Assalamualaikum
Dari Fadhalah bin Ubaid 
r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, 
tetapi dia tidak mengucapkan puji-pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak 
pula membaca selawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: 
Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi 
s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau 
seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulakan
 dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allah, selanjutnya membaca 
selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah dia berdoa dengan apa 
yang dikehendakinya. (HR Abu Dawud dan Termidzi)
Nabi saw. bersabda, 
"Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, 
maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat
 kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR 
Baihaqi)
Dari Aus bin Aus 
r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya di antara 
hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka 
perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya
 bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya 
Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan 
kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: 
Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian 
Nabi. (HR Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Dari Abu Hurairah r.a. 
pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang 
memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, 
sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (HR Abu Dawud dengan isnad
 sahih.)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. 
bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama manusia bagiku 
pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak berselawat pada aku, yakni 
lebih diutamakan untuk memperoleh syafaat dan dapat kedudukan yang 
terdekat dengannya. (HR Termidzi, hadis hasan.)
Dari Abu Darda r.a 
meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan 
selawat kepadaku sepuluh kali pada waktu pagi, sepuluh kali pada waktu 
petang, maka dia akan mendapat syafa'atku pada hari Kiamat". (HR 
Tabarani.) 
Sesungguhnya Allah dan 
malaikat-malaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang 
beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam 
kepada Nabi itu. (al-Ahzab:56)
Moga ada manfaat.
Kredit : http://lenggangkangkung-my.blogspot.de/2012/02/kelebihan-berselawat.html
Cheers,
Zia ANis 
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
 
- 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
- 
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....

 
 
 
No comments:
Post a Comment