Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan 55 Tahun

Salam Kemerdekaan 55 Tahun kepada semua rakyat Malaysia tidak kira dimana anda berada. Hayati dan peliharalah keamanan, kemakmuran, keindahan, kesopanan dan kekayaan kita yang ada...Jangan tergadai oleh sifat rakus dan nafsu kita.

SAYA SAYANG MALAYSIA. SAYA PILIH KEAMANAN.



Cheers,
Zia Anis

Wednesday, August 29, 2012

Ku AdaMu

Assalamualaikum,

Jom layan lagu AdaMu oleh Najwa Latif.


Cheers,
Zia Anis

Berhati-hati di Jalanraya

Assalamualaikum dan Hai,

Pagi tadi otw datang kerja ada jem teruk kat u turn i city shah alam...biasa smooth ajer..ingatkan jem sebab semua beriya nak pergi kerja lepas raya, then kemudian barulah saya nampak ada sekumpulan penunggang motorsikal, ambulans dan kereta peronda polis di simpang traffic light..rupanya ada kemalangan jalan raya. Dan selepas itu ambulans berlalu membawa mangsa. Tapi yang hairan kenapa kumpulan pemerhati tepi jalan masih tidak berganjak? Setelah melalui kawasan tersebut terlihatlah sekujur mayat ditutup plastik hitam terbujur kaku di atas jalan raya...InnaLillah...kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali....terlihat juga sebuah kereta swift biru kemek di bahagian enjin..mungkin ia melanggar motorsikal kot... Dan berjujuranlah air mata saya keluar insafi diri...Ya Allah jauhilah aku, keluargaku, jiran tetanggaku, sahabatku, pelajar-pelajarku dan sesiapa yang mengenali ku daripada kemalangan ngeri ini. Dan ini bukan yang pertama saya melihat mayat masih di atas minyak tar kerana last year saya otw to Lumut Perak pun penunggang motorsikal terbujur kaku ditutup sebahagian badannya dengan suratkhabar dan masih terlihat kaki yang memakai jeans...lelaki barangkali.

Dan saya ingin berpesan pada diri sendiri, memandulah berhati-hati, baca doa sebelum menaiki kenderaan tidak kira kita sebagai pemandu atau penunggang atau penumpang bas, teksi dan sebagainya. Dan niatlah sebelum keluar rumah untuk mencari rezeki dan ilmu yang berguna kerana Allah sahaja. Ingat tak kata-kata Os dalam iklan Al Baghdadi Center di IKIM.fm " Semoga kita mati dalam Iman".

Semoga jalan raya bukan tempat kita beradu kekuatan dan berlumba-lumba...

Cheers,
Zia Anis

Monday, August 27, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Assalamualaikum,

Masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidilfitri 1433H kepada pembaca blog saya ini. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan yang lalu dan bulan-bulan seterusnya di terima Allah. Amin.

Jadilah sang pencinta Allah bukan sang pencinta Ramadhan..yang hanya kalut mengaut pahala pada bulan Ramadhan namun mengurangkan ibadah di bulan lain. Semoga kita terus istiqomah berbuat baik.

Cheers,
Zia Anis

Friday, August 10, 2012

LailatulQadar...


Assalamualaikum,
Siapa yang dianugerahkan Allah mendengar ceramah kuliah Jumaat di Ikim pagi tadi yang membincangkan mengenai lailatulqadar.

Ustaz tersebut telah menyatakan tanda-tanda tibanya LailatulQadar... iaitu orang yang salih sudah pasti boleh menduga bila tibanya LailatulQadar...kerana hati mereka bersih dan telah berusaha sejak Rejab lagi..
Tanda-tandanya ialah anjing tidak menyalak, suasana hening, jika hujan tidak terlalu lebat, mudah merasa hiba dan rasa ingin menangis...dan keesokkan harinya pagi akan mendung kerana matahari diselimuti oleh kepak para malaikat-malaikat yang kembali ke langit setelah datang bertandang ke bumi untuk bersalam dengan insan istimewa yang beribadat di malam LailatulQadar...

Dan Ustaz tersebut juga menyatakan hadis, riwayat yang menyatakan mungkin LailatulQadar... akan berlaku atau telah berlaku pada malam 21 Ramadhan 1433H iaitu malam tadi, sebab kita bermula puasa hari sabtu, ataupun pada malam 23 Ramadhan 1433H (malam sabtu ini 11/8/2012) ataupun pada 27 Ramadhan 1433H kerana perkataan LailatulQadar dalam bahasa arab ada 9 huruf dan disebut 3 kali dalam surah al qadr..jadi 9x3=27.... dan pada 29 Ramadhan 1433H. Oleh itu masih ada waktu untuk kita teruskan beibadat dan beriktikaf tanpa rasa jemu..sebutlah " Ya Allah pandanglah aku yang sedang solat terawih in, yang sedang mengaji quranMu, yang sedang tahajuud dan sebagainya". Semoga Allah sentiasa mendampingi kita setelah kita bertungkus lumus mendampingiNya.

Disertakn tulisan dari Genta rasa moga bermanafaat.
http://genta-rasa.com/2010/09/01/mencari-bukan-menanti-lailatul-qadr/

Malam Al Qadar itu umpama sebuah “kapal terbang” yang memerlukan landasan yang selamat dan cukup panjang untuk mendarat. Jika landasannya pendek dan terhalang, kapal terbang tidak akan mendarat. Landasan Lailatul Qadar ialah hati yang bersih. Mana mungkin malaikat yang bersih dan suci itu boleh berdamping dengan orang yang hatinya masih kotor dengan sifat mazmumah apatah lagi kalau ada saki-baki syirik? Dan mana mungkin hati yang kotor dapat dibersihkan hanya dalam jangka masa satu malam?
Hati mesti dibersihkan sejak akil baligh hinggalah akhir hayat. Bersihnya hati itu, mencerahkan peluang kita untuk bertemu malam Al Qadar. Sebaliknya, jika hati dibiarkan kotor, dan hanya berangan-angan untuk bertemu dengan malam itu dengan “tekaan” dan “ramalan” sahaja, insya-Allah, kita tidak akan dapat menemuinya.
Allah swt tidak memberitahu kita rupa bentuk atau tanda-tanda Lailatul Qadar. Kita juga tidak diberitahu bilakah masanya malam itu? Namun apa yang Allah swt beritahu kita dalam surah Al-Qadr ialah tentang keutamaan Lailatul Qadar. “Malam kemuliaan itu adalah lebih baik daripada seribu bulan.” Apakah maksud Allah swt dengan ungkapan “lebih baik daripada seribu bulan?”
Kita harus faham bahawa surah berkenaan Lailatul Qadar sebenarnya membicarakan tentang penurunan Al-Quran. Malam diturunkan Al-Quran itu disebut Lailatul Qadar. Walau pun ia berlaku hanya satu malam sahaja, tetapi satu malam itu jauh lebih baik daripada 1000 bulan yang dipenuhi dengan kegelapan syirik, kesesatan dan sebagainya.
Menurut pandangan kebanyakan ulama tafsir, angka 1000 bulan ini tidak harus diertikan dengan bilangan antara 999 dan 1001. Sebaliknya ia dinisbahkan kepada nilai atau keutamaannya malam itu berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Surah Al-Qadr juga membicarakan tentang para malaikat yang turun disertai Jibrail a.s dengan izin Allah swt dengan membawa urusan. Jibrail turun menyampaikan wahyu yang terakhir kepada Nabi saw. Ini bermakna baginda telah mendapat Lailatul Qadar.
Namun kini, apakah urusan para malaikat turun ke bumi pada setiap bulan Ramadhan setelah kewafatan baginda?
Para malaikat adalah makhluk yang suci yang diutuskan oleh Allah Yang Maha Suci. Mereka sentiasa turun setiap malam, khususnya pada malam penghujung Ramadan. Ini sudah banyak dijelaskan dalam hadis-hadis Nabi saw. Namun begitu, jumlah malaikat yang turun pada setiap malam (yakni di sepertiga malam) tidak seramai pada Lailatul Qadar. Apatah lagi pada malam itu, malaikat yang turun bukanlah malaikat-malaikat yang sembarangan, tetapi yang tinggi “rankingnya” misalnya Jibrail a.s.
Lazimnya malaikat turun untuk membawa amalan manusia misalnya doa-doa, istighfar atau hajat-hajat mereka kepada Allah swt. Namun pada Lailatul Qadar, tugas mereka adalah lebih daripada itu. Menurut pendapat ulama kontemporari, malaikat yang turun bukan sahaja untuk membawa amalan manusia pada malam itu, tetapi turut bertamu dalam hati-hati mereka yang telah mendapat penghormatan daripada Allah swt.
Siapakah mereka yang layak menerima tetamu daripada malaikat yang diutuskan Allah ini? Apa yang pasti, jiwa-jiwa yang kotor sudah tentu tidak layak mendapat kunjungan mereka. Malaikat Jibrail diperintahkan turun bertemu dengan Nabi saw pada Lailatul Qadar. Semenjak malam itu, Jibril a.s sentiasa diutuskan kepada baginda untuk menyampaikan wahyu.
Bermula pada malam itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Rasulullah saw semuanya mendapat bimbingan terus dan intim daripada Allah swt. Apa sahaja yang diucapkan oleh baginda semuanya berpandukan wahyu. Ini berbeza dengan keadaan sebelum baginda menjadi nabi. Rasulullah saw terpaksa juga berperang atau berjuang antara keinginan negatif dengan tuntutan fitrahnya. Hanya setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan tuntutan fitrah sentiasa dapat mengalahkan bisikan nafsu dan syaitan.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang mendapat Lailatul Qadar, terdapat seorang malaikat yang diizinkan Allah swt menjadi aulia (pelindung, penjaga dan pembimbing) kepada dirinya. Ini bermakna bermula daripada malam itu sehingga hari berikutnya, hidupnya semakin terarah.

Jika sebelum ini bisikan syaitan dan bisikan malaikat sentiasa berperang dalam dirinya, tetapi setelah mendapat Lailatul Qadar, bisikan malaikat dan fitrahlah sentiasa menang. Hidupnya akan berubah menjadi baik. Jika dahulu dia tidak merasa apa-apa jika berbuat dosa, tetapi kini menjadi sensitif dan susah hati mengenangkan dosa. Inilah tandanya orang yang mendapat Lailatul Qadar.
Orang-orang yang layak mendapat Lailatul Qadar termasuk mereka yang istiqamah berpegang teguh kepada aqidah tauhid dan tidak mencampurkannya dengan syirik walau sedikit pun sedari kecil. Mereka ini sentiasa memelihara keimanan khususnya sepanjang bulan Ramadan, bahkan semakin bersemangat terutama pada sepuluh hari terakhir Ramadan.
Mereka inilah orang-orang mendapat tetamu daripada malaikat yang turun pada malam Qadar. Malaikat akan membisikkan sesuatu kepada roh, jiwa dan fitrah mereka sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al- Fussilat ayat 30:
“Janganlah kamu takut, janganlah kamu bersedih.”
Bencana hidup penuh dengan ketakutan dan kesedihan merupakan dua perkara yang sering disebutkan dalam Al-Quran. Namun bagi orang mukmin, Allah swt janjikan bagi mereka tiada ketakutan dan tiada kesedihan atau dalam istilah lain mereka telah mendapat ketenangan.
Allah swt izinkan malaikat menjadi pelindung, pembimbing dan pengawal bagi mereka. Bayangkan apabila hidup sentiasa dikawal oleh malaikat. Jika hendak berbuat sesuatu yang tidak baik sentiasa ada malaikat yang mengingatkan. Oleh itu beruntunglah mereka yang mendapat Lailatul Qadar.
Nilai umur seseorang selepas mendapat Lailatul Qadar adalah lebih baik sekalipun ianya singkat. Katalah ada seorang tua berumur 70 tahun telah mendapat Lailatul Qadar pada malam ini. Bermula pada malam ini, hidupnya menjadi lebih terarah kepada kebaikan. Katakanlah di Luh Mahfuz pula telah tercatat umurnya akan berakhir pada 72 tahun. Jadi nilai umurnya yang dua tahun berbaki lagi itu (yakni setelah mendapat bimbingan malaikat dengan izin Allah) adalah jauh lebih baik daripada 70 tahun hidup sebelumnya!
Sejarah pernah memaparkan kisah Firaun yang sangat membenci Nabi Musa a.s dan ingin memalukannya. Dia pun mengatur satu majlis besar-besaran dihadiri pembesar-pembesar dan rakyat Masir. Ahli-ahli sihir diraja dikumpulkan untuk berlawan dengan Nabi Musa. Namun sihir-sihir diraja itu dapat dikalahkan oleh mukjizat Nabi yang berupa ular besar.
Ular besar itu telah menelan semua ular ahli-ahli sihir itu. Rasa takjub kepada kehebatan mukjizat Nabi menyebabkan ahli-ahli sihir ini sujud kepada Allah. Mengapa mereka terus sujud menyembah Allah? Ahli-ahli sihir ini tahu membezakan yang mana ular sihir dan ular yang betul. Mereka yakin ular besar yang muncul di hadapan mereka bukanlah ular sembarangan atau ciptaan manusia.
Melihat sahaja ahli-ahli sihir telah beriman kepada Allah swt, Firaun menjadi terlalu marah. Firaun mengugut akan menyalib dan mengerat-ngerat badan mereka jika memeluk agama Nabi Musa. Namun ahli-ahli sihir itu teguh pendirian kerana lebih sayangkan iman daripada nyawa mereka sendiri. Akhirnya Firaun menyalib dan mengerat-ngerat tangan mereka dan dibiarkan sehingga mati.
Katakanlah selepas lima hari barulah mereka mati. Jadi nilai umur ahli-ahli sihir selama lima hari dalam keadaan beriman itu adalah lebih baik daripada umur mereka yang sebelumnya penuh dengan kejahatan.
Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi saw mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah swt sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.
Enam bulan sebelum Lailatul Qadar, baginda mengasingkan dirinya secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara waktu untuk menumpukan hati kepada Allah di gua Hira’. Itulah persediaan jiwa nabi sebelum menghadapi Lailatul Qadar.
Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar.
Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan serta sambil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir… tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal.
Ibnu Kathir pernah menyatakan dalam kitabnya, ada pendapat ulama yang menyatakan bahawa setiap malam dalam bulan Ramadan ini itu ialah malam Lailatul Qadar. Jadi, lebih selamat jika kita menganggap setiap malam itulah Lailatul Qadar supaya kita berterusan meningkatkan ibadah.
Sekiranya kita tidak mendapat Lailatul Qadar, ibadah yang dilakukan bersungguh-sungguh masih tidak sia-sia. Teringat kata Imam Hasan Al Basri, “jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja).
Tegasnya, Lailatul Qadar itu dinanti dan dicari dengan momentum ibadah yang telah dimulakan sejak akil baligh lagi – hati terus terusan dibersihkan, hingga tiba saatnya layak menjadi wadah tempat bertamunya para malaikat. Hingga dengan itu bisikan baik akan sentiasa mengatasi bisikan jahat, dan perangai pun berubah menjadi baik selama-lamanya.

Jadilah hamba yang mencari malam al Qadar, bukan yang hanya menantinya! 


Cheers,
Zia Anis

Wednesday, August 8, 2012

Checklist "Mencari Lailatul Qadar Ramadhan 1433H"

Assalamualaikum dan Hai,

Selamat menyambut fasa ke-3 Ramadhan 1433H kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog saya ini.
Pos kali ini saya akan kongsikan "checklist Ramadhan: Mencari Lailatul Qadar". Semoga kita semua bertemu dan berpeluang membuat sebanyak mana pahala di malam akhir ramadhan ini. Semoga diri kita tidak disibukkan oleh urusan dunia sehingga terlupa urusan akhirat yang abadi. Jom audit diri sendiri.

1. Bangun awal pagi
2. Tahajud
3. Sunat Taubat
4. Sunat Hajat
5. Sunat Witir
6. Bersahur...lewatkan sahur tetapi jangan terbabas
7. Bersugi
8. Solat sunat rawatib sebelum subuh
9. solat subuh
10. Membaca Al-Quran
11. Selawat
12. Membaca al-mathurat
13. Niat untuk pergi bekerja atau belajar kerana Allah
14. Solat Dhuha
15. Solat sunat rawatib sebelum Zohor
16. Solat Zuhur
17. Banyakkan berdoa...
18. Solat Asar
19. Berbuka puasa dengan tamar atau air
20 Solat Maghrib
21. Solat Isyak dan solat terawih di rumah atau di masjid/surau
22. Tadarus
23 Niat berpuasa sebelum tidur
24 Berdoa sebelum tidur, dan tidur awal

25. Menghadiri majlis ilmu
26. Banyak berdoa supaya dipertemukan dengan Lailatulqadar
27. Bersedekah
28. Beristighfar.

Selamat maju jaya.

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...