Baca artikel di bawah ini:
1) http://vektorpendang.tripod.com/anissabrina.html
2) http://www.mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/4/1/mstar_berita/20100401114528
3) http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/2/20/TERKINI/Mutakhir/Tiga_maut_kerana_denggi_setakat_ini&sec=mstar_berita
4)http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/bayi-maut-akibat-denggi-1.180571
Awasi tanda tanda demam denggi...Jangan pandang ringan...teruslah ke doktor..mungkin 2 atau 3 doktor yang berlainan.
Sup Ketam dan Denggi
Mungkin tiada kajian saintifik yang dilakukan setakat ini mengenai kesan sup ketam dan peningkatan platlet kepada pesakit denggi. Namun ramai yang sudah mencuba dan berjaya dengan izin Allah. Dan ianya adalah suatu usaha setelah bertawakal kepada Allah...kerana Dia lah yang menyembuhkan...dan anak saudara saya sendiri telah mencubanya semasa sakit denggi december lepas.
Jadi jom lihat resepinya...
SUP KETAM
Recipe & Source: Mieza @ WAWMC
4 ekor ketam - dipotong dan dicuci
3 ulas bawang putih - ketuk
1 biji bawang besar - belah 6
2 batang serai - ketuk
1 biji buah tomato - belah 4
1 inci halia - hiris nipis
1/2 st lada hitam
2 biji cili merah/hijau - mieza guna cili hijau dibelah 2
Sedikit daun sup dan daun bawang - hiris
Minyak untuk menumis
Air secukupnya untuk kuah
Garam dan gula
Bawang goreng
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, lada hitam, halia dan serai hingga wangi dan garing bawang putihnya.
2. Masukkan air dan ketam dan didihkan. Bila sup mendidih, masukkan cili hijau dan tomato. Biarkan seketika.
3. Rasakan garam gula dan taburkan dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng bila menghidang.
Sedap dimakan bersama nasi panas ataupun hanya dihirup begitu sahaja.
Sup Ketam_Credit to Mieza@ WAWMC
Cheers,
Zia ANis
*semoga kita semua berada dalam keadaan sihat dan walafiat selamanya...
No comments:
Post a Comment