Thursday, October 20, 2011

Wuduk yang sempurna dan Solat yang Khusyuk

Wudhuk sempurna…

Jom tengok TV Alhijrah ada rancangan 30 Minit Ustaz Don…pasal wuduk.

Sekurang-kurangnya kita mengambil wudhuk 5 kali dalam sehari. Dengan wudhuk yang sempurna InsyaAllah akan menimbulkan kekhusyukan kepada solat seterusnya memberi kesan yang baik dalam kehidupan seharian. Hayatilah setiap perlakuan dalam wudhuk kita...
                                                                           Image-googled
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak dan janganlah Kau hitamkan muka ku ini".


3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".


4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".


5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".


6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".


7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".


8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:

1. Setiap hari kita sering bercakap perkara yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Setiap hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.


Solat Yg Khusyuk...

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwuduk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wuduk zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wuduk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air.


Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :
  1. Bertaubat
  2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
 3. Tidak tergila-gilakan dunia
 4. Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
 5. Tinggalkan sifat berbangga
 6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
 7. Meninggalkan sifat dengki.
" Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik." "Setiap bacaan dan doa dalam solat, aku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. "


Wallahua'lam.. mudahan dapat dijadikan iktibar.

Diambil daripada blog: http://wfaiziah.blogspot.com thanks Dr. Faiziah.

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, October 5, 2011

Budu Pucuk Tere (Budu dan Pucuk Gajus Muda)

Salam,

Hari ini saya nak share foto budu dan pucuk tere (ketereh) yang saya shoot di Kauters Kerajaan di Teluk Intan rumah sepupu saya.

                                                                      budu+durian+cili padi+limau nipis




Nilah rupa nya pokok gajus

Ni plak pucuk tere yang baru dikutip.

Pucuk tere ni rasanya kelat sikit, lemak manis. Cicah budu, makan nasi panas memang best. Selamat mencuba, dan kepada yang belum kenal pokok gajus inilah pokok dan pucuk nya. Lain kali saya share buah nya dan bandar Keterah plak...

Cheers,
Zia Anis

Tuesday, October 4, 2011

Kesihatan dan tanggungjawab

Salam,

Ni petikan buku "Mengapa Rasulullah tidak Pernah Sakit" karya Dr. Adi Hashman.

Rasulullah berkata "Kenikmatan pertama yang perlu dipertanggungjawabkan oleh hamba Allah pada hari kiamat adalah pertanyaan 'Bukankah Kami menyihatkan kamu dan Kami hilangkan  dahaga kamu dengan air yang dingin?' ".
Rasullulah menyambung " Tidak seorang pun diizinkan bergerak daripada kedudukannya pada hari kiamat sehingga dia menjawab bagaimana dia menghabiskan hidupnya, bagaimana dia menggunakan pengetahuannya, dari mana dia memperoleh dan ke mana dia membelanjakan hartanya dan bagaimana dia menggunakan kesihatannya".
Direkodkan oleh At-Tirmidzi

                                                     Image googled.

Dimana kita gunakan masa dan usia kita?

Cheers,
Zia Anis

Thursday, September 29, 2011

Saya Sayang Malaysia


Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)



Amat tersentuh melihat klip video lagu ini oleh Nora. Saya juga tersentuh melihat video keganasan dan pemberontakan pihak-pihak tertentu. Jangan Gadaikan maruah negara demi kepentingan sendiri...
Saya AMAT sayang MALAYSIA, AGAMA DAN BANGSA SAYA.


Cheers,
Zia Anis

Thursday, September 15, 2011

Ubi Kayu, Kelapa dan Air Kopi O

Salam,

Arini saya nak share foto ubi kayu...


Selamat balik kampung untuk menikmati keenakan ubi kayu dan kopi o....Jenguklah mak ayah dan sedara mara sementara mereka masih hidup..bahagiakan kedua ibu-bapa kita sebagaimana kita ingin anak-anak mengasihi dan membahagiakan kita.
Cheers,
Zia Anis






Travelog Umrah-1

Salam,
Masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Salam Aidilfitri 1432H. Maaf zahir dan batin.
Seperti dijanjikan saya ingin sertakan travelog Umrah saya yang dah berbulan tertangguh untuk dipublish disini..

Catatan Perjalanan-Umrah 31/5/2011-14/6/2011

Alhamdulilah pada cuti sekolah yang lepas, saya telah dijemput dan diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan umrah buat kali pertama. Saya berada di Madinah dan Mekah selama 14hari. Suatu kenangan yang amat menyeronokkan dan tidak sabar untuk kembali kesana lagi, insyaAllah moga masih diberi kesempatan masa dan kesihatan.

Sekarang kita lihat tentative dan catatan perjalanan saya. Rombongan cik kiah ni seramai 11 orang (my parents, mak sedara, sepupu lelaki dan sedara mara ayah saya seramai 6 orang lagi) termasuklah 29 yang lain dalam rombongan SV831 dan diketuai oleh seorang ketua rombongan Mr. M daripada BTT(Syarikat pengelola umrah ini). Kebanyakannya adalah daripada kelate..saya naik kat KLIA, manakala yang lain naik di KB ke KLIA –Jeddah.

31/5/2011
10.00 pagi-bertolak ke KLIA sambil ditemani adik beradik dan anak sedara yang seramai 6 orang.

11.00 pagi-sampai KLIA

12.00 tgh-check in brg kat kaunter K17 .Satu beg ajer..(beg yang BTT sediakan).

1.00 ptg-rombongan cik kiah drpd KB tiba-flight delay more than 30minutes. Then kitaorang makan nasi dagang yang diprepare oleh my sisters..bersungguh diorang masak siap ada ikan tongkol gulai, ayam gulai, acar dan sambal kelapa lagi..semua makan sebab dah kelaparan di tempat duduk close to surau).
Riyal...
Rombongan
Kita makan dulu.
Sebelum Check Pasport..

1.30-check in masuk to international departure…sambil lambai2 kat sedara mara yang sudi hantar kami…serius seronok (tiada secalit rasa sedih) sebab nak pergi bercuti menenangkan diri sambil beribadah…then naik train to the plane…aritu kitaorang naik flight Saudi airlines direct flight ke Jeddah yang disewa khas oleh BTT dan a few syarikat pengelola umrah lain seperti Andalusia, zahafiz etc.

3.15pm-flight take off….yang memakan masa 7-8 hours…teringat masa naik flight ke Melbourne yang hampir sama duration nyer …(i miss Melbourne so much..ehhheehehe). Dalam flight makan 2 kali heavy dinner, coffee and tea…then sambung tidur dan tgk documentary at Saudi inflight entertainment…ok jugaklah citer kat dlm tuh…movie yang seksi atau seksa akan didelete or dikaburkan. Bagus betul rules for entertainment diorang ni.

6.00pm waktu Saudi-tiba di terminal haji Jeddah International airport. Naik bas terus ke terminal…jeddah International airport ada 2 bahagian, satu terminal haji (for hajj and umrah) then satu lagi for normal passenger…tunggulah kat situ beg tiba lebih kurang 1jam stgh…
Tangan Pak Arab...

7.30pm-naik bas shuttle ke madinah almunawarrah. Dlm perjalanan singgah solat jamak takhir maghrib isyak kat mana tah… kat situlah we all solat n makan nasi mandi..ayam dia best sangat..very tender and juicy.
8.30pm-sambung perjalanan ke madinah…dah ketiduran dah dlm bas…then singgah tempat ala-ala RR kat surau tepi jalan..sejuk sungguh malam tuh…angin sepoi2 bahasa di tepi jalan di gurun….

1/6/2011
1.00pagi-tiba di Hotel Al Makaram Al Masi di madinah..alhamdulilah…sejuk..terus masuk hotel dengar taklimat ustaz BTT mengenai stay 2 hari kitaorang di madinah dan tentatifnya…
Depan hotel terus kedai menjual macam-macam barang



2.00pagi-masuk bilik hotel , mandi dan bersiap for solat subuh di masjid nabawi. Share 4 people in one room with my mom, and two makcik from Dewan Beta,K.Bharu.

3.30 pagi- berjalan ke masjid nabawi..dekat jer ngan our hotel. Ramai org berjalan menuju masjid…masuk masjid terus dengar azan subuh…masuk tu sebak dengar bilalnya mengalunkan azan yang sangat best dan menusuk jiwa….betapa berdosanya aku hambaMu yang hina ini…selesai solat tahayatul Masjid dan solat Subuh terus balik hotel and breakfast. Sebelum itu, masuk ajer Masjid Nabawi  terus minum air zam2 yang amatlah sedap rasanya..nyaman dan dingin…air lain takleh lawan sedapnya air zam2 dlm MN dan MH. Air zam2 ini diletakkan dalam tong air warna koko bersama cawan pakai buang plastic….
Masjid Nabawi
Payung akan terbuka di siang hari...
Payung ditutup menjelang senja
Urusan jual beli diluar pintu Masjid Nabawi
Semasa di Madinah kami telah dibawa melawat:
1.Kebun Kurma-beli kurma dan kekacang….ramai bas rombongan yang singgah sampai tak menang tangan tauke kedai mengira jualannya…

kurma muda
Pokok kurma
Pokok kurma yang seakan pokok kelapa sawit..famili sama...

2. Bukit Uhud

3. Masjid 2 Kiblat
4. Masjid Quba’
5. Raudhah di Masjid Nabawi
Menunggu giliran masuk ke Raudhah...
Setelah itu kami bertolak ke Mekah Mukarramah dan singgah berniat di Masjid Bir Ali. Dan sebelah malamnya berhenti makan di sebuah kedai Arab..penuh jugak orang yang menuju ke Mekah singgah situ…
Nantikan entry kedua mengenai Mekah…

Cheers,
Zia Anis

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Ramadhan

Salam,

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan kali ini penuh makna dan kita berjaya mengumpul sebanyak boleh pahala, InsyaAllah.


Cheers,
Zia Anis

Tuesday, July 12, 2011

Bulan Jun dan Julai

Salam,
Bulan Jun dan Julai memang bulan jalan-jalan, makan angin atau berkursus...So kita tengok ke mana dah saya kembara atau jalan sepanjang 5 tahun lalu...
  • 24 Julai 2006 KL-Melbourne, Australia
  • 29 Jun-4 Julai 2007 Melbourne-Sydney
  • 2009-Jun-Julai tak kemana-mana...huhuh sebab bulan Mac dah pi Melbourne untuk konvo
  • 25 Jun-2 Julai 2010 Surabaya dan Jakarta, Indonesia
  • 31 Mei 2011-14 Jun 2011-Umrah (Jeddah, Madinah dan Mekah).
So nantikan entry mengenai Umrah saya...Jalan-jalan ni best sebab kita lebih menghargai keindahan alam, menghargai tanah air sendiri dan lebih dekat dengan penciptaNya. Bak kata mat salleh "Life without travel is like reading a book without turing a page".
Ini adalah satu tempat menarik saya pernah sampai iaitu Wilson Promontory National Park, Australia...MasyaAllah sangatlah cantik...saya pi sini musim sejuk, siap camping lagi (Image Googled)

Cheers,
Gee

Muhasabah Diri

Salam semua,

Untuk panduan saya dan kita semua.
Credit to Penulis buku Pts-lupa plak tajuknya...

Check list of the day:  Ya atau Tidak
  • Solat fardu 5 waktu
  • Solat dhuha
  • Baca al quran
  • Kelas agama
  • zikir
  • selawat
  • Bhn bacaan keagamaan
Jika banyak tidak, berilah peluang untuk perubahan "Give Chance to Changes". Manakala jika banyak Ya, Alhamdulilah, semoga terus istiqomah.
Image googled from BLOG: The Complete ME 

Cheers,
Zia Anis

Tuesday, June 21, 2011

berubah hati

Salam semua,
hampir sebulan tak update, sibuk dan perasan sibuk. Ku panjatkan doa, ku pohon yang terbaik.

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, May 25, 2011

Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)

Mood jiwang
 (*seorang kawanku memberitahu pada Allah kita selalu berdoa dan meminta serta memberitahu perasaan dan hajat kita, sedangkan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar…inikan pula manusia…tapi terlalu sukar  berterus-terang).
Sebelum itu layan dulu lagu 

Zhifilia – Menunggu (Aishiteru)
Menunggu sesuatu yang sangat mengebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)

Cheers,
Zia Anis(Aishiteru)

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...