Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada cuti Krismas yang lalu, saya berkesempatan melawat 4 buah negara di Eropah ni, dan dengan izinNya saya akan berkongsi tips dan trip sehari di Brussels, Belgium.
Pada 1.1.2015, kami berlima keluar awal dari Hotel Rex Comprador di Paris untuk ke Paris Bercy Bus Terminal kerana dari sini kami akan menaiki bus ke Brussels, dan perjalanan mengambil masa 3jam 50 minit. Tiket bus kami beli melalui online...harga murah euro17 sahaja menggunakan IDBus. Perjalanan sangat licin dan sepanjang jalan kelihatan salji memutih...sangat cantik.
Jam 1250 tengahari, kami tiba di Brussels...di MIDI Central. Kat sini kiranya macam stesen bus, keretapi, tram yang besar..dan disebabkan cuti umum, kat i (Information) takder plak orang..dah lah semua sign dalam bahasa Belgium..argggh...so terkial kial jap kat sana..dan alhamdulilah setelah hampir setengah jam..kaunter i dibuka..so kami tanyalah kat kaunter...
So, kami menuju mesin untuk beli kad tiket sehari..Euro7...amat murah..dan boleh digunakan untuk semua transport.
Kemudian kami bergerak ke Hotel Mirabeau, yang terletak berhampiran dengan Metro....dan banyak kedai makan halal disepanjng jalan ke hotel tersebut. Dan hotel ini dikira agak stategik kerana di kawasan utama dan senang nak ke Grand Place, Minaken Pis...
Setelah check in, kami keluar ke Restoren Cote Al Cote berdekatan hotel untuk makan steak halal..yang sangat sedap....walaupun servis lambat ....kira berbaloi tunggu lama...
Selepas makan kami bergerak ke Mini Europe..dan tiket Euro14 untuk masuk kesini....cuaca sangat sejuk dan hampir malam..so kami keliling Mini Europe dalam keadaan terketar kesejukan..dan kat sini juga berdekatan dengan taman tema dan juga Bangunan Atom.
Mini europe ialah taman mini bangunan yang popular di seluruh negara kesatuan europe. dan bangunan tersebut dilengkapi dengan lagu kebangsaan dan maklumat seperti populasi, matawang dan tarikh kemerdekaan. Sungguh informatik.
Kemudian di sebelah malam plak kami ke Grand Place, iaitu mercu tanda Belgium...dan setiap sejam ada pertunjukan muzik dihiasi lampu pada bangunan di Central Place...dan ianya berlangsung lebih 10 minit..lagu yang dimainkan juga best...
Dan kat sini banyak kedai coklat murah-murah, dan kedai cenderamata...dan kedai biskut..memang rsa nak borong smeua coklat...
Dan kat sini banyak kedai coklat murah-murah, dan kedai cenderamata...dan kedai biskut..memang rsa nak borong smeua coklat...
Kami juga tak lepaskan peluang makan waffle strawberry, sedap..juga..EUro3.60.
Kemudian kami mencari dalam sejuk menuju ke Minaken Pis....macam dah give up..sebab sejuk...tapi terjumpa..dan alangkah terkejut dan rasa kelakar sebab monumen tersebut sangat kecil dan terletak di celah bangunan..ingatkan besar sampai popular mcam tu sekali...oh ya minaken pis tu ialah patung kanak2 lelaki kencing berdiri...hahhahaha
Kemudian kami berjalan balik ke hotel..Esok pagi dah nak gerak ke Airport Zaventem. Kami membeli tiket Euro8.50 ke Airport menaiki train....senang sebb ada airport terus dari MIDI atau cetntral station.
Bye-bye Belgium
Yang pasti kat belgium, ramai pelancong dan sangka plak kat sana ramai muslim dan mereka suka membantu..nampak kami macam tersesat terus tanya dan cuba menolong...
Bagi saya Brussels sebuah bandar yang tidak jauh berbeza dengan kota lain di Germany. Tapi sistem perkhidmatan kenderaan seperti bas, train dan tram sangat cekap, efisen dan bersih.
Ok..setakat itu lah catatan sehari di Belgium.
Cheers,
ZA
mini europe dah makin mahal.. naik beberapa posen ahaha.. tapi rasanya cem bosan saja masuk mini eurore..
ReplyDeleteCT pergi day trip saja.. tak bermalam. jadi lama sangat spend time kat sini.
patutnya pergi lepak tempat lain yang lebih berbaloi.. eh eh..
yer..mini europe tu mcm biasa jer...tp sebb semua org pergi..so pergi jerlah...hehe..
ReplyDelete