Friday, October 31, 2014

Perancangan Kewangan Lepasan Diploma dan Ijazah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak isu minyak naik...semua naik pening memikirkan bagaimana merancang kewangan masing-masing. Sememangnya isu minyak naik menyebabkan ramai orang terjejas. Tapi itu bukan alasan untuk terus berdukacita dan hidup dalam tekanan. Jom kita transform diri dan pemikiran dan juga cara hidup.

Ok sebagai seorang yang telah melalui pengalaman hidup menganggur selama beberapa bulan sebulan mendapat kerja dan menyambung pelajaran Master di luar negara dengan elaun yang memang cukup makan..tapi sangat berterima kasih pada kerajaan Malaysia yang menyediakan peluang sebegini.

Setelah tamat belajar di peringkat DIploma atau IJazah biasanya kita akan terfikir untuk membeli itu dan ini setelah mendapat kerja...dan kes ini tidak termasuk kepada anak orang berada yang sememangnya ada kereta sejak Diploma atau Ijazah lagi...

Setelah dapat kerja...

1) Gaji bulan pertama...hadiah sedikit kepada ibu bapa...adik beradik ataupun anak sedara..sebagai sedekah..semoga berkat dan lebih berkat gaji seterusnya...

2) Jangan terus nak beli kereta idaman..apa kata beli kereta ikut kemampuan...contohnya kereta yang kecil dan jimat minyak dan pastinya selamat dari hujan panas...dan jangan terburu buru membelanjakan hampir 40% gaji bulanan anda kepada sbuah kereta...kerana kereta susut nilai....ianya bukan aset...bayangkan anda akan membayar ansuran bulan 7 hingga 9 tahun akan datang..beli yang berpada-pada..sebab kita ada fokus lain......
                                            myVi secondhand pon ok...

3) menyewa pada awalnya dan carilah peluang memiliki rumah sendiri..mulakan dengan rumah flat...yang anda boleh duduk sendiri ataupun berpotensi disewakan...terutama di kawasan dekat IPTA/IPTS ataupun kawasan hot spots. Sebab ianya akan menjadi aset..bukan liabiti. Pastikan ianya kawasan yang selamat, kejiranan ok..dan dekat dengan kemudahan asas serta bersih. Dan harga mestilah dibawah RM100k. Jangan lupa tanyakan agen kalau ada rumah untuk dilelong. Saya juga memiliki sebuah rumah yang dibeli melalui lelongan.



4) Daftarkan diri di PRIMA. Perumahan Rakyat 1 Malaysia. Ini inisiatif terbaik daripada kerajaan. Manfaatkannya.


 5) Membeli emas...samaada dalam bentuk design menarik (untuk wanita) ataupun beli jongkong emas..sbab emas suatu aset dan pelaburan yang menarik.
6) Mempunyai simpanan ASB ataupun saham amanah lain-lain...BUkan skim cepat kaya...aka cepat lingkup yer... Maybank terutamanya menyediakan pinjaman ASB sehingga RM200K...dan bayaran bulanan hanyalah RM1000++. Menarik bukan..dan setiap awal tahun anda akan mendapat bonus berdasarkan RM200K simpanan walaupun anda belum membayar semuanya...ianya berkonsepkan sewa beli...

7) selain itu simpanan secara tunai dalam akaun bank yang sukar anda withdraw juga adalah penting untuk simpanan kahwin....dan sebagainya.

8) Sediakan sedikit perbelanjaan untuk membeli insuran kesihatan. Bayarlah sedikit untuk kesihatan kita...sebab sakit datang bila-bila masa..pilihlah yang konsep takafu..kalau kita sihat..kita seakan menderma kepada yang sakit dalam syarikat tersebut. Memang saya amat syorkan. Pilih yang islamik dan beli daripada orang islam..insyaAllah berkat. Pilih agen yang anda kenal senang berurusan dan senang dihubungi serta tidak memaksa.

                                                 contoh syarikt insurans

OK itu sahaja..selamat merancang.

Cheers,
Zia ANis



Friday, October 24, 2014

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum and Hi,

THis is for you:


May Allah grant our wish a year ahead. Ameen.

Cheers,
Zia Anis

Saturday, September 27, 2014

Jodoh Pasti Bertemu...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tak perlu risau...

Jom hayati karya hebat ini...Semoga kita tergolong dalam golongan yang terbaik..Bahagia tanpa syarat.


Suatu petang raya.
Si gadis menghampiri ibunya di laman rumah. Ibunya tengah mencekik ketupat.
Si gadis: "Mak, saya dah umur 33 tahun ni. Tak kahwin-kahwin lagi."
Mak: "Rilek."
Si gadis: "Nak rilek camana lagi. Dah lebih usia. Dah expired."
Mak: "Rilek."
Si gadis: "Dulu masa saya umur lepas SPM sampailah 25, orang asyik tanya, 'BILA NAK KAHWIN?'
Sekarang, orang duk tanya dengan penambahan kata di depan,
'PASAI PA TAK KAHWIN LAGI? BILA NAK KAHWIN?'
Sedih."
Mak: "Kamu dah usaha sedaya upaya kan? Bukan tak pernah approach, bukan tak pernah menerima, bukannya tak pernah ada orang suka dan tolak, kan?"
Si gadis: "Ya, mak."
Mak: "Boleh tak kita paksa biji durian yang kita baru tanam hari ini, terus berbuah hari ini?"
Si gadis: "Tak boleh."
Mak: "Jodoh pun macam tu lah. Kita memang nak cepat. Tapi, takdir Allah dan sunnatullah itu kita tak mampu paksa. Kita siapa nak paksa Allah? Kita cuma ada kudrat doa dan minta dengan baik dari-Nya."
Si gadis menitiskan air mata. Sedih. Dah lama sebak terpendam dalam hati. Orang sekeliling yang bertanya tak pernah faham, betapa pilunya hati orang yang ditanya. Orang tak mengerti, bukan tak mahu. Tapi, dah tersurat begitu.
Ibunya mencapai tangan si gadis.
Mak: "Andai tiada jodoh di dunia sekalipun, jangan bersedih. Di akhirat pasti ada."
Si gadis: "Mana mak tahu ada? Yang saya tahu, orang yang dah kahwin saja dapat bersama pasangan di Syurga."
Mak: "Siapa yang ciptakan suami di dunia?"
Si gadis: "Allah."
Mak: "Siapa yang mampu ciptakan suami di akhirat?"
Si gadis: "Allah."
Mak: "Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas, dan piala-piala dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap dipandang mata dan kamu kekal di dalamnya."
Si gadis: "Kata-kata siapa itu, mak?"
Mak: "Allah yang berfirman dalam Surah al-Zukhruf ayat 71. Ada lagi yang Allah janjikan sebagaimana dalam Surah Fussilat ayat 31,
'..Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta..”
Maksudnya, kalau kamu inginkan suami, insya-Allah kamu dapat suami di Syurga.
Apa yang mustahil bagi Allah? Tidak ada!"
Si gadis mengelap air matanya.
Si gadis: "Tapi, orang duk kata kat saya tak laku. Buruk. Hodoh. Memilih. Demand."
Mak: "Biaq pi. Biarlah tak laku di dunia, tapi laris di akhirat.
Ingat apa Allah kata,
“Janganlah kamu merasa hina dan janganlah kamu merasa sedih kerana sesungguhnya kedudukan kamu lebih tinggi (mulia) jika kamu beriman” (Ali-Imran : 139).
Single ke, kahwin ke, tapi kalau taqwa dan iman tak berubah duk takuk lama tu jugak, tak guna gak.
Jadilah full-time muslimah.
'Fasobrun Jamiiil'. Sabarlah dengan seindah-indah kesabaran. Jodoh yang indah datang dari kesabaran yang indah.
Jangan bersedih. Wat lek wat biskut.
Bak mai kat mak satu balang lagi karipap mini tu."
Si gadis tersengih-sengih dan happy balik dengar kata-kata maknya itu. Sambil menghulurkan empat balang penuh biskut dan kuih muih raya pada ibunya.
Mak: "Ambuihhh...jangan obesitikan mak. Susah nak monopod selpi nanti. Kena letak kamera kat atas nak bagi nampak slim lak."
Si gadis terpele'ot teruih.
cerita oleh: Muhammad Rusydi



Cheers,
Zia ANis

Wednesday, September 17, 2014

Pentingnya menjadi Solehah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Cuti sekolah datang lagi...Pak pung pak pung bunyi kompang dipalu...Maknanya ada mahligai suci yang dibina dan akan dibina. Setelah di amati melalui tazkirah dan ceramah yang saya dengar dan saya baca di dalam buku...kini konklusi yang saya temui ialah pentingnya menjadi solehah. Ramai yang terlupa..bahkan saya lupa...saya alpa...
Mengapa perlu menjadi solehah?
Saya selalu membayangkan akan kematian...dan saat itu tiada berguna segala harta, pangkat, wang ringgit melainkan 3 perkara iaitu:


Dan sejak peristiwa Tower Shot di taman tema di Jerman amat menginsafkan saya...dan ianya telah menyebabkan saya merasakan saat hanya otak sahaja yang berfungsi sedangkan organ lain sudah tiada...sangat menginsafkan setelah naik tower itu walaupun hanya untuk 2 minit....Dan saya menerima peri pentingnya menjadi solehah..bukan kerana orang lain kerana Allah sebagai survival selepas kematian. 

Namun, bersediakah kita menghadapi kematian, dan seminggu lepas, saya menerima berita kematian sahabat perempuan yang saya kenali di Kolej 8 Universiti Malaya yang berumur 32 tahun yang meninggal dunia di PPUM kerana sakit jantung. Nah...satu tamparan lagi buat saya..agar sentiasa refleksi diri dan selfie diri....bahawa kematian bisa datang bila-bila masa...dan bayangkan berada di dalam gelap sahaja sudah menakutkan...inikan pula..berada di dalam liang lahad dan berseorang...yang ditemani amal yang sedikit....tapi Alhamdulilah kita yang membaca saat ini masih berpeluang untuk berbuat baik dan membuat pahala..biar saat kita pergi dosa berhenti, pahala berterusan atau pencen kubur bak kata Prof. Muhaya.

Tajuk ini saya pilih kerana ramai yang berdoa..Ya Allah kurniakan aku suami isteri yang solehah dan anak anak yang soleh dan solehah...namun tidak ramai refleksi diri..sudahkan Aku Solehah?...saya juga tidak berkecuali...banyak dosa Ya Allah..malu padaMu Ya Allah..kita terlupa aura yang positif boleh menarik jodoh yang positif...dan masih belum terlewat jika telah berumur 30 an, 40 an dan belum bertemu jodoh..ingatlah bahawa tidak sia sia menjadi solehah....bukan kerana inginkan jodoh sahaja...tapi kerana ingin meraih Cinta Illahi dan meraih kunci syurga yang ternyata lebih baik dari dunia dan isinya...

Bagaimana menjadi solehah?
Ini adalah peringatan untuk saya dan sekalian pembaca..semoga bermanfaat..Dan ingatlah kita masih belum terlambat...Tuhan Maha Kaya..dan Maha Mendengar Lebih dari yang kita sangkakan...
Di Mana DIA di hati kita?

Dan pesanan kepada kaum Adam, janganlah kecantikan menjadi ukuran utama dalam memilih pasangan, carilah pasangan yang solehah..sesungguhnya anda tidak akan menyesal. Dan sudah banyak contoh disekeliling kita jika kecantikan yang dicari...ianya akan pudar...dan tak berguna satu sen pon jika telah pudar....dan ratu cantik sekalipun bercerai..maknanya kecantikan bukan kunci sebuah perkahwinan yang indah...Bagaimana melahirkan anak soleh dan solehah jika ibu bapanya belum solehah...Adakah dengan ucapan di hari lahir setahun sekali akan merubah segalanya...

Jom kita lihat tips menjadi solehah.







Dan semoga Allah mengurniakan kita:
image google..thanks


Cheers,
Zia Anis

*Mari jadi solehah bukan kerana 100% orang lain, kerana sesiapa atau apa..tapi biarlah kerana 100 % Allah dan survival setelah kematian....

Friday, September 12, 2014

Baitulmuslim.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya ingin berkongsi tentang satu laman web yang membantu anda yang belum berjodoh untuk bertemu jodoh. Untuk lelaki dan perempuan. Dan yang menariknya semuanya adalah orang Malaysia dan beragama islam.
Kat sini anda boleh mengisi borang maklumat diri dan sertakan gambar profil. JIka ada yang ingin berkenalan beliau akan kirim salam "Assalamualaikum" pada anda. Dan bayaran RM80.00 dikenakan setahun sebagai kos servis dan sebagainya. Dan ramai yang telah bertemu jodoh mereka..alhmdulilah.

Dan saya teringat perkongsian tentang jodoh oleh Prof. Dr. Muhaya dan beliau meyebutkan tentang website sebegini: https://www.youtube.com/watch?v=uTVli7qDz5w

Ok inilah website nya:



Good Luck and Selamat bertemu jodoh.

Cheers,
Zia ANis

Friday, September 5, 2014

Bagaimana membaiki External Hard Disk yang Rosak

Assalamulaikum dan Hai,

Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu..dan saizny 1TB. Memang sungguh tragis kalau dia rosak..dan saya pon dok perhatikan kat mana rosaknya...dan dapatlah konlusi bahawa bahagian cucuk ke External itu rosak atau ianya dah bergerak-gerak...tu yang menyebabkan ianya tidak menghubungkan external dengan laptop..

OK..apa penyelesaianya:

1) Buka external hard disk tersebut..dan dapatkan hard disknya..

Bahagian hitam tersebut yang rosak...Image google

Inilah hard disk tanpa cover atau enclosure

2) Beli casing atau enclosure di kedai ataupun di Amazon harga dalam 40 hingga RM50. Pelbagai jenama ada dipasaran...dan dijual beserta kabel sekali.

3) Pasang semula enclosure bersama sama dengan hard disk tersbut..tadaa..masalah hilang..ALhmdulilah..

Ini sesuai untuk masalah connector rosak..kalau kes terbakar atau dah berasap bodi hard disk..maybe tak dapat nak membantu.

OK..itu sahaja...

Cheers,
ZA

Monday, August 18, 2014

Kaitan Mini Cooper dan Cakoi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini ala motivasi skit. Ceritanya begini...ahad sebelum saya balik ke Jerman iaitu ahad lepas...saya telah makan pagi di sebuah restoran nasi lemak yang popular di Shah Alam. Memang masuk list wish kene pergi kalau saya balik Malaysia... Masa tengah menikmati nasi lemak rendang...tetiba saya lihat pembuat cakoi aka tokei kedai sedang park kereta dia depan kedai..nak tahu kereta apa...ni lah kereta beliau:


Waaah....kelass sangat. Bayangkan saya dah kenal beliau dah lama...(beliau x kenal saya) dan beliau yang mengoreng dan membuat cakoi..bukan cokia...



So bayangkan pembuat cakoi boleh pakai mini cooper....

Betul sangat kata pepatah...sikit sikit lama lama jadi bukit....

Untuk semua yang di luar sana..tiada impian yang tidak terjangkau...dream big..get bigger...AMin...

Cheers,
Zia ANis

*suka mini cooper..cute kan...

Wednesday, July 2, 2014

Amalan mulia di bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Perkongsian untuk semua:



Dan jika nak berwakaf ini borangnya:



Cheers,
Zia ANis

Monday, June 30, 2014

Amalan Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi Amalan Di Bulan Ramadhan.

InsyaAllah, dengan kedatangan Bulan Ramadhan, kita dapat membuat sebanyak pahala...kurangkan atau hapuskan dosa.

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi).


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

 

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari).

 
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)


Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
 
 

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy).


9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
.


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin. 
I Love Islam

Kredit:http://tulahan.blogspot.de/2012/07/11-amalan-sunat-bulan-ramadan.html

Cheers,
Zia ANis

Sunday, June 29, 2014

Doa Jodoh

Assalamualaikum,
Sempena kedatangan Ramadhan,mohonlah doa agar kita semua yang belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh..kerana bulan ini doa akan diterima InsyaAllah.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah

 “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Amin 



Cheers,
Zia ANis

Ramadhan Kareem 1435H/2014

Assalamualaikum dan hai,

Untuk semua,to all:

And to forget to make a lots of sunnah, dua, terawih, donation/sedeqah and many good deeds...

And dont forget to read Quran..they will come and protect you later...(in akhirat).

Cheers,
Zia ANis

*listen and watch the tafseer of Al Fatihah by MUfti Menk.
https://www.youtube.com/watch?v=oi00HycOQ1w


Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...