Friday, November 26, 2010

Buah-buahan kampung...


Salam dan Selamat Sejahtera semua,
Rajin betul saya menulis ari ni, sampai 2 entri sehari..wah memberangsangkan. Hari ini saya akan kongsikan kepada anda semua mengenai buah-buahan yang terdapat disekeliling rumah saya… buah-buahan ini telah berbuah dengan lebatnya setiap kali musim buah tiba..kadang-kadang tak dijual atau dikutip sebab harganya jatuh merudum atau tak ada nak tolong panjat pokok ambik buah-buahan tu (Buah duku, rambutan).
Buah durian
Ni adalah gambar pokok dan buah durian..depan rumah betul-betul, budak-budak dilarang duduk bawah pokok nanti timpa muka atau badan..haru jadinya…Buah durian ini jarang dijual sebab untuk dimakan anak beranak aja..sapa nak boleh datang ambik..hehehhe. Zaman saya kecik-kecik seronok jual durian sebab siapa yang pergi kutip dan jual pada peraih (yang datang rumah) duit dapat kepadanya..maknanya tak perlu share dengan mak ayah atau nenek saya…hehehe (motivasi untuk rajin pi kutip durian kat kebun pagi-pagi buta)..sehari dapat dalam RM10. Masa tuh (tahun 90an) RM10 dah banyak…

Anak sedaraku, bangga dapat pungut durian depan rumah…Fresh…Bum jatuh, terus diorang pi kutip…

Duku
Duku plak memang banyak…pokok-pokoknya pun boleh tahan banyak dan masih utuh berdiri di sekeliling rumahku….memang banyak berjasa. Satu pokok tuh boleh ambik ngan tangan ajer….Manakala yang tinggi skit kene ambik atau panjat guna tangga. Jika pokok tinggi sangat kenalah suh orang yang pakar panjat pokok tolong ambikkan. Nak ambik duku ni kena ada pisau, tali dan baldi kecil (kegunaan pemanjat), manakala seorang lagi tunggu kat bawah pokok, standby masukkan buah duku yang telah dipetik masuk dalam baldi yang lebih besar…

Jambu Air
Jambu air ni satu aja pokoknya..Suka sangat berbuah…berbuah sokmo…Dulu warnanya putih, sekarang warna merah muda, hasil kacukan dengan jambu merah. Sedap ni makan ngan colek (cuka, garam, gula dan cili padi)…

Salak (Salacca zallacca)
Pokok salak ni pun sangat rajin berbuah. Rasanya enak dan kelat-kelat skit…Tapi saya bukan penggemar salak..hehehhe. Pokoknya rendah, dan seakan-akan pokok kelapa sawit..tapi versi kerdil, sebab ianya tergolong dalam family palm tree. Awas! Durinya sangat tajam..mak saya pernah kena durinya..aduh sakit… 

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi)
Belimbing buluh memang terkenal dengan khasiat semulajadinya. Belimbing buluh ditanam belakang rumah. Sangat rajin berbuah…lebat buahnya. Sampai ada jiran-jiran datang kutip sama…Biasanya orang kampong akan masukkan dalam asam pedas versi Kelantan dimasak bersama ikan sungai…


Rambutan (Nephelium lappaceum)
Buah rambutan dalam gambar ni adalah pokok depan rumah..Kat depan rumah saya ni ada 2 jenis rambutan iaitu jenis anak sekolah atau cik embun,cik ali. Manakala yang jenis mokte telan/lokoh telah ditebang sebab tak der orang nak makan sebab kecik dan isinya susah lekang… Rambutan anak sekolah paling sedap sebab isinya manis dan banyak…buahnya montel.. Manakala cik embun buahnya sedikit leper dan manis. Cik Ali pulak leper dan manis. 

Nangka (Artocarpus heterophyllus)
Buah nangka ni pulak tanam tepi rumah..Jarang sangat berbuah…Huhuhu…
Biasanya orang kampung saya akan masak nangka gulai..best...

Sekian dulu untuk entri ke-3. Nantikan entri seterusnya..

Cheers/Wassalam.
Zia Anis

Asam Gelugor atau Asam Keping

Salam dan Selamat Sejahtera semua,

Ini adalah entri kedua setelah entri salam perkenalan diposkan. Entri kali ini akan saya ceritakan mengenai asam gelugor (Garcinia atroviridis) atau asam keping yang mak saya buat sendiri (handmade-kampung mari...). Ayah saya kutip buah gelugor ni kat kebun...buah ni tak perlu dikait atau dipetik daripada pokoknya, hanya kutip yang jatuh/gugur sahaja. Manakala yang buruk tak payah kutip...jadi baja organik jerlah.
Ni buah yang sudah masak... warnanya kuning jingga...yang belum masak warnanya hijau muda..




Kemudian, mak saya akan potong buah-buah ini mengikut ruas-ruasnya....nak potong buah ni senang ajer kerana ianya lembut...dan dibasuh menggunakan air bersih...




Setelah siap dibersihkan, buah-buah ni akan ditoskan. Kemudian mak saya akan jemur dibawah terik matahari sehingga ianya kering dan bertukar menjadi warna kehitaman.



beginilah cara nak susun buah asam gelugur nih..Ianya akan dibalikkan setelah bahagian atas kering. Untuk kering ianya memakan masa 2-3 hari dibawah terik matahari..kalau hujan kene tunggu lamalah skit...
Yang ni plak...kita close-up kasik nampak lebih jelas...

Dan setelah kering, maka jadilah ianya asam keping. Dan dalam masakan melayu, kita banyak menggunakan asam gelugur/asam keping ini. Di lain masa saya akan kongsikan resepi sambal asam gelugur yang enak itu.
Sekian entri untuk kali ini. Semoga ianya telah menambahkan pengetahuan anda semua.
Cheers,
Zia Anis

Tuesday, November 23, 2010

Salam Perkenalan

Salam dan selamat sejahtera semua,

Setelah lama mencari ilham dan kini masanya telah tiba untuk saya mempunyai blog sendiri. Yeah, blog sendiri...Alhamdulillah..lepas ni bolehlah diupdatekan dan diposkan segala macam maklumat, gambar/foto dan macam-macam kan. Saya menulis untuk cuba bertatih menulis dan terus menulis, dan semoga satu hari nanti boleh menjadi penulis berjaya. Amin....

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...