Friday, December 7, 2012

Kenapa Aku Diuji...Jawapan Al Quran


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Disaat ini ada yang berduka, bersedih kenapa aku diuji..dan terimalah jawapan daripada Al Quran kalam suci Allah..

my-sensasi.blogspot.com

KENAPA AKU DIUJI ?
Surah Al-Ankabut, ayat 2-3
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan : “kami telah beriman “, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


KENAPA AKU TIDAK MENDAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah, ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahuinya.


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah, ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.


RASA KECEWA?
Surah Al-Imran, ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang2 yang beriman.


BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran, ayat 200
Hai orang2 yang beriman,”bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetapkanlah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. Surah Al-Baqarah, ayat 45 Dan mintalah pertolongan (kepadaAllah) dengan jalan sabar dan solat. Dan sesungguhnya solat itu amatlah berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.


APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah, ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka.


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah, ayat 129
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Allah selain Dia.Hanya kepadaNya aku bertawakal.


AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf, ayat 37
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

Cheers,
Zia Anis..

Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi ujianMu, sesungguhnya redhaMu ku dambakan.

Jom Bermekap


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya bukan sahaja penggemar gadget tapi juga penggemar barangan mekap. Saya tertarik atau melekat dengan alat mekap ini sejak setahun lalu setelah saya menonton video make up oleh Michelle Phan.  Michelle Phan adalah seorang jurusolek yang pandai bersolek di muka sendiri malahan pandai menghasilkan video yang menarik. Jadi jika menonton videonya, ianya jelas, tidak banyak intro serta amat menarik. Selain itu, beliau dikenali sebagai ikon jutawan peminat di youtube, Diatas kepandaiannya bermekap beliau telah dipilih oleh Lancome sebagai jurucakap serta model produk kosmetik Lancome. Melalai beliaulah saya tahu mengenai banyak alat mekap dan drug store. Drug store ialah sebuah kedai yang menjual pelbagai kelengkapan kecantikan seperti alat mekap, wangian, sabun dan lain-lain. Di Jerman ini drug store yang paling glamour ialah dm dan my Douglas. de. Disebabkan saya sekarang berada di Jerman, maka kesempatan yang ada saya manfaatkan sebaiknya dengan mengunjungi dm dan douglas sebagai terapi. Sungguh seronok sebab pelbagai jenama yang ada dijual di douglas seperti pelbagai jenama perfume, alat mekap dan kosmetik seperti lancome, nyx, astor, Maybelline, loreal, estee lauder, essence, pure make up dan lain-lain. Semuanya kosmetiknya berharga dibawah EURO50…murah bukan..tapi jangan diconvert..huhuhu
Dan bila menjelang krismas..makin banyak tawaran menarik tetapi tidak pada perfume ataupun alat mekap…ianya pada set seperti losyen+sabun+dll….
Saya tidak atau jarang mengenakan mekap, saya hanya gunakan lip balm dan bedak kompak sahaja…tapi saya membeli yang murah2 sebagai koleksi atau untuk main-main. Hobi lah katakan…


Bronzing and Highlighter







Selamat bermekap…
Cheers,
Zia Anis

Wednesday, December 5, 2012

Tips/petua cantik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah Tips/petua cantik yang saya ambil daripada Dirimu memang cantik:
http://www.youtube.com/watch?v=oC2mpfqXZ0Q

Tips barat:
Cari titik stress pada badan iaitu:

1) atas kepala, bila tekan rasa sakit
2) kiri dan kanan mata
3) bawah mata
4) tengah diantara lubang hidung
5) bawah kedua ketiak..dekat tali bra

tekan..sambil berkata pada diri sendiri
"Saya menerima diri saya seadanya dan saya gembira". Baca atau niat setulus hati, bukan sekadar di mulut...

Tips mengikut cara islam:
Setiap malam atau setiap pagi
Peluk diri sendiri dengan penuh perasaan dan Baca atau niat setulus hati, bukan sekadar di mulut

" Aku redha sungguh dengan pemberianMu, aku sayang diriku ini dan aku maafkan segala kesilapanku dan Engkau Maha Memaafkanku".

Ingatlah sesiapa yang pandang kecantikan ikut pandangan manusia tidak pernah rasa puas...

Hiasi wajah dengan zikir dan sentiasi fikir...

Cheers,
Zia Anis

Monday, December 3, 2012

Lelaki Ini

Assalamualaikum,

Saya sedang membaca blog http://www.serikandiku.com dan menemui pos mengenai lelaki. Ianya sama dengan apa yang saya rasakan. Saya amat takut dengan lelaki dan sangat pemalu dengan lelaki. Rasanya tidak salah untuk berperasaan begitu, kerana sebagai benteng dan batasan agar kita tidak hanyut di dalam dunia yang sementara.

Jom hayati tulisan http://www.serikandiku.com.

Apa yg saya nak cerita kat sini adalah, dulu, saya selalu anggap lelaki adalah insan yg tiada/kurang perasaan. Saya ingat, lelaki hanya ada perasaan ego, dan tak pandai mengawal emosi mereka. Saya ingat semua lelaki hanya mahukan perempuan yg lawa dan hanya buat sesuatu atas kepentingan diri mereka sendiri. Saya hold on to this believe for quite some time sampai agak sebati dalam jiwa saya. Tapi dari sehari ke sehari dan apabila saya semkain tua, saya dapati saya jauh tersasar. Ada juga orang lelaki yg kacak dan lawa dan berstatus baik yang memilih perempuan yang berwajah normal/biasa/ kurang lawa berbanding mereka. Saya nampak ada juga orang lelaki yg sangat2 sincere menyayangi ibu, isteri dan anak2 mereka, sehingga mereka sanggup bergadai nyawa dan tidak memikirkan nasib diri mereka.


Walau bagaimana pun, saya masih belajar dan akan terus belajar dalam kehidupan ini, walaupun saya dah terlalu tua untuk belajar. At least, kepercayaan saya yg lalu tersebut telah tidak membuatkan saya ‘liar’ atau ada pakwe sebelum kawen. Cumanya, saya nak kalau adik2 sekarang, tidak suka berkawan dgn org lelaki, biarlah sebabnya untuk menjaga diri, iman dan taqwa, dan bukan sebab benci kepada mereka macam saya dulu. Dan menundukkan pandangan kepada orang lelaki bukan hanya sebab terlalu pemalu (macam saya) tetapi atas rasa taat dan patuh kepada perintah Allah.

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ

Katakanlah kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara kehormatan merekaYang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka  dan memelihara kehormatan mereka serta janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya’. An Nur 30-31.
Ramai di antara kita perempuan yg lupa, aurat tutup sudah (tak perlihatkan perhiasan tubuh badan) tetapi kita lupa menjaga pandangan dan lupa menjaga kehormatan, padahal semuanya adalah kewajipan. Aurat tutup tapi kehormatan diri tidak terjaga, aurat tutup tapi akhlak tidak terjaga, aurat tutup tetapi mata melilau2 pantang terlihat lelaki lawa.

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

“Allah mengetahui pengkhianatan pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (Al Ghafir:19)
Sahabat2 dan adik2 sekalian, simpanlah segala keinginan dan kescuian kita khusus bila tiba masanya, dan supaya kita merasa kelazatan yg dijanjikan Allah di akhirat nanti, unutk melihat wajahNya, seperti sabdanya Rasulullah saw,
 “Allah ‘azza wajalla berfirman: “Aku sediakan untuk hamba-hamba-Ku yang saleh sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata dan tidak pernah didengar oleh telinga serta tidak terlintas dalam hati manusia”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Memang di luar sana, banyak lelaki yg tidak baik (of course ada yg baik, cuma tak banyak), especially lelaki yg tidak menjaga iman dan taqwanya kerana Allah. Sebab, sekiranya dia takut pada Allah, dia tidak akan bermain2kan perasaan kaum wanita, dia tidak akan menipu dan mengambil kesempatan atas kaum perempuan. (Actually, pompuan pun ada yg tak baik) Nasihat saya untuk adik2 perempuan, jangan terlalu cepat memberikan hati kepada orang yg bukan milik kita (dengan cara yg halal yakni nikah, bukan tunang sahaja), dan sekiranya terpaksa memberikan hati pun, simpan mostly hati tu utk diri kita, supaya, sekiranya di sakiti, hati itu masih ada dan tidak hilang. Dan semoga masih ada ruang2 untuk melihat kebenarandan untuk menerima ingatan dari Ilahi pada hati itu, supaya ‘cinta itu bukan buta’. Bila mana saya nampak anak2 perempuan yg asyik bercinta, kemudian nya frust dan makan hati, susah saya nak sampaikan pesan2 saya ini. Bila saya dengar berita2 perempuan2 terpedaya dan mengikut lelaki ke Lombok atau menjadi keldai dadah, saya nak sahaja pesan bebenda macam ni. Tak termasuk lagi anak2 yg keluar rumah, atau senyap2 berjumpa teman lelaki, yg akhirnya diri merana apabila di abuse oleh lelaki durjana. Tak termasuk lagi yg sangat suka di puji oleh lelaki tentang kecantikan mereka apabila mengepost gambar2 gediks di FB. Dunia ini mostly tipu daya, kita semua sedang tidur dan akan benar2 jaga bila kita mati. Semoga kita termasuk dalam golongan yg dikurniakan syurga Allah, yg segala kecantikan dan kebahagiaan di dunia ini tidak dapat menandinginya.
Berdoalah semoga kita semua dipertemu jodoh dengan lelaki yang baik dan beriman. Sesungguhnya yakinlah pada Allah akan segalanya.
Cheers,
Zia Anis

Kisah Mulia: Umar Abdul Aziz

Assalamualaikum,
Sejak saya ke Jerman, hari minggu saya adalah bertemankan Youtube...hampir 20jam sehari...dialah teman dialah penawar. Jadi, dengan adanya Youtube saya telah menonton ceramah Dr. MAZA bertajuk Umar Abdul Aziz. Sungguh mulia insan ini, berakhlak mulia.

Disini saya lampirkan artikel berkaitan Umar Abdul Aziz kredit kepada http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/UmarAziz.htm



Khalifah Umar bin Abdul Aziz
 
Biodata Ringkas
Nama                  : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu            : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
T/Lahir                : 61H
Umur                  : 39 tahun
Tarikh M/Dunia    : 101H
Jawatan              : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan    : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan
Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.
Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi
Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah   Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.
Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk  jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah spt berikut ;
"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."
"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi  hari tidak akan sampai ke   petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"
"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".
"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya."
"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :
        1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku)  akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"
        2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik  telah berkata : "Aku  tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul  Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"
        3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar     suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".
        4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"
        5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"
        6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang  lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"
        7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara  satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka." 
       
Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah
Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :
            1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran
            2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal
            3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah
            4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan    beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.
Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa'  Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.....

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan
2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan....
Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat...........kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..
Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada  pemerintahan  zaman moden ini....hanya   852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan ornag yang benar-benar ikhlas.....!!!

Cheers,
Zia Anis

"Ya Allah ampunkan dosa-dosaku jika aku termakan dan menggunakan harta yang bukan milikku.Sesungguhnya aku mengharapkan keampunanMu".

Sunday, December 2, 2012

Salju Bumi Saarbrucken, Germany

Assalamualaikum,

Semalam saya tak dapat melelapkan mata, mungkin sebab minum secawan besar kopi dan siang sudah tidur. Sambil layan ceramah youtube, saya lihat melalui tingkap, cerah aja diluar, terus buka tingkap rumah sewa saya, alangkah terharu lihat salji telah menutupi pokok dan tanah...syahdu..terus mengucapkan syukur dan berdoa kepada Ilahi, indahnya ciptaanMu. Ini bukan kali pertama saya melihat salji, kerana telah  2 kali saya ke Mount Buller dan Mount Hottam di Melbourne Australia. Walaubagaimanapun ianya pengalaman pertama kali melihat salji turun dikeheningan malam...

Jom layan foto:




Cheers,
Zia Anis

"Ya Allah Syukurku padaMu, atas segala nikmat dan pemberianMu".

Penggemar Gadget

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Anda penggemar gadget? Saya memang seorang penggemar gadget. Walaupun saya bukan jenis orang yang tertunggu-tunggu gadget apa akan keluar dan sanggup beratur untuk membelinya. Gadget pertama yang saya beli ialah ipod nano. Ianya dibeli hasil duit jadi private tutor di Melbourne selama 3 kali sahaja..then berhenti..tapi alhamdulilah saya berjaya mendapatkan ipod warna silver, itu pada tahun 2007, dan masih saya simpan hingga kini...

Gadget yang kedua ialah kamera Canon EOS 550D yang berharga RM2900 termasuk 4gb card, tripod, beg, screen protector, berus kamera. Ini adalah hasil duit gaji saya...teringin nak ada kamera, akhirnya terlaksana...saya tiada kamera, walaupun cap ayam...hehhehe...lama saya duk berangan akhirnya tanggal 20 september 2010 saya memiliki kamera ini yang saya beli di Sunway Piramid. Sehingga kini saya masih gunakannya...

Gadget yang seterusnya ialah Samsung Galaxy Tab 7.0. Ianya versi tebal..bukan yang baru dan nipis itu...Yang ni saya sayang coz suka tgk youtube kat sini coz screen besar. Ini saya beli pada 26 Oktober 2011.

Kemudian saya memiliki sebuah komputer riba jenama Sony Vaio S series dibeli Ikano Power Center. Saya suka komputer ini sebab dia stylish dan ringan berbanding laptop Compaq saya ...Saya beli laptop ini pada 30 Oktober 2011..Harganya RM2999.00.

Tanggal 4 September 2012, telefon cap ayam saya rosak screen apabila saya tak sengaja menjatuhkannya di dewan kuliah semasa menghadiri konferensi metabolomic...disebabkan saya perlu menghubungi rakan-rakan sempena hari raya ..keesokkannya terus saya membeli samsung galaxy S III yang berharga RM2090 di Samsung Kiosk di Alam Sentral Shah Alam. Telefon ini memang bagus...

Dan sekarang saya ingin memiliki iphone5 sebab di Jerman ini ada tawaran menarik atau kontrak selama 2 tahun untuk euro60 . Kalau anda bagaimana? Mahu atau teruskan menggunakan SIII. Sebab saya ingin memiliki iphone 5 ialah:

1) saya gunakan prepaid..jadi prepaid cepat habis..sebulan hampir euro30 saya habiskan utk prepaid sahaja
2) dan mulai december saya akan tinggal dirumah sendiri so kene ada internet, if tak mati kutu atas kepala...so teruslah masukkan internet dlm phone..tak perlu line yang berasingan dengan telefon.

Tolong beri cadangan yer. Mahu lepaskan peluang memiliki iphone atau tidak?

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...