Sejak isu minyak naik...semua naik pening memikirkan bagaimana merancang kewangan masing-masing. Sememangnya isu minyak naik menyebabkan ramai orang terjejas. Tapi itu bukan alasan untuk terus berdukacita dan hidup dalam tekanan. Jom kita transform diri dan pemikiran dan juga cara hidup.
Ok sebagai seorang yang telah melalui pengalaman hidup menganggur selama beberapa bulan sebulan mendapat kerja dan menyambung pelajaran Master di luar negara dengan elaun yang memang cukup makan..tapi sangat berterima kasih pada kerajaan Malaysia yang menyediakan peluang sebegini.
Setelah tamat belajar di peringkat DIploma atau IJazah biasanya kita akan terfikir untuk membeli itu dan ini setelah mendapat kerja...dan kes ini tidak termasuk kepada anak orang berada yang sememangnya ada kereta sejak Diploma atau Ijazah lagi...
Setelah dapat kerja...
1) Gaji bulan pertama...hadiah sedikit kepada ibu bapa...adik beradik ataupun anak sedara..sebagai sedekah..semoga berkat dan lebih berkat gaji seterusnya...
2) Jangan terus nak beli kereta idaman..apa kata beli kereta ikut kemampuan...contohnya kereta yang kecil dan jimat minyak dan pastinya selamat dari hujan panas...dan jangan terburu buru membelanjakan hampir 40% gaji bulanan anda kepada sbuah kereta...kerana kereta susut nilai....ianya bukan aset...bayangkan anda akan membayar ansuran bulan 7 hingga 9 tahun akan datang..beli yang berpada-pada..sebab kita ada fokus lain......
myVi secondhand pon ok...
3) menyewa pada awalnya dan carilah peluang memiliki rumah sendiri..mulakan dengan rumah flat...yang anda boleh duduk sendiri ataupun berpotensi disewakan...terutama di kawasan dekat IPTA/IPTS ataupun kawasan hot spots. Sebab ianya akan menjadi aset..bukan liabiti. Pastikan ianya kawasan yang selamat, kejiranan ok..dan dekat dengan kemudahan asas serta bersih. Dan harga mestilah dibawah RM100k. Jangan lupa tanyakan agen kalau ada rumah untuk dilelong. Saya juga memiliki sebuah rumah yang dibeli melalui lelongan.
4) Daftarkan diri di PRIMA. Perumahan Rakyat 1 Malaysia. Ini inisiatif terbaik daripada kerajaan. Manfaatkannya.
5) Membeli emas...samaada dalam bentuk design menarik (untuk wanita) ataupun beli jongkong emas..sbab emas suatu aset dan pelaburan yang menarik.
6) Mempunyai simpanan ASB ataupun saham amanah lain-lain...BUkan skim cepat kaya...aka cepat lingkup yer... Maybank terutamanya menyediakan pinjaman ASB sehingga RM200K...dan bayaran bulanan hanyalah RM1000++. Menarik bukan..dan setiap awal tahun anda akan mendapat bonus berdasarkan RM200K simpanan walaupun anda belum membayar semuanya...ianya berkonsepkan sewa beli...
7) selain itu simpanan secara tunai dalam akaun bank yang sukar anda withdraw juga adalah penting untuk simpanan kahwin....dan sebagainya.
8) Sediakan sedikit perbelanjaan untuk membeli insuran kesihatan. Bayarlah sedikit untuk kesihatan kita...sebab sakit datang bila-bila masa..pilihlah yang konsep takafu..kalau kita sihat..kita seakan menderma kepada yang sakit dalam syarikat tersebut. Memang saya amat syorkan. Pilih yang islamik dan beli daripada orang islam..insyaAllah berkat. Pilih agen yang anda kenal senang berurusan dan senang dihubungi serta tidak memaksa.
OK itu sahaja..selamat merancang.
Cheers,
Zia ANis