Unik....dan bila waktu senja makin ramai manusia kerana mereka sibuk membeli belah sempena krismas yang bakal menjelang...memang penuh kedai atau butik terutama di oxford street. dan orang uk ada "accent" mereka bila berbicara bahasa inggeris....unik dan kadang kadang kene dengar dengan teliti utk memahaminya.

Tempat yang dilawati ialah
-Hard rock cafe london....masuk mini muzium secara x sengaja kerana sebenarnya mencari toilet tapi masuk mini muzium dan lihat koleksi gitar pemuzik tersohor seperti kurt cobain..dan dll.
- ambik gambar di lim kok wing university london..sebb otw atau dekat je ngn hard rock..
- Buckingham palace
- Rhyme river
- London eye
- Big ben menara jam
- Oxford street
- Arab street....makan dinner at al balad...makanan labenese..sedap dan halal.
- taman-taman di sekeliling palace

Dan sempat juga kami singgah di beberapa kedai cenderahati beli keychain...fridge magnet dan juga t shirt...harga tak sama disetiap kedai...kene pandai pilih..sebb diorang jarang kasik diskaun....
Kami pulang lewat malam jam 10.00malam tiba di rumah my fren..keletihan sebab dari pagi keluar...dan bersejuk dan berhujan sampai kering balik sebab banyak berjalan kaki...
Dan saya mendapat berita kecemasan yang tidak akan dilupakan selamanya....jam 4.00 pagi keesokan hari dan dengan bantuan my fren saya membeli tiket segera pulang ke Kota bharu...dari london. dengan menaiki qatar airways jam 3 ptg waktu uk 14 Disember 2013 dan tiba di kampung sy jam 8.30 malam waktu malaysia 15 Disember 2013.
itulah catatan perjalanan singkat sy ke uk....moga berkesempatan explore uk dengan lebih mendalam di masa depan.
So enjoy the photos...


Oxford Street


                                          Buckingham Palace





                                                       Big Ben





London and Red Telephone never seperate...

Tempat Graduasi Oxford Uni




I love kid...geram nya...macam kuih Pau...

Dan si pengembara itu...


Cheers,
Zia Anis

Monday, December 9, 2013

Banjir Oh Banjir

Assalamualaikum.

Sudah lebih dua minggu tidak menulis sesuatu di blog ini. terasa amat cepat masa berlalu. dan dalam beberapa hari sahaja lagi tahun 2013 akan melabuhkan tirainya dan bakal tibalah 2014. 
Dan jika tiba musim cuti sekolah akhir tahun maka akan berlakulah musim tengkujoh di pantai timur. dan kali ini saya akan kongsikan mengenai banjir di kelantan khususnya kerana ini catatan peribadi saya kerana dibesarkan dikelantan. di kelantan rasanya semua rakyat telah sedia maklum bahawa bila lewat november hingga awal januari musim bah akan tiba, dan ianya berlaku saban tahun...sudah menjadi kebiasaan dan bagaikan pesta air. 


Rumahku Banjir 
Begitu juga dengan rumah saya..sentiasa dilanda banjir...dan rumah saya antara yang terawal kena bah sebab rumah rendah dan  bila hujan lebat air dari tempat tinggi akan masuk melalui parit dari.depan rumah..
dan banjir paling besar yang mengakibatkan kami berpindah ialah semasa saya darjah satu kot..tahun 1990. itupun sebab arahan atok saya yang kata kami kena berpindah sebab air sudah naik hingga ke dada di dpn rumah..dan kami pindah ke surau hanya jarak 20m sahaja dari rumah..dan hanya semalam saya di sana...dan masa kecik saya suka banjir sebab boleh main air dan mandi air bah sesuka hati dan dapat berenang di atas tar aka jalan raya dengan senang hati. dan petanda banjir akab tiba bila air sungai kelantan melimpah dan melebihi jambatan sungai kemubu. dan dibelakang rumah saya sahaja sungai kelantannya..dan bila tiba musim banjir air sungai melimpah hingga masuk ke kawasan kampung dan airnya amat besar serta deras alirannya. dan dikampung saya ini terdapat jambatan kemubu yang menjadi sempadan daerah kota bharu dan machang..dan setiap kali air sungai melimpah...jambatan ini akan dipenuhi air kerana ianya jambatan rendah..dan macam pesta lah orang ramai mahu melihat banjir di jambatan tersebut. 



Ini baru banjir biasa...




Keputusan PMR.
Masih ingat saya dan kawan baik saya iaitu siti pernah mengharungi jambatan kemubu yang penuh air bajir untuk ke sekolah menengah kebangsaan pangkal kalong dengan menaiki satria yang dipandu abang saya....demi mendapatkan keputusan pmr 1998. dan alhmdulilah saya berjaya dengan keputusan cemerlang....orang kata berbaloi arung boh....


Peristiwa cemas banjir
semasa saya berumur 8 tahun kot...ayah saya pergi menebang buluh hendak buat rakit di belakang kebun saya. dan tiba tiba buluh yang ditebang runcing tertusuk ke kaki ayah saya.
.dan jiran datang dan membawa beliau ke klinik di kok lanas...alhmdulilah selamat..dan berehat dirumah..dan bila habis isyak jemaah surau datang bertandang menjenguk ayah saya sambil mengharung air setakat paha.....


Banjir dan rezeki banjir
bila tiba musim banjir maka orang kampung akan sibuk makan makanan banjir iaitu yang berbentuk ubi..dan tidak ketinggalan arwah nenek saya yang saya panggil mok akan menanam pelbgai tanaman ubi sebelum tiba boh dan dituai musim banjir antaranya ubi kayu, ubi keling, ubi badak, ubi keladi dan ubi itik. dan masih saya ingat menemani mok pergi gali ubi kayu di dalam air boh sebab cucu dan cicit di kota bharu nak datang bertandang..sayangnya mok pada cucu cicit di kota bharu tersebut..harap begitu juga sayangnya cicit pada mok...dan brrpenat lelah lah saya dan mok menggali ubi kayu tersebut. biasanya ubi kayu direbus dan dimakan bersama kelapa parut masin..dan air kopi cap badak...wallah sedap sangat..i miss that moments...dan selain itu mok jugak ada wat gulai lemak ubi badak putih..ya allah sangat sedap serta kuih tradisional berasaskan ubi...

Selain itu bila tiba musim banjir di pasar ikan diserata kelantan akan banyak dijual ikan jeruk atau dipanggil juga ikan budu. Ianya adalah ikan selayang atau kembung yang diperam beberapa hari bersama garam. Dan untuk memasaknya hanya dibasuh dan digoreng, bila hampir masak masukkan sebiji telur dan dibalikkan agar telur  dan ikan masak..dan sedia dihidang bersama hirisan cili dan perahan limau nipis..masyaallah nikmat..ini pon masakan kegemaran mok...dan tok ayah...



Ubi keling
Image google dari blogspot terima kasih...

Ubi Itik

Ubi keladi
*Terima kasih tuan punya blog...

Ikan jeruk dan telur...enak sangat...(Image google..terima kasih ya)


Kenangan Banjir
sungguh indah musim banjir sebab masa ni lah saya dan rakan baik saya merangkap sepupu saya mr. j selalu bermain air..bersama rakan lain dan adik beradik beliau..dan masa tu mana ada takut lintah pacat semua...semua redah ajer...kadang kadang masuk parit carik ikan dan berkubang dalam air...biasanya bila dah kol 6 abah mr.j akan suruh balik..sebb lokasi bermain ialah di kawasan rumahnya..dulu masa bebudak rasa x puas main...rasa malam pon nak main..and ada rumah macam rumah panjang leh menjenguk jiran disebelah rumah...now masa berlalu..dan kini semuanya kenangan..dah besar panjang semua dan membawa haluan memasing..dan bekerluarga...indah saat kanak kanak kan....terutama di musim bah....duduk dalam gelap pasang pelita main bayang bayang dan bercerita...sebab black out...
oklah itulah catatan kisah silam...


Alfatihah untuk arwah mok, tok ayah, mok bidah dan che pok wel...semoga ditempatkan bersama dengan orang soleh dan solehah..aminn...

Cheers,
Zia Anis

*Hujan emas di negeri orang lebih baik hujan bah dinegara sendiri..hehhehe

Friday, November 22, 2013

Lewatkan solat dan tidak solat langsung

Assalamualaikum and Hi,

Perkongsian di Jumaat Mulia:

Oleh cik lie Mekah,

Melewatkan solat

KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut) Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..( yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat kejadian itu...selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi , rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan SOLAT nyer...

Dan ada kisah hampir serupa di http://www.youtube.com/watch?v=uuTOAjJ5dy8

Tidak solat

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu/isteri kita.

Kredit kepada: http://syokislam.blogspot.de/2010/12/air-tangan-orang-yang-tak-solat.html

Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua.

Doa untuk ahli keluarga agar sentiasa bersolat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)


Cheers,
Zia Anis

Tuesday, November 19, 2013

Adakah Kosmetik saya Halal?

Assalamualaikum and Hi,

PLease check here for list of Cosmetic, Halal or non-Halal

http://www.muslimconsumergroup.com/cosmetic.html

Image google. I love Mac...


CHeers,
Zia Anis

Thursday, November 14, 2013

Pahit Manis Perjuangan Menjadi seorang Pelajar

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tajuk Pahit Manis Perjuangan Menjadi seorang Pelajar telah saya pilih untuk perkongsian kali ini kerana saya sekarang seorang bergelar pelajar sejak setahun yang lalu dan akan terus menjadi pelajar bagi 2 hingga 3 tahun lagi...semoga Allah memudahkan usaha pencarian ilmu saya ini. Sesungguhnya perjuangan demi sebuah Phd amat mencabar bagi saya...

Ternyata kejayaan mengharungi cabaran semasa Master di Australia 5 tahun lalu masih tidak cukup mematangkan dan memantapkan saya menghadapi Phd yang lebih besar dan cukup kuat cabarannya...Semasa di Australia menyiapkan tugasan @ assignment sudah cukup memenatkan kerana setiap tugasan perlu di check di Turnitin Software untuk mengesahkan ianya hasil 100% dari kita bukan di copy and paste dari internet sahaja...dan setiap tugasan berkumpulan pula perlu namakan ahli kumpulan di cover hadapan assignnment agar mudah dikesan plagiarism atau tidak..itu belum lagi 6 jam di lab semasa coursework dan exam 6 jam untuk satu paper...3 jam satu sesi...

Hanya Allah yang tahu dan hanya Allah tempat mengadu.

Perkara utama yang menyebabkan cabaran datang ialah mengenai saya masih belum cukup ilmu didada terutama perkara asas...dan di sini saya membuat research 100% menggunakan komputer dan programming language..dan saya amat lemah dalam programing language....Dan saya juga perlu memahirkan diri dalam mathematics dan statistics. Dan setiap benda yang saya buat memakan masa...waa..bayangkan seperti siput yang akan menyeberang sebuah padang bola sepak seluas standard olimpik...terlalu lelah dan jauh lagi dari penghujung garisannya. Bayangkan untuk membuat hanya sebuah graf heatmap saya rasa mahu terduduk kerana susahnya...kerana segalanya memerlukan saya membuatnya secara programing language...dan 2 minggu masih belum siap...

Dan saya juga ada menghubungi teman lain yang sama berjuang dalam Phd..tetapi saya dapat bayangkan perjuangan mereka lebih mudah dan mereka lebih terkehadapan daripada saya...itupun setelah berkongsi cerita dan kisah kejayaan mereka setahun yang lalu. Saya bukan menyesal tapi terasa bebanan yang kuat..sehingga kadangkala terasa tidak cukup kuat menghadapi dugaan dan cabarannya. Itu jalan yang saya pilih..kehadiran saya di bumi Jerman ini adalah untuk menuntut ilmu..itu yang saya fikir sebelum kesini dan tidak pernah terfikir akan mengharungi dugaan seberat ini...sedih..tapi bak kata orang "sendiri mahu ingat" @ "padan muka"....

Ya Allah padaMu aku berserah. 

Dan saya berkongsi rasa dengan kawan Indonesia saya yang menuntut di departmen lain tapi beliau sering ke lab saya...dan harini saya dan dia menyimpulkan bahawa perjuangan mesti diteruskan kerana walau susah sekalipun seperti menajamkan parang walau sedikit lama lama akan tajam..tapi jika mengambil keputusan berhenti umpama meletakkan parang ke leher......

Dan keep moving....


Cheers,
Zia Anis
*pembaca budiman doakan temanmu ini ya...terima kasih.

Monday, November 4, 2013

Doa Penerang Hati

Assalamualaikum and Hi,
This is for you, before start our day, lets recite dua:
 
 Doa Supaya diterangkan hati

Rumi : Robbisyrohlii Sodrii . Wayasirlii Amrii. Wahlul Ukdatammillisaanii. Yafkohuu Koulii. 
Maksudnya :
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku, tugasku. Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Supaya mereka faham perkataanku"
(Surah Taha : 25,26,27,28)
 

 


Cheers,
Zia ANis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...