Wednesday, October 17, 2012

Menghargai nikmat kurniaanNya

Assalamualaikum,

Sejak seminggu lalu, saya telah berada di bumi Jerman untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD insyaAllah selama tiga tahun. Semoga Allah memberkati dan mempermudahkan segala urusan saya. Saya juga telah merasai suka duka tinggal di sini selama lebih 10 hari. Alangkah indahnya berada di bumi tanah tumpah darahku. Tapi apakan daya demi setitis ilmu Allah, saya mengembara. Hanya doa mampu dilafaz untuk apa yang dilakukan, hanyalah berdoa dan terus berdoa.

Benar kata orang banyak berjalan banyak pengalaman dan ilmu yang ditimba. Makin berjalan dibumi negara maju ini betapa banyak pengorbanan yang dilakukan oleh penghuninya. Jerman adalah sebuah negara maju dan perkhidmatan kenderaan awam yang maju menyebabkan rakyat tidak perlu bersusah payah memiliki kenderaan sendiri dan berlumba lumba mempamerkan kekayaan dan kelebihan. Apa yang lebih utama disini ialah ketenangan dan keseronokan rakyatnya. Keadaan ini telah mendorong ramai rakyat asing untuk datang dan bermastautin disini demi sesuap nasi dan jika keadaan mengizinkan akan tinggal atau bersemadi terus disini. Semalam saya berkesempatan ke rumah kawan rakyat asing yang menetap disini. Luluh hati melihat ruang tempat kediamannya, kecil dan sekadar untuk melepaskan lelah. Sewanya mencecah RM850 sebulan untuk ruang 5.5m x 2 meter itu. Sedih memikirkan ruang sekecil itu telah menghiasi hidupnya selama dua tahun. Tak apalah asalkan kamu ok..dan bahagia.

Alangkah beruntungnya kita rakyat Malaysia....rumah sewa masih mampu disewa walaupun tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Apa yang lebih disyukuri jika ada keluarga, pekerjaan dan rumah sewa itu...ah lebih daripada mencukupi.....

Marilah menjadi hamba yang bersyukur.
Amin.

Cheers,
Zia Anis
Kg. terpencil di bumi Jerman


No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...