Thursday, April 16, 2015

Jalan-jalan ke Zurich, Switzerland

Trip to Zurich, Switzerland

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti Easter selama 4 hari, telah memberi peluang saya dan dua rakan menghabis 1 hari setengah di Zurich Switzerland.

Switzerland adalah sebuah negara yang berjiran dengan Germany. Oleh itu, kawasan yang berdekatan dengan sempadan Germany, maka rakyatnya akan menggunakan bahasa German. Begitu jugalah dengan Zurich. Zurich ialah ibu negara Swiss dan termasuk dalam 10 expensive cities in the world...memang sangat mahal..3 kali ganda daripada germany..walaupun kebanyakkan barangnya sama dengan di Jerman..bayangkan fridge magnet aja CHF 7.90 sebuah....ooh ya..mereka menggunakan matawang CHF iaitu yang disebut Swiss Franco.
Serba serbi mahal di sini...namun swiss sebuah negara yang bersih, teratur dan tidak stress....dan kebanyakkan rakyatnya bergaji besar sesuai dengan kos hidup yang mahal itu....

Jom lihat catatan perjalanan saya...

11.05 saya menaiki bus Meinfernbus daripada rumah ke Strassbourg (Perancis) singgah sebentar mengambil penumpang kemudian ke Freiburg (German).
Kemudian saya menaiki bus lain Meinfernbus daripada Freiburg ke Zurich Hbf iaitu yang memakan masa 2 jam...dan disempadan...kami diperiksa passport dan visa oleh pihak Kastam Swiss...(hanya yang menggunakan kenderaan selain train sahaja yang diperiksa)....

Jam 5.30 petang saya tiba di Zurich Hbf..kemudian saya menaiki tram ke Hotel Ibis Zurich...iaitu yang mengambil masa 10 minit dengan menggunakan tram. Hotel ini sangat dekat dengan stesen tram serta amat saya syorkan untuk stay...tapi awas...bilik mandi bercermin..so orang kat luar boleh lihat anda..so pepandai lah ambik cadar dan letakkan di pintu blik air..manakala tandas adalah berasingan...inilah konsep ibis yang diguna pakai di semua hotel ibis....

Yang bestnya anda boleh mnggunakan mikrowave yang terletak di lobby hotel anytime..dan boleh menggunakan dining hall..so malam itu kami memanaskan lauk rendang yang saya masak bersama lauk lain....

Setelah bertanya di kaunter tiket dan membeli tiket kami menaiki train ke destinasi pertama iaitu Rheinfalls iaitu air terjun terbesar di Eropah.Untuk ke sini kami menukar 2 train dan tiba di stesen Rheinfalls. Rhein dalam bahasa german.ialah sungai...fall ialah jatuh...so ianya adalah air terjun.daripda sungai terpanjang yang merentasi Swiss. Cuaca tak menyebelahi kami kerana hujan lebat.

Tapi ini tidak membantutkan acara menerokai rheinfalls ini
Malahan.pelancong lain pon makin ramai..setelah membeli tiket CHF5 kami pon pergi menyusuri rheinfall tersbut yang mempunyai 4 level...dan level terakhir ialah paling dekat dan hampir dengan air terjun yang deras...memang sangat hampir...dan di sungai ini.juga ada feri.

Bahaya nya tengok.feri bawa penumpang di air deras..

Tempat membeli tiket dan souvenirs. 


image google






Kami tak naik sebab mengejar masa...setelah puas bergambar...kami menaiki train kembali ke Zurich Hbf untuk.ke Adliwills iaitu kawasan cable car...tiba di kawasan cable car jam.1 petang so memang tak ada orang...sebab hujan
Jadi hanya kami bertiga naik. Cable car yang boleh memuatkan 30 orang dalam satu masa..
Tiba.di atas puncak hujan.turun selebatnya
Tak dapatlah kami meneroka hutan dan kawasan menarik di atas gunung
Manakala.pandangan juga terbatas sebab kami.diatas gunung dan berkabus...so lepas solat kami makan meggi bekal.
                                                     image google
                                        Hujan dan kabus semasa kami menaiki cable car ni...
                                               Trek jogging dan trekking di atas bukit...

Dan jam 2.30 turun.kembali menaiki cable car dan meneruskan.perjalanan.ke.Zurich hbf dan ke Haupbanhofstrasse iaitu satu street yang penuh dengan kedai kedai berjenama antarabangsa seperti Chanel, LV, Salvator Ferragamo, dan Bata juga....dan kedai jam mewah keluaran Swiss seperti Rolex, Pratek Philipe , dll. kemudian perut berkeroncong...mulalah agenda naik tram.no 6 mencari restoran halal sambil search di internet. Semua restoran sudah tutup sebab petang...

Maka dalam.perjalanan naik tram no 6 dapatlah kenal. ETH university dan zoo Zurich. Last resort kami krmbali ke Zurich Hbf dan terjumpa muslim so dia tunjukkan.kedai halal
Rupanya tak.jauh dari.hotel kami menginap....lepas makan kebab di kedai turki,.kami merancang nak menaiki bot mneyusuri sungai..tetapi terlambat kerana bot terakhir jam 4.45 ptg..so jalan jalan.aja dalam.Zurich hbf..walaupun.ianya sebuah stesen.keretapi tapi.ianya ibarat mall.di bawah tanah semua kedai ada..so kami mencari cari ole ole nak dibawa pulang...saya beli poskad dan fridge magnet...kemudian terus pos poskad pd diri sendiri .
Kemudian.misi diteruskan.dengan.bersiar siar di kota Zurich dan terjumpa seorang auntie Malaysian yang telah 30 tahun.menetap di Luzern dan mengahwini warga swiss.

So malam itu kami menghabiskan masa menaiki kembali tram.no 6 krrana tram.ini melalui kawasan berbukit dna boleh lihat keindahan malam kota Zurich. Jam 10 malam tiba di hotel dan zzzz...

Esoknya kami menyambung perjalanan ke Interlaken....
Apa yang boleh saya katakan tentang Zurich ialah ianya sebuah kota lama tanpa banyak bangunan pencakar langit..mungkin hanya 1 %..rumah di kawasan jauh dari bandar adalah amat bersih walaupun tidak moden senibina nya..kawasan bandar yang bersih dan mahal....

Itulah sahaja.catatan ke bumi Zurich...gambar pon tak banyak sebab cuaca hujan...

                                            Zia Anis the traveller...

Cheers
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...