Trip to trassbourg, France May 2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada sabtu lepas iaitu 2 Mei 2015 saya dan teman moroko saya sempat menerokai bandar no.3 terbesar dan terpopular di Perancis iaitu Strasbourg. Sebenarnya dah lama nak ke Strassbourg, France tapi selalu aja ada halangan dan hal2 lain yang mengganggu.
Strassbourg, France dari tempat saya tidaklah jauh..hanya 1jam 50 minit menaiki bas atau train. Tambang bagi bas ialah 8Euro sehala, manakala train lebih murah di hari weekend iaitu serendah 6 euro hingga 15euro return untuk seorang. Kami menggunakan tiket Saar-Elsaac iaitu tiket khas daripada bandar tempat tinggal saya iaitu Saar...manakala Strassbourg, France pula di bawah nama negeri Elsaac.
Setelah sampai di Strassbourg, masa untuk mengisi perut..lunch time..mittagessen. So setelah bertanya di kedai Asian (Indian Shop) kami ke sebuah restoran halal India...apalagi..chicken curry...and basmati rice lah pilihannya.
Setelah makan tengahari kami mengorak langkah berjalan2 di bandar Strasbourg yang bangunannya dibangunkan diantara sungai....Kat bandar ini banyak hotel, mall mewah (Printemp dan Galery Lafayette) serta designer boutique seperti Chanel, LV, longchamp dan lain-lain. Kat sini ada juga pharmacie yang menjual pelbagai kosmetik buatan France. Seronok menjamu mata..dan dibandar ini juga banyak kedai pakaian wanita, termasuk untuk muslimah..harga pon murah..so lama lah bertapa kat kedai ni...sambil mencuba dress.
Disini juga terdapat 2 buah church yang besar dan terkenal..ramai sungguh tourist yang beratur nak masuk church dan yang xmo masuk semua pakat2 menjamu selera ice cream, coffee dan snack di depan church. Dan sini jugalah souvenirs banyak dijual....so kena stop beli fridge magnet dan poskad...kemudian ke pejabat pos berdekatan, beli setem dan pos pada diri sendiri...; )
Kemudian setelah berjalan-jalan, letih lah plak so naik tram..tram kat sini cekap dan effisyen...serta rekabentuknya moden...
Jam 7.33 pm kami menaiki train kembali ke pangkal jalan (rumah masing)....
Fakta mengenai Strassbourg:
1) banyak terdapat kedai dan restoran halal, terutamanya kebab dan juga indian food
2) satu blok daripada Stesen Keretapi utama terdapat masjid...senang utnuk solat disitu...hanya 5 minit berjalan kaki daripada stesen keretapi
3) Krismas market nya ialah antara yang paling happening di Europe...dan maybe yang terbesar....
4) Pada bulan June setiap tahun parlimen Europe akan bersidang disini dan orang ramai boleh memasuki parlimen dan melihat mereka bersidang.
5) Menggunakan matawang Euro.
6) Berjiran dengan German, iaitu diantara Offenburg dan juga Saarbruecken
Jom tengok foto yang sempat saya rakamkan walaupun cuaca mendung dan sebelah petang hujan lebat..Alhamdulilah masa tu dah dalam train...
Zia The traveller.
Cheers,
Zia ANis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
No comments:
Post a Comment