Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sempena Ramadhan hayati:
Pada 
suatu hari, Nabi Muhammad bersama dengan seorang sahabatnya yang bernama
 Jabir sedang berjalan di dalam bandar Madinah melalui sebuah pasar. 
Kelihatan ramai orang berkunjung ke pasar itu bagi urusan berdagang, 
membeli belah dan sebagainya.
Sedang Nabi Muhammad dan Jabir 
sahabatnya itu meninjau-ninjau keadaan pasar di situ, tiba-tiba beliau 
ternampak bangkai kambing yang cacat sebelah telinganya. Nabi Muhammad 
mengangkat bangkai kambing itu dengan memegang sebelah telinganya lagi.
   "Ada sesiapa antara 
saudara-saudara yang suka kepada kambing ini, dan mahu mebelinya dengan 
harga satu dirham sahaja?" tanya Nabi Muhammad kepada orang ramai.
Orang ramai yang melihat peristiwa itu terpinga-pinga mendengar tawaran itu.
   " Tiada siapa yang suka kambing itu. Untuk apa?" jawab mereka.
   " Bagaimana kalau bangkai ini saya berikan percuma sahaja?" tanya Nabi Muhammad lagi.
    " 
Sekali pun kambing itu masih hidup tiada siapa yang mahu, ia kambing 
cacat. Apatah lagi ia sudah jadi bangkai," kata mereka yang tidak suka 
melihat bangkai kambing itu.
Sesudah mendengar mereka berkata demikian, Nabi Muhammad pun menjelaskan maksud tawaran beliau tadi.
   " Ketahuilah. Dunia ini lebih buruk daripada bangkai kambing ini."
Dunia ibarat bangkai. Malah ia 
lebih buruk daripada itu. Dunia ini dipenuhi dengan tipu daya. Manusia 
sering terpedaya dengan kecantikan perhiasan dunia. Kekayaan yang ada di
 muka bumi ini adalah perhiasan yang sering direbut oleh manusia. Kasih 
mereka kepada dunia menjadikan mereka lupa dan lalai kepada Tuhan. 
Akibatnya Tuhan tidak kasih kepada mereka.
Marilah cintakan Akhirat kerana selamanya itu rumah kita...
Cheers,
Zia Anis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
 
- 
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...
- 
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
 
 
 
No comments:
Post a Comment