Friday, May 18, 2012

Doa Setulus Hati

Assalamualaikum,
Disini saya kongsikan doa yang menarik daripada buku Panduan Umrah dan Ziarah karya Darul Nukman. Semoga menjadi amalan dan doa kita dimakbulkan. Ingatlah setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah perancangan yang terbaik daripadaNya, sesungguhnya kita tidak memiliki dan dimiliki, semua milik mutlak Allah.

Maha Suci Allah dan segala kepujian itu adalah kepunyaanNya, tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Allah maha Agung, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Ya Allah Ya Tuhanku, aku kerjakan ibadat sehari-harian kerana beriman kepada Engkau dan membenarkan kitab dan menyempurnakan janji dengan Engkau dan menurut perjalanan (sunnah) Nabi Engkau dan kekasih Engkau, sesungguhnya aku memohon keampunan dari Mu Ya Allah, kesihatan yang sempurna dan kesejahteraan yang berkekalan daripada bala bencana samaada terhadap agama, dunia dan akhirat serta mendapat kejayaan dengan beroleh syurga dan keselamatan daripada azab api neraka. Amin Ya Rabbal Alamin.

Cheers,
Zia Anis
* Ingatlah dugaan Allah bukan dalam hanya kesusahan, malah dalam kegembiraan dan kesenangan.

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...