Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah berhabuk blog ni..harap masih ada yang sudi membacanya.
Kali ini saya akan berkongsi trip ke Hatyai Thailand 8-12 Dec 2018.
Kami memulakan perjalanan jam 11 pagi dari Shah Alam menuju ke Alor Star. Hotel ditempah melalui booking.com. Kami 2 buah kereta gerak asing2.
Tak tahu lah kenapa jem..padahal bukan musim perayaan...tapi mungkin sebab cuti sekolah..jam 11 malam baru tiba di Hotel Leverage Alor Star.
Dah check in hotel..keluar late dinner kat bawah ada kopitiam yang tutup jam 12 malam..
Lepas makan..jom lah beradu.
Anyway hotel ini value for money..RM100++ untuk sebuah bilik..tiada breakfast.
Selepas check out, kami pergi makan breakfast tepi jalan..nasi lemak..oklah..
Selepas tu masuk highway bergerak ke Bukit Kayu Hitam..
Jumpa kawan kakak saya yang akan join kitorang kat restoren Cina tepi jalan..kat situ kami buat insuran kenderaan sebelum masuk Thailand.Charge RM27 kalau tak silap.
Dokumen yang diperlukan ialah:
1) Pasport
2) Geran Asli Kereta-Kenderaan sendiri..kenderaan pinjam x boleh.
Selepas itu kami bergerak ke Kastam dan Imegresen Bukit Kayu Hitam.
Proses masuk lambat skit...Jam 10 kat situ jam 12.30 baru selesai..fuh..lama.
Jam di Thailand lambat sejam..so horray selamat 1 jam...
Sempadan ThailandMalaysia ialah
Bukit Kayu Hitam-Dannok.
Selepas itu kami ke 7e...seronok 7E kat sana..heaven..hehhehe. Kemudian beli sim kad+internet untuk 3 hari 120 bath. Senang nak guna Waze dan update instagram..hihihi.
Lepas tu makan tengahari dan bergerak ke Hatyai..perjalanan 2 jam guna waze. Highway tak macam highway kat Malaysia..tapi ok...selamat dan banyak stesen minyak tepi jalan..
Tips: Isi minyak penuh2 kat Malaysia...kat Bukit Kayu Hitam ker..sebab kat Thailand petrol mahai...
Hatyai
Check in Hotel Tonoi ...4 Stars...harga berbaloi...4 rooms kami ambil..
Dah check in..mandi pool solat..kami ke floating market.
Parking kat kawasan perumahan orang..berbayar. Macam kat Wakaf Che Yeh Kelate plop...sebab parking kat rumah orang.
Kat Floating Market ramai manusia especially orang Malaysia..
dah tak nampak dah orang lain.Makanan kat sini super sedap..tapi susah sikit nak beli sebab orang terlampau ramai..kena cup tempat makan...dan anjing pon banyak..huhuhu.
Best jugak tempat ni..
Nak maghrib..kami pon bergerak ke Hatyai City nak ke Night Market pulak..
Parking susah skit..Husband sy parking jauh..so berjalanlah kami ke night market..yang landmark dia McDonald...dan ada supermakerkat besar kiri dan kanan..kat situ super crowded..ramai orang.
Kat sini macam2 ada...saya beli souvenir beg2 kecil dan besar untuk letak kosmetik..beli mug, keychain..seluar mandi, seluar exercise dan jugak baju Yusof..my son.
Berjam2 shopping...huhuhu
Makan malam dekat restoran Halal..kene berjalan kaki sedikit..tapi tak terlalu jauh..orang ramai kat kedai makan..sedap juga makanannya...makanan kat Thailand semua..sedap belako..
orang kat sini pandai cakap Melayu Kelate..so snng lah..maybe kat Bangkok tak ramai yang tau bahasa kelate...
Lepas dah shopping sakan...kami pon nak balik...tapi lupa kete park kat mana..so kene lah mencari2 sambil waze...landmark tempat parking..alhamdulillah jumpa..tapi sepanjang lorong2 dah muncul anak2 ayam...awai benar keluar diorang ni..memanggi1..ada yang dua alam pon ada...
Lepas sampai hotel, solat dan tengok tv...apalagi zzz..recharge..esok ke Pak Bara Beach Plak..2 jam perjalanan dari Hatyai..
Pagi2 bangun...husband pergi mandi kolam..sanggup tu..walaupun sejuk amat..sy tengok je.
Pergi lobby breakfast..ambil apa yg perlu..rupanya halal..nasi goreng ada..yang pasti kat sini Cakoi makanan pagi diorang kat mana2 pong ada jual...
Lepas isi barang dalm kereta dan check out..Berangkatlah kami ke Pak Bara Beach..plan asal nak ke Krabi tak jadi..sebab jauh benar...next time insyaAllah.
Oklah ...see u next Entry yer.
Tips:
1) tukar duit siap2 di Malaysia..RM1300 dapat 10000 bath.
2) Isi minyak siap2 penuh2...dalam kereta...minyak sini mahai
3) Saya bawak air mineral kecil satu katon..senang nak minum...tak yah beli
4) Booking hotel di booking.com, tengok review dan lokasi
5) Aktifkan kad bank..sebab nak bayar hotel kene aktifkan..kalau tak decline...macamana nak bayar hotel...huhuhuhu
6) Beli sim kad + internet mengikut jumlah hari anda berada disini..
Cheers,
Zia Anis
~Zia Anis~ “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.” Ameen Ya Rabbal 'Alamin.
Monday, December 31, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati
Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog. Sepertimana tajuk di...
-
Assalamulaikum dan Hai, Last 3 weeks, external hard disk saya tidak dapat di detect oleh laptop..mulalah panik sebab banyak data dalam tu.....
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman. Untuk rakyat Malaysia yang memegang ...