Friday, March 16, 2012

Seruan Al Barzah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tengahari tadi saya ada membaca khutbah jumaat ini di akhbar Berita Harian. Khutbah ini amat terkesan dalam hati saya. Jom hayatinya. Sebelum itu, jika nak baca khutbah yang lain boleh ke : http://www.islam.gov.my/khutbah-online

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: SERUAN AL-BARZAKH”.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya  mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para Nabi, Rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar.  Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:
Yang bermaksud: Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat.

          Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (مختار الصحاح) oleh Abu Bakr al-Razi, Barzakh bermaksud   dinding pembatas antara dua benda.  Berdasarkan iktikad al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam Barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati sehingga dibangkitkan. Alam Barzakh juga tempat permulaan manusia di hukum segala amalannya di dunia. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras). (Riwayat al-Tirmizi). Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi pernah berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang akan berakhir di alam kubur. Seorang ulama al-Rifa’i pernah berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali alam kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali buat selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan, dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya fasih bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Khalifah Umar bin Abdul Aziz pula pernah berkata kepada beberapa orang rakannya di dalam satu majlis, “Wahai fulan, engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang alam kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu keadaan sebenarnya dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya .
Ketika khalifah Umar mengiringi jenazah sahabatnya lalu kubur memanggilnya dan bertanya, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukah aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan terhadap jenazah yang kau cintai ini? Ya jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Tentu jawab Umar. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya.aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Khalifah Umar menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Yang muda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku dan bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang diturunkan oleh tuhanku.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya, kemewahan dan kelazatan kehidupan dunia serta hiburan. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.
Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, arak,  pengamal seks bebas sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri. Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian. Justeru mimbar menyeru kepada jemaah sekalian insaflah dan sedarlah tentang kehidupan yang sebenarnya dan jangan kita lalai dari mengingati kematian kerana ianya akan menambah lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
Bermaksud: Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian  (Riwayat Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali  lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini. Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:
Maksudnya : Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Ya Allah ampuni aku Ya Allah.

Cheers,
Zia Anis

Thursday, March 15, 2012

Jangan Ada dendam diantara kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya akan sharekan motivasi mengenai kentang kebebasan.
Suatu ketika dahulu ,ada seorang guru yang meminta murid-muridnya untuk membawa satu kantung plastik jernih ke sekolah.Lalu di minta setiap orang memasukkan beberapa biji kentang kedalamnya. Bilangan kentangnya pula bergantung kepada bilangan orang yang tidak mahu dimaafkannya.Setiap kentang itu perludiberi nama orang yang tidak mahu dimaafkannya.
Mereka dikehendaki membawa kemana sahaja kentang didalam kantung plastik itu kemana sahaja mereka pergi selama seminggu genap,tak kira siang atau malam.Walaupun ketika mereka hendak tidur dan dijinjit semasa berjalan.
Lama-kelamaan kentang-kentang itu semakin tidak menentu bentuk dan baunya.Akhirnya masa yang diberi selama seminggu telah tamat.Hampir semua murid yang membawa kantung plastik itu pun mengambil keputusan untuk membuangnya dari terus menyimpan kantung plastik itu.

Hasil daripada tugasan ini,murid-murid itu dapat pengajaran bahawa suka duka membawa kantung kentang itu sesunguhnya tidak menyenangkan atau menyeronokkan.Ini bermakna memaafkan orang lebih baik daripada membawa beban kemana sahaja kaki melangkah.
Memaafkan orang adalah lebih baik dari mendendami sesama manusia.
 
Pengajarannya, sesungguhnya membenci seorang dan menyimpan dendam terhadap seseorang ibarat menyimpan racun dalam mulut/badan kita dengan harapan suatu hari akan ku hambur racun ini kepada orang yang ku benci atau dendam itu tadi. Walhal kita tidak menyedari yang racun yang disimpan tadi telah perlahan-lahan meracuni diri kita sendiri. Tidak hairanlah jika kita lihat ramai yang emosinya terganggu dengan dendam, kebencian dan cacian akan lebih cenderung mendapat penyakit seperti komplikasi jantung, darah tinggi dan sebagainya.
Semoga kita semua diberikan hati yang bersih dan dipialakan sifat mahmudah dalam hati-hati kita. Lenyapkan segala dendam kesumat, kebencian dan sifat mazmumah lain, dan buangkannya jauh dilautan luas.
"Ya Allah, jauhilah aku dan sesiapa yang mengenaliku daripada sifat mazmumah dan dianugerahkan dengan sifat mahmudah dalam hati, perlakuan dan percakapan seharian. Ameen."

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, March 14, 2012

Tiram oh Tiram

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini kita akan bercakap mengenai tiram. Mesti ramai diantara kita memang dah cuba rasa dan makan tiram dan ada juga yang belum lagi rasa bagaimana tiram ni. Untuk pengetahuan anda, arwah nenek saya ada ternakan tiram dia sendiri, now dia dah takde, so cucu iaitu sepupu saya plak yang ambik alih menternak tiram...bukannya perlu bagi makan pun..tak macam ayam itik, just tengok2 takut2 ada orang datang selam/cilok ajer ditengah malam.Tiram ni diternak di dalam sungai tepi rumah atok aka "cik" saya.
Bila tiram ini sudah boleh dituai, makcik-makcik atau pakcik2 akan berada di dalam sungai dan akan memungut tiram-tiram tersebut. Kerja ni amat mencabar kerana mereka perlu menyelam dan ketuk tiram tersebut agar lekang daripada batu/tukun atau tayar lama tempat mereka bersimbiosis. Tiram ni tajam, so memang boleh terluka kaki atau tangan. Kerja "ketuk" tiram ini dilakukan lepas waktu asar. Manakala jika bulan puasa aktiviti ini dilakukan pada waktu malam...siap pakai lampu kat kepala macam orang pi menoreh plak. Lepas diketuk, tiram-tiram ni akan dikopek plak menggunakan pisau atau objek tajam untuk mengeluarkan tiram yang segar tuh. Biasanya peraih akan ambil tiram yang dikopek sahaja. Tiram yang siap dikopek akan diambil peraih iaitu peraih cina untuk dijual kepada pengusaha restoran di sekitar Kota Bharu. Itu sahaja mengenai tiram. Anyway saya tak makan tiram..hehehhe.

Enjoy the photos...









Quote of the day: "Siapa yang mencari kebenaran akan bertemu kebahagiaan.
Untuk bersatu umat islam mesti kembali kepada Yang Satu (Allah). Hanya di situ kita akan bertemu dengan tujuan dan jalan tepat dan jelas menuju kea rah perpaduan."
Solusi Isu No. 33.



Cheers,
Zia Anis

Monday, March 12, 2012

Alunan Al-Quran yang merdu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin kita pernah dan sememangnya selalu berasa hati tidak tenang dan gelisah. Macam juga saya, kadang kala terasa buntu, hanyut, kosong dan tidak tenteram. Apa yang saya buat? Biasanya saya akan buka galaxy tab atau ipod dengar alunan Al-Quran yang merdu di youtube (www.youtube.com/watch?v=SQmbq_XYp8s) ataupun mp3. Yang paling saya suka ialah bacaan daripada Misyari Rashid Alafasy, sebab bacaannya sangat merdu yang akan membuatkan kita syahdu dan tenang..lebih daripada dengar lagu-lagu merdu. Misyari Al Rasheed  adalah seorang imam di Kuwait dan penyanyi nasyeed juga. Jom dengar dan hayati bacaanya. Ini adalah url yang boleh anda dengar bacaannya http://blog.iloveallaah.com/2011/07/mishary-alafasy/ ataupun di http://www.quranaudio.info/2011/05/recitation-by-mishary-rashed-alafasy.html). Moga-moga dengan mendengar bacaan Al-Quran hati kita menjadi tenang dan memudahkan kita menghafal ayat Allah dalam solat. Ameen. 

Cheers,
Zia Anis

Wednesday, March 7, 2012

Menangis lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai menangis lagi. Menangislah kerana Allah. Sejak lahir fitrah manusia akan menangis saat pertama menjengah dunia...Semoga kita tidak menangis kerana hal-hal dunia secara berlebihan, seperti menangis kehilangan cinta lelaki/wanita, kehilangan barang, gagal dalam peperiksaan, gagal dalam perniagaan dan sebagainya..Ya Allah jauhi kami daripada penyakit wahan (cintakan dunia).
Jom tengok artikel daripada http://akuislam.com/blog/renungan/menangislah/#axzz1oOZE1El5

Pencinta dunia akan menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.
Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang Abid.
Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan.
Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan.
“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.”(al- Hasr: 20)
 Tangis adalah basahan hidup,justeru ; Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
 “Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”
 Nabi Muhammad bersabda lagi : ”Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali.”
Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan,kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada Abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
 Nabi bersabda :
 “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih,lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda :
“Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
Seorang Hukama pernah bersyair :
“Aku hairan dan pelik,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan. “
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal,takut- takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan. Lupakah kita Nabi pernah bersabda : ”Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa,akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”
Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut riak, kedukaan menjemput duka. Namun,Allah s.a.w. telah berfirman :
” Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,pada hal ianya amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (AL BAQARAH : 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat,syurga dipagari bala.”
Menangislah wahai diri,agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri.Di sana,lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.
 
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:
“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”
Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya :
“Kenapa engkau menangis?”
“Aku tidak mempunyai anak lagi untuk dihantar berperang,”jawabnya .
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata :
“Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Masud r.a.berkata :
“Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur,dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang,lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.
Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur :
“Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami,kubur di hadapan kami,kiamat itu janjian kami,neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH.”
Menangislah di sini,sebelum menangis di sana..
Kawan saya pernah menasihati saya, jika sedih jangan dengar lagu sedih...dengar dan cari benda/lagu yang menggembirakan...Lagu yang mampu membuatkan saya menangis kerana Allah ialah Tahajud Cinta oleh Dato' Siti Nurhaliza. Best lirik lagu ini...

Cheers,
Zia Anis

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi mengenai solat sunat Dhuha...sungguh indah untuk diamalkan.
Ruang waktu dan waktu afdal 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya 
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


    

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…

Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”. Dipetik daripada : http://nursyirah.wordpress.com/2008/04/17/solat-dhuha-doa-dan-cara-melaksanakan/

Selamat mendirikan solat sunat Dhuha..kerana ianya solat sunat yang disukai oleh Nabi S.A.W.
Semoga kita terus istiqomah...ameen.

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...