Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perkongsian untuk kita semua..agar bermanfaat.
Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك
) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an.
Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri
daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al
Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti
‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At
Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan
keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan
pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah
dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan
seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan
setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kandungan Surah Al Mulk
Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang
kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan
daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.
Pada awal surah, ayat ini diceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini,
yang tidak ada cacat-celanya.
.
Allah telah menciptakan alam ini daripada awal yang
tiada apa-apa kepada yang ada dan seterusnya menjaga alam ini dengan
penuh kesempurnaan. Allah berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu
menurut kehendak-Nya.
.
Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di
neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam
api neraka, malaikat penjaga bertanya, “Apakah belum pernah
datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi
kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka.
.
Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita.
Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya,
cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan
yang akan menyesal di akhirat kelak.
.
Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya
berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan,
berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang
berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka
terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti
kewujudan dan kekuasaaan-Nya.
.
Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus
kita renungi bersama : “Katakanlah
(Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi
kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya
pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan
satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur
melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al
Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari
seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap
malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti
wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi
cerdik.
.
.
Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang
terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat
Abu Hurairah meriwayatkan hadis,
katanya: “Sesungguhnya di dalam
Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat
bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya,
selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al
Mulk.”
.
.
2. Menyelamatkan daripada seksa kubur
Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat
azab datang pada sisi kakinya untuk
memberi hukuman. Kakinya berkata; “kamu
tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri
dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka
datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang.
Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata;
“kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu
membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini
menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas
berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk
sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan
pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila
azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak
boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang
sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan
beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara
bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW
dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW,
saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu
bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca
surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda;
“Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa
kubur.” (HR At-Tarmizi)
.
.
3. Hati Beriman
.
.
4. Mendapat Keistimewaan
.
.
Khasiat Ayat Dari Surah
Al-Mulk
Ayat dari Surah Al Mulk juga mempunyai khasiat dan
keistimewaan yang lain. Diantaranya:
.
1. Khasiat Ayat 14 Surah Al-Mulk
أَلَا
يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ
الْخَبِيرُ ﴿١٤
Tidakkah Allah yang
menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang
Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya!
1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh
meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15
surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan
jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam
kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di
atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam
keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring
dengan lembung kanan.
.
.
2. Khasiat Ayat 23 Surah Al-Mulk
قُلْ
هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ
لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ
وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا
تَشْكُرُونَ ﴿٢٣
Katakanlah (wahai
Muhammad): “Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada),
dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati
(untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.
.
- Jika diamalkan ayat ini, iaitu dibacakan pada gigi
yang sakit. InsyaAllah, akan berkurangan dan sembuh sakit giginya.
.
.
Terdapat banyak keistimewaan daripada tiga puluh ayat
Surah Al – Mulk tersebut. Ia akan terus mensyafaati bagi orang yang
membacanya dengan istiqamah hingga ia diampunkan.
.
.
Wallahua’lam bish showab
*Di copy dari sebuah blog..terima kasih ya.
Cheers,
Zia ANis