Assalamualaikum,
Hari ini saya akan kongsikan kata-kata nasihat cerdik pandai mengenai Jodoh...Mesti korang dah jemu kan...hehhehehe...Nasihat dan kata-kata hikmah ini boleh didengari di:
http://ikimfm.my/ikimfm/images/islam_itu_indah/III%2020120718.mp3
InsyaAllah saya rumuskan kembali iaitu:
1) Tips pilih suami yang paling utama dan terutama ialah yang Taat pada Allah. Jangan yang taat pada isteri...
2) Sebagai isteri hendaklah berbuat baik kepada suami semata-mata kerana Allah bukan pada material lain seperti harta suami dan sebagainya.
3) Sebagai manusia atau pasangan senantiasalah bersangka baik...buang jauh-jauh prasangka buruk kerana hati manusia sentiasa berbolak balik..Allah lah yang menjaga hati manusia.
4) Sebagai wanita/isteri:
- jaga aurat (jangan pakai pakaian ketat, nipis)
- pakai tudung labuh yang menutup dada
- jangan gedik bila bercakap atau berjalan
- solat kena jaga. solat awal waktu
-sentiasa tahu tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan anak.
- jangan muka dan fizikal sahaja cantik malah akhlak mesti cantik bergaya.
5) Jodoh ditangan Allah. Jadi
- ingat bahawa lelaki suka pada wanita lemah lembut dan bukannya yang garang dan amat tegas
- keluar rumah mesti niat mencari atau ingin bertemu jodoh kerana Allah.
- Mohon Allah ringan jodoh pertemuan
- Ingin nikah kerana ingin menunaikan Sunnah Nabi S.A.W, untuk dapat anak, suami, dan pencen kubur,
- Hilangkan segala perasaan dan sikap mazmumah...pialakan diri sendiri dengan sikap mahmudah...
- Penuhkan rasa kasih sayang dan pemurah.
Itu sahaja..Good Luck and Selamat Berbuka Puasa.
Cheers,
Zia Anis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
No comments:
Post a Comment