harini saya nak share resepi mudah dan sedap...Kerabu Maggi.
Jom tengok bahan-bahannya:
Bahan dicelur :4 paket Maggi Tom Yam (Mee segera Siam), 6 ekor sotong – potong bulat, 20 ekor udang
Bahan Hirisan: 2 biji cili padi, 2 ulas bawang merah besar dimayang, 2 biji buah tomato, 2 pokok daun ketumbar dan dihiris kecil.
Bahan Perasa: 3 biji limau kasturi atau limau nipis (ambil jus), 3 paket perencah maggi Siam dan 3 sudu air celur maggi..supaya kerabu tidak kering.
Cara membuatnya:
1. Didihkan air secukupnya dalam periuk. Masukkan sotong dan kemudian udang, celur sebentar dan toskan. Kemudian masukkan maggi ke dalam air rebusan tadi. Celur hingga mee lembut. simpan 3 sudu air rebusan sebagai kuah.
2. Angkat dan toskan. Masukkan ke dalam mangkuk.
3. Gaul bersama bahan celur, bahan hiris, perencah maggi dan renjiskan dengan jus limau Gaul sebati.
Kerabu ni mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Perencah Maggi Tom Yam agak pedas jadi memadai guna 3 paket perencah sahaja okay?
bahan2 yang dipotong dan bawang dimayang
Selamat mencuba.
Cheers,
Zia Anis
sotong selepas dicelur
Udang selepas dicelur
Tada....MasyaAllah Kerabu Maggi Sedap...
Kerabu Maggi Sedap...
Sedap InsyaAllah.Selamat mencuba.
Cheers,
Zia Anis