Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini adalah entri sambungan trip ke Italy iaitu hari ke 3, saya dan Aniq 
ke Venice. Kami bertolak awal pagi dari hotel iaitu jam 7 pagi sebab nak
 kejar train daripada Milano Centrale jam 8 pagi. Yang nak beli tiket 
boleh beli online di trentalia.com
Tiket saya sudah beli online, dan dapat diskaun sebab travel 26 disember,
 beli satu percuma satu. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Dalam 
train kami makan bekal iaitu maggi...hahhaha. Mat salleh italy tengok2 
apa yang kami makan...sebab kat Germany adalah normal makan dalam train 
siap ada bawak lapik2 makan macam kat restoran ada bernapkin 
semua...kat sini orang nampak janggal kitaorang makan. Lagipun kat italy
 banyak cafe...sana sini cafe.
Sampai kat Venice /venizia train station pi toilet dulu bayar 1 euro. 
Semua beratur nak pi toilet sebab sejuk dengan cuaca mendung dan foggy. 
Lepas tu bermulalah perjalanan dan penerokaan kami di Venizia
menyusuri sungai dan jalan jalan kecil di antara celah celah bangunan. 
Orang sangat ramai...dan ramai pelancong asing juga. Kedai makan, kedai 
leather, kedai handbag, kedai souvenirs di sana sini...semua menawarkan 
harga istimewa. Kat sini fridge magnet boleh dapat 1 biji 75 sen atau 
70sen jer. So apalagi borong. Jangan tak borong. Poskad pon boleh dapat 
20 sen sekeping. Lawo plak tu. Kedai handbag memang sangat bermagnet 
tinggi suh kami singgah. Sempatlah sambar 4 buah handbag...leather made 
in italy. huhuhu
Di jalur sungainya ada gondola yang menawarkan harga Euro80 setiap trip 
satu gondola. Nak privasi naik berdua... Huhu. Saya tengok ajalah. Nanti
 mai lagi leh naik gondola...sebab duit pon x berapa nak menggunung.
Cuaca ok dah menjelang tengahari minum kopi kejap kafe halal. Terjumpa 
orang malaysia borak jap. Pastu sambung berjalan lagi. Tengah berjalan 
jalan jumpa plak Hard Rock shop, Aniq singgah beli t shirt. Saya tengok2
 jer, ada a few malaysian jugak kat sini, shopping hard rock. Tak 
termasuk dalam list nak singgah, dah terjumpa rezekilah kan.
Dah petang, lapar plak singgah makan kedai yang kata halal... Mahal 
giler dia caj kami. Say no to this restaurant. Tips nak makan cari yang 
ada sign Trip Advisor dan harga memang terpapar jelas. Bukan main 
timbang2 gram... Fuh fuh letih nak bayar.
Leps tu singgah plak beli baju T shirt. Sehelai 8 euro kat kiosk2 dekat2
 stesen train. Lepas tu singgah plak kafe halal tadi makan aiskrim sebab
 sejuk kat luar dan train ke Milan lambat lagi. So nak kill the time 
makan aiskrim.
Leps tu kembali ke stesen train sambil lepk tak tahu nak buat apa.
Anyway Venice memang best. Lagi best maybe in summer. Shoopping best dan
 makanan halal pon ada. Tapi kemungkinan sesat amat tinggi. So kena 
tanya orang macamana nak balik ke train station. Sebab jalan semua 
nampak sama. Dan kat sini banyak tangga...yang bawak stroller kena 
angkat angkut lah skit. Even ada porter berlesen kat sini yang jadi 
tukang angkut beg ke hotel tepi sungai.
Ok next entry Lake Como plak.
Semoga entry ni bermanfaat untuk yang nak travel ke Italy.
Cheers
Zia anis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
 
- 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
- 
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....











 
 
 
Waaaa... nk handbag... nak nak..
ReplyDeleteMesti murah kn... afta krismas...
Psssttt bodek nk fm ngn poskad. Hihihi...
Xde lh gurau je
Sepanjang kt sana... dah habis pusing europe x?
ReplyDeleteboleh-boleh nanti balik Malaysia boleh lah jumpa dan kasik fridge magnet dan poskad.
ReplyDeletedah 17 negara saya pusing, termasuk Malaysia...Malaysia is the Best.
ReplyDelete