Tuesday, January 17, 2012

Umrah Part2-Kota Suci Mekah

Salam,
Seperti dijanjikan pos kali ini saya akan bercerita tentang Umrah-Part 2 Kota Mekah.
Setelah bertolak dari Madinah pukul 2 petang..akhirnya sampai ke Kota Suci Mekah (KSM) jam 1 pagi keesokkan harinya..masuk ajer KSM dah Nampak menara jam yang hampir 80% siap…Hati rasa seronok sangat sebab akhirnya kaki ini dapat menjejakkan kaki ke bumi tempat Nabi S.A.W dilahirkan dan dibesarkan.
Kemudian bas berhenti di depan pintu hotel…Hotel ini betul2 tepi jalan raya…Setelah itu, dengar taklimat daripada Ustaz AGhani, kami diberikan kunci. Kemudian kami bawaklah naik beg-beg kebilik hotel menggunakan lif yang sedikit uzur.. Bilik 3 katil share 1 toilet-saya, mak saya dan 2 orang (makcik tu tak cukup katil-ada dicerita disebaliknya). Kemudian kami terus beratur untuk buat Umrah pertama-termasuklah mak saya yang cukup tak larat…mak saya kena hired orang upah tolak wheelchair untuk laksana umrah ini…
Maka bergeraklah kami beramai-ramai ke Masjidil Haram (MH)..dalam hati macam mana lah rupanya Kaabah dan MH yer..hati tertanya2, dan pada masa yang sama bersyukur dapat sampai ke sini…seperti mimpi aja. Setelah berjalan hamper 15 minit tibalah kami didepan pintu Bab Fatah iaitu pintu pertama yang dibuka oleh Nabi S.A.W ke MH. Teruja melihat jam dan skrin suhu di atas pintu itu (albab). Masuk kaki kanan terus letakkan kasut ditempat yang disediakan…Dari situ terus Nampak Kaabah yang tersergam indah..yang dilihat di sejadah sudah ada depan mata..Alhamdulilah…sambil mengucap Allah hu Akbar..Allah Maha Besar…Keterujaan yang sukar digambarkan..kemudian kami terus menunaikan tawaf dan dibekalkan tasbih tawaf…Saya bersama mak saudara saya (yang berumur 65++ tapi lincah dan awet muda) berdua berpimpin tangan melakukan tawaf..manakala ayah saya bersama sepupu-sepupunya yang lain..maka berjalanlah kami mengelilingi kaabh 7 kali….sejuk malam itu mengiringi tawaf kami. Sambil tawaf, saya membaca doa yang terdapat dalam buku umrah..setiap kali pusingan tawaf ada doa tertentu. Alhamdulilah selamat melakukan tawaf dan solat sunat tawaf…sambil berdoa…dan kemudian menuju tempat saie…sebelum bersaie mengadap kaabah dan berdoa..kemudian kami pun bersaie…7 kali berulang alik…safa ke marwah..mengingati kembali perjuangan Hajar yang berulang alik mencari air untuk anakanda tercinta Nabi Ismail A.S. Sambil saie saya membaca doa yang terdapat dalam buku umrah..setiap kali pusingan saie ada doa tertentu. Alhamdulilah selesai saei kami solat sunat dan menunggu waktu subuh sebab di MH subuh masuk awal…
Setelah itu pulanglah kami ke hotel berjalan kaki…Semasa di KSM sempatlah saya lakukan beberapa kali umrah dan beberapa kali solat sunat di Hijr Ismail walaupun penuh sesak dengan lautan manusia...Allah bagi lapang untuk saya dan makcik serta sepupu saya solat di Hijr Ismail..Alhamdulilah kurniaanMu Ya Allah..Semoga segala doa yang dititipkan di MH dimakbulkan..Sesungguhnya Allah beri apa yang kita perlu dan bukannya apa yang kita inginkan. Semasa di KSM juga kami telah dibawa melawat Mina, Ladang Unta, Gua Thur, Bukit Jabal Uhud, Jabal Rahmah (tempat doa Jodoh dan jodoh berkekalan…ramai yang tulis nama dengan marker pen kat sebuah dinding batu di atas bukit ini..saya tak tulis pun…Cuma berdoa ajer…Amin). Kat sini aktiviti jualan memang rancak dan murah-murah…pengemis kanak-kanak kudung kedua belah tangan pun boleh tahan ramainya…Kesian melihat mereka.
Untuk yang berkemampuan datanglah berkunjung dan laksanakan Umrah, sesungguhnya nikmatnya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan foto sahaja…Saya ambik foto ini guna kamera biasa aja, DSLR tak bawak..ingatkan tak boleh..rupanya boleh..dalam MH pun boleh ambik gambar..polis dia senyum aja tengok saya berposing depan Kaabah…Di KSM ini, banyakkan sedekah di MH mahupun di Madina samada duit ataupun Al-Quran…seikhlas mungkin…Pahala berlipat ganda kerana ramai yang berkemungkinan akan baca Quran yang diwakafkan, disebabkan waktu menunggu azan solat seterusnya ramai yang membaca kitab suci Alquran yang disediakan di rak…dan pahala sentiasa dapat walaupun kita telah tiada di dunia ini lagi. Dan boleh dikatakan hampir setiap waktu solat ada saja solat jenazah dilakukan. Mereka akan diusung masuk ke dalam MH berkain kafan dan tidak bertutup. Kepada dia kita datang dan kepada Dia kita kembali. Harapnya agar kembalinya kita kesana nanti penuh dengan pencen kubur (Amal Jariah, Sedekah, Ilmu yang bermanafaat dan doa anak soleh/solehah). Benda diantara yang paling nikmat di MH ialah air zam-zam, MasyaAllah sedap...sejuk dan nyaman (nilah minuman peneman kala iktikaf di MH daripada pukul 3.00 petang ke 10 malam setiap hari).Ketika saei ramai yang berhenti sekejap minum air dan basahkan muka.
Selepas 12 hari di KSM, tibalah saat melakukan tawaf wida' dan tepat jam 10.30 pagi kami mula bertolak menuju Airport Jeddah…sebelum tu singgah dulu di Masjid Terapung solat jamak Zohor Asar. Cantik masjid ni..yang dibina dipinggir laut Mati. Kemudian kami singgah plak makan tengahari di restoran makanan segera Arab Style-Nasi Arab…Aiskrim nya sedap sangat sampai teringat-teringat..Selepas kenyang kami ke Airpot Jeddah…lepaklah kat situ sampai flight berlepas ke KL pukul 11 malam menaiki Saudi Airlines nonstop to KL…Sampai KLIA jam 3.30 petang,sanak saudara dah menunggu...Pihak Travel agent turut menyediakan 5kg air zam-zam.

Alhamdulilah, Thanks Allah for the beautiful Umrah Trip. Semoga Allah jemput saya di kala usia muda untuk Haji pula.
So enjoy the photos…Saya doakan kalian juga akan jejakkan kaki ke sana InsyaAllah satu hari nanti, Amin.
Hotel kami menginap di KSM
Bab Alfatah..pintu yang selalu saya gunakan..kelihatan pekerja MH yang sangat rajin dan efisyen...
Rumah orang Mekah..berbentuk kiub...
Bangunan di sekitar bandar Mekah
Pemandangan daripada bas rombongan kami...bumi padang pasir
Jalan saya lalu hari-hari ke MH
Kuasa Allah, walaupun panas terik tapi lantai di sekitar Kaabah langsung tidak panas..MasyaAllah
Jika malam hari, makin ramai jemaah tawaf.
Mek (makcik) berlatar belakang Kaabah
Menara Jam
Dataran MH waktu malam
Saei: Safa Marwah. Kebanyakan yang bertelekung adalah rakyat Malaysia.
Rak Al-Quran di keseluruhan penjuru MH. 
Tong-tong air zam di penjuru-penjuru MH. Ianya akan ditukar setiap kali habis dengan yang baru. Ada pilihan sejuk atau panas. I like...
Kasut crog RM5 yang sentiasa saya pakai ke MH.
Cheers,
Zia aNIS

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...