Friday, December 11, 2015

Pendapatan, Perbelanjaan dan Keperitan Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semakin lama, makin banyak menda dan perkhidmatan naik harga atau dengan kata lain di Malaysia semua naik, darah naik...cuma gaji statik ataupun berkurangan.

Ya Allah beri kami rezeki yang Halal, mencukupi dan tidak sampai kami meminta-minta dan berhutang.

Banyak rungutan di sana sini kedengaran mengenai pendapatan yang kecil, duduk di bandar besar, perbelanjaan tinggi jadi hidup menjadi perit. Hidup di kampung juga terkesan kerana semua barang mahal...pendapatan tak seberapa...saya paham..kerana saya juga orang kampung....
kedai runcit banyak tutup kerana untung tak seberapa..gst sana-sini, pasaraya besar menguasai pasaran...orang berlumba-lumba ke pasaraya besar...konon bersih, senang nak parking dan sebagainya.
Mungkin kita tahu apa puncanya...dan apa yang perlu dibuat ialah membuat perubahan kepada perbelanjaan harian kita dan famili kita.
Lakukan perancangan kewangan dan janga lupa untuk selalu berdoa kepada Maha Pemberi Rezeki, Allah Taala...sentiasa kerana tiada doa yang sia-sia.

Cerita 1:
Semasa saya menjaga arwah bonda di Hospital KBharu HPRZII, di sebelah katil arwah bonda saya (di wad 8 ketika itu), ada seorang wanita tua yang uzur dan sakit tenat, dan terpaksa dimasukkan darah bagi meneruskan hayatnya. Dan setiap malam, menantunya seorang perempuan berumur hujung 30an menjaga beliau setiap hari. Jadi waktu senggang, saya akan bercakap-cakap dengan menantunya itu..dan menantunya berkata pada saya "saya menantu aja...anak-anak yang lain semua sibuk..saya keje tapi sebab menjaga mak mertua saya tak kerja lah dalam seminggu dua ni...2. Saya pun bertanya lagi akak kerja apa...beliau menjawab "Akak kerja cucuk sate...dan pendapatan tak seberapa hanya RM2 untuk 100 cucuk sate"...saya yang mendengar pendapatan beliau sebanyak RM2..terus tersentak, sedih dan teringat-ingat sampai sekarang...Ya Allah, di sudut dunia sekeliling kita ada yang sanggup keras dan diperas untuk bekerja demi sesuap nasi..kerja kuat hanya dapat RM2...sedangkan 100 cucuk sate, tokey sate jual RM80 hingga RM90...
Wahai majikan, fahamilah pekerjamu dan jangan peras usaha pekerja mu..mereka juga manusia biasa...nak makan dan nak bagi makan anak dan keluarga masing-masing makan. Besarnya nilai RM2 pada yang memerlukan. Peritnya kehidupan.

Cerita 2
Cerita kedua juga berlaku di hospital HPRZII, kerana saya menjaga mak saya selama 11hari di hospital, pelbagai cerita dan observation boleh dibuat...
Setiap petang bermula jam 7 petang hingga 11 malam..saya selalu perhatikan seorang makcik cleaner hospital sangat tekun membersihkan lantai dan mengambil sampah untuk dibuang di wad 8 tersebut. Beliau kelihatan berusia dan sentiasa memakai mask muka..so saya tak berkesempatan melihat muka dia..dan ada waktu senggang di luar bilik/ jauh dr katil mak saya, saya akan berbual2 dengan beliau..beliau seorang ibu yang sudah berusia..tinggal di Tumpat dan setiap hari anak beliau akan hantar beliau ke hospital dan jemput balik di waktu malam menaiki motorsikal...gaji tak seberapa, tapi ini sahaja peluang kerja yang ada...sedihkan mendengar cerita beliau..kerana masih bekerja di usia senja huhuhu..dan saya ada memberi sedikit sedekah pada beliau..kerana saya ingat pesan prof Muhaya...memberi lah walau sedikit..dan memang mak saya sangat pemurah orangnya..dan saya memberi tanpa pengetahuan mak saya ketika itu...tapi terkantoi sebb makcik tersebut sempat bercerita saya memberi beliau sesuatu pada arwah mak saya semasa beliau datang sapu sampah (sebab mak saya suka sangat anak-anak beliau memberi, saya tak mahu mak saya tahu..huhuhu)...

Cerita 3
Saya ada mengenali seorang penjawat awam..dan beliau seorang yang aktif dalam pelbagai arena sukan atau kata lain sport maniac.
Beliau ada mengadu, yang tidak mampu mendaftar gym kerana yuran pendaftaran RM650...sedih plak saya mendengarnya..walaupun saya tidak pernah mendaftar any gym..tapi saya memahami..dan kemudian beliau nak beli seluar panjang untuk berenang,...tapi katanya harga mahal...huhuhu
Sebagai penyelesaian jogging sajalah jalan murah dan tak perlukan modal.
Tapi jogging takut nyamuk plak..huhuhu

Teringat masa sekolah menengah, saya dan kawan baik saya CT..kami selalu berkongsi seluar sukan...ketika ada latihan sukan disekolah..kalau hari ini saya pakai esok dia plak yang pakai...orang selalu sangkakan kami twin sebab muka macam sama dan selalu macam belangkas..dan disebabkan faktor itu juga kami tak aktif sukan...atau aktiviti sukan..jadi AJK hadiah sukan ajalah...hahhaha...
Saya akan selalu kenang kenangan manis di sekolah dulu.


Saya pernah susah,
Zia ANis



Tuesday, December 1, 2015

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

Assalamualaikum,

JOm amalkan solat sunat...semoga ianya menjadi penampung pahala kepada solat wajib kita...
Ustaz Rosyam noor..selalu marah katanya "dah tua tak nak solat lagi???". Jom solat sunat, bukan kerana orang..tetapi kerana kita adalah baik dan mahu jadi baik.

Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatibyang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka” (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad dan At-Tirmizi r.a.)
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah) adalah dua hingga empat rakaat manakala selepas Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada Rawatib Qabliyah. Pada solat Isyak terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah dan dua rakaat Ba’diyyah. Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat sebelumnya (Qabliyyah), Solat Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah malah makruh solat selepas subuh.
.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10 raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim, Bukhari)
.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
.
.

Solat sunat Rawatib yang mu’akkad

  1. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
  2. Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  3. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Juma’at.
  4. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
  5. Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...