Sunday, May 27, 2012

Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan kongsikan info mengenai Pantai Bagan Lalang, yang terletak di daerah Sepang dan hanya memakan 20 minit mungkin dari KLIA. Pantai ini memang cantik dan air surut daripada tengahari hingga ke 5 petang...jadi boleh berjalan hingga 0.5km ke tengah laut. Bila semakin senja air mula pasang...so akan sampai ke pesisir pantai...Ramai yang berkunjung ke sini terutama weekend untuk mandi-manda, berkelah, berkhemah, bersukan atau main wau dan layang-layang..memang happenning..Disini juga ada disediakan banyak fasiliti awam seperti surau, tandas, tempat makan, taman permainan, kedai wau dan aiskrim.

Saya dah 3 kali berkunjung ke sini.. Bagi yang mempunyai lebihhhh duit, boleh menginap di http://www.goldenpalmtree.com/v2/
Golden Palm Tree Resort Hotel...Cantik resort ini, memang bertaraf internasional.Dari pemandangan udara kita boleh lihat resortnya berbentuk seperti pokok kelapa sawit dan spesiesnya...Hotel ini bertaraf 5 bintang..jadi bila berkunjung ke tepi pantai ini kita boleh saksikan deretan resort yang cantik..

Pada waktu malam pula, bolehlah makan seafood di restoran di sepanjang sungai muara di tepi pantai, ada lebih kurang 8-10 buah restoran yang menyajikan hidangan seafood yang enak dan segar. Kat sini juga terdapat kedai atau pasar ikan segar yang dibuka awal pagi hingga 10.00 malam..ikan-ikannya amat segar..semuanya hasil tangkapan nelayan sekitar kawasan tersebut kecuali ikan terubuk yang dibawa dari Sarawak.

Bagi yang ada masa bolehlah bawa famili dan anak-anak ke Pantai Bagan Lalang, Sepang Selangor.
Jom berlibur dalam negara kita, semuanya ada disini.

Sebelum tu kita layan foto yang saya sempat snap sepanjang ke sana baru-baru ini.

Alif dan waunya


Syed Nazhan nak mencuba main jugak

Aksi Syed Muhammad Amsyar...


















My favourite photo..capture by me...



                           Banyak khemah didirikan di sepanjang pinggir pantai. BBQ pun ramai jugak.





Cheers,
Zia Anis

Saya Mahu Hidup dengan D.U.I.T, dan Mati dengan D.U.I.T

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampak tajuk macam gah atau agah jer kan..hehehehhe...saya dapat tagline itu inspirasi daripada rancangan Semanis Kurma di TV9.
Mengapa saya mahu D.U.I.T?,

Untuk hidup saya mahu:
D= Doa daripada diri sendiri, doa daripada ahli keluarga, pelajar saya, jiran, kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali saya.
U= Saya akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari...semoga terlaksana.
I= Iman yang semakin bertambah...
T= keTaqwaan yang semakin bertambah juga...

Dan sebab itulah juga saya ingin D.U.I.T jika saya telah tiada di dunia ini iaitu:

D= Doa daripada ahli keluarga, pelajar saya, jiran, kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali saya.
U= Saya akan sentiasa berusaha menjadi lebih baik dari hari ke hari...semoga terlaksana.
I= Iman yang semakin bertambah...
T= keTaqwaan yang semakin bertambah juga...

Nampak tak kepentingan duit?...hehhehe...dengan duit kita boleh beli apa saja..tapi bukan segala-galanya...

Cheers,
Zia Anis

Friday, May 18, 2012

Doa Setulus Hati

Assalamualaikum,
Disini saya kongsikan doa yang menarik daripada buku Panduan Umrah dan Ziarah karya Darul Nukman. Semoga menjadi amalan dan doa kita dimakbulkan. Ingatlah setiap yang berlaku dalam hidup kita adalah perancangan yang terbaik daripadaNya, sesungguhnya kita tidak memiliki dan dimiliki, semua milik mutlak Allah.

Maha Suci Allah dan segala kepujian itu adalah kepunyaanNya, tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah. Allah maha Agung, tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha tinggi lagi Maha Agung. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W. Ya Allah Ya Tuhanku, aku kerjakan ibadat sehari-harian kerana beriman kepada Engkau dan membenarkan kitab dan menyempurnakan janji dengan Engkau dan menurut perjalanan (sunnah) Nabi Engkau dan kekasih Engkau, sesungguhnya aku memohon keampunan dari Mu Ya Allah, kesihatan yang sempurna dan kesejahteraan yang berkekalan daripada bala bencana samaada terhadap agama, dunia dan akhirat serta mendapat kejayaan dengan beroleh syurga dan keselamatan daripada azab api neraka. Amin Ya Rabbal Alamin.

Cheers,
Zia Anis
* Ingatlah dugaan Allah bukan dalam hanya kesusahan, malah dalam kegembiraan dan kesenangan.

Friday, May 4, 2012

Dua for Love and Happiness

Assalamualaikum and Hi,
Today I will share some due from the Noble Quran that we can always recite  for our love and happiness. Everyone need happy and love, and they deserve it.
So have a nice weekend with your love one.

1. Surah Al-Imran verse 31


Say, [O Muhammad], "If you should love Allah , then follow me, [so] Allah will love you and forgive you your sins. And Allah is Forgiving and Merciful."

*You can always recite this dua while cooking and prepare the dishes to your families. InsyaAllah the silaturrahim will be more closer day and day.

Maksudnya:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali-Imran: Ayat 31).
2. Surah Al Kahfi Verse 10:
 English:
Behold, the youths betook themselves to the Cave: they said, "Our Lord! bestow on us Mercy from Thyself, and dispose of our affair for us in the right way!" 


Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...