Saya sedang membaca blog http://www.serikandiku.com dan menemui pos mengenai lelaki. Ianya sama dengan apa yang saya rasakan. Saya amat takut dengan lelaki dan sangat pemalu dengan lelaki. Rasanya tidak salah untuk berperasaan begitu, kerana sebagai benteng dan batasan agar kita tidak hanyut di dalam dunia yang sementara.
Jom hayati tulisan http://www.serikandiku.com.
Apa yg saya nak cerita kat sini adalah, dulu, saya selalu anggap lelaki adalah insan yg tiada/kurang perasaan. Saya ingat, lelaki hanya ada perasaan ego, dan tak pandai mengawal emosi mereka. Saya ingat semua lelaki hanya mahukan perempuan yg lawa dan hanya buat sesuatu atas kepentingan diri mereka sendiri. Saya hold on to this believe for quite some time sampai agak sebati dalam jiwa saya. Tapi dari sehari ke sehari dan apabila saya semkain tua, saya dapati saya jauh tersasar. Ada juga orang lelaki yg kacak dan lawa dan berstatus baik yang memilih perempuan yang berwajah normal/biasa/ kurang lawa berbanding mereka. Saya nampak ada juga orang lelaki yg sangat2 sincere menyayangi ibu, isteri dan anak2 mereka, sehingga mereka sanggup bergadai nyawa dan tidak memikirkan nasib diri mereka.
Walau bagaimana pun, saya masih belajar dan akan terus belajar dalam kehidupan ini, walaupun saya dah terlalu tua untuk belajar. At least, kepercayaan saya yg lalu tersebut telah tidak membuatkan saya ‘liar’ atau ada pakwe sebelum kawen. Cumanya, saya nak kalau adik2 sekarang, tidak suka berkawan dgn org lelaki, biarlah sebabnya untuk menjaga diri, iman dan taqwa, dan bukan sebab benci kepada mereka macam saya dulu. Dan menundukkan pandangan kepada orang lelaki bukan hanya sebab terlalu pemalu (macam saya) tetapi atas rasa taat dan patuh kepada perintah Allah.
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ
Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’. An Nur 30-31.
Ramai di antara kita perempuan yg lupa, aurat tutup sudah (tak perlihatkan perhiasan tubuh badan) tetapi kita lupa menjaga pandangan dan lupa menjaga kehormatan, padahal semuanya adalah kewajipan. Aurat tutup tapi kehormatan diri tidak terjaga, aurat tutup tapi akhlak tidak terjaga, aurat tutup tetapi mata melilau2 pantang terlihat lelaki lawa.
يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ
“Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (Al Ghafir:19)
Sahabat2 dan adik2 sekalian, simpanlah segala keinginan dan kescuian kita khusus bila tiba masanya, dan supaya kita merasa kelazatan yg dijanjikan Allah di akhirat nanti, unutk melihat wajahNya, seperti sabdanya Rasulullah saw,
“Allah ‘azza wajalla berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang di luar sana, banyak lelaki yg tidak baik (of course ada yg baik, cuma tak banyak), especially lelaki yg tidak menjaga iman dan taqwanya kerana Allah. Sebab, sekiranya dia takut pada Allah, dia tidak akan bermain2kan perasaan kaum wanita, dia tidak akan menipu dan mengambil kesempatan atas kaum perempuan. (Actually, pompuan pun ada yg tak baik) Nasihat saya untuk adik2 perempuan, jangan terlalu cepat memberikan hati kepada orang yg bukan milik kita (dengan cara yg halal yakni nikah, bukan tunang sahaja), dan sekiranya terpaksa memberikan hati pun, simpan mostly hati tu utk diri kita, supaya, sekiranya di sakiti, hati itu masih ada dan tidak hilang. Dan semoga masih ada ruang2 untuk melihat kebenarandan untuk menerima ingatan dari Ilahi pada hati itu, supaya ‘cinta itu bukan buta’. Bila mana saya nampak anak2 perempuan yg asyik bercinta, kemudian nya frust dan makan hati, susah saya nak sampaikan pesan2 saya ini. Bila saya dengar berita2 perempuan2 terpedaya dan mengikut lelaki ke Lombok atau menjadi keldai dadah, saya nak sahaja pesan bebenda macam ni. Tak termasuk lagi anak2 yg keluar rumah, atau senyap2 berjumpa teman lelaki, yg akhirnya diri merana apabila di abuse oleh lelaki durjana. Tak termasuk lagi yg sangat suka di puji oleh lelaki tentang kecantikan mereka apabila mengepost gambar2 gediks di FB. Dunia ini mostly tipu daya, kita semua sedang tidur dan akan benar2 jaga bila kita mati. Semoga kita termasuk dalam golongan yg dikurniakan syurga Allah, yg segala kecantikan dan kebahagiaan di dunia ini tidak dapat menandinginya.
Berdoalah semoga kita semua dipertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman. Sesungguhnya yakinlah pada Allah akan segalanya.
Cheers,
Zia Anis
No comments:
Post a Comment