Monday, June 30, 2014

Amalan Di Bulan Ramadhan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pos kali ini saya akan berkongsi Amalan Di Bulan Ramadhan.

InsyaAllah, dengan kedatangan Bulan Ramadhan, kita dapat membuat sebanyak pahala...kurangkan atau hapuskan dosa.

Adalah penting bagi kita untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang dengannya. Menjadi sumber motivasi buat orang-orang yang beriman.

Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam an-Nawawi dan kitab Feqh as-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.


1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)


2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka


Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)


Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat. Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering). Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi).


3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.


Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

 

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)


5. Bersiwak atau menggosok gigi.


Amir bin Rabi’ah berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)


Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)


6. Bermurah hati dan banyak menderma.


Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari).

 
7. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.

(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)


Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya. Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
 
 

8. Memberi makan untuk berbuka puasa.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy).


9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)


Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
.


10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan

Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas. Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.

Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.

Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin. 
I Love Islam

Kredit:http://tulahan.blogspot.de/2012/07/11-amalan-sunat-bulan-ramadan.html

Cheers,
Zia ANis

Sunday, June 29, 2014

Doa Jodoh

Assalamualaikum,
Sempena kedatangan Ramadhan,mohonlah doa agar kita semua yang belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh..kerana bulan ini doa akan diterima InsyaAllah.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah

 “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah. Amin 



Cheers,
Zia ANis

Ramadhan Kareem 1435H/2014

Assalamualaikum dan hai,

Untuk semua,to all:

And to forget to make a lots of sunnah, dua, terawih, donation/sedeqah and many good deeds...

And dont forget to read Quran..they will come and protect you later...(in akhirat).

Cheers,
Zia ANis

*listen and watch the tafseer of Al Fatihah by MUfti Menk.
https://www.youtube.com/watch?v=oi00HycOQ1w


Wednesday, June 18, 2014

Phd di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kepada pembaca budiman, saya nak memperkenalkan diri..hehhehe...(baru nak perkenalkan diri???)...Ramai yang konfius saya samaada berada di Jerman atau Melbourne Australia...Alhamdulilah saya telah selesai Master saya di sebuah universiti di Melbourne Australia iaitu dari tahun Julai 2006 hingga Julai 2008. Dan sekarang saya belajar dan tinggal di Jerman...iaitu di Universitat Des Saarlandes, iaitu sebuah uni yang terletak di sempadan antara Jerman Perancis dan juga Luxemborg... yang menariknya cuma sejam lebih ke Paris by ICE (keretapi laju)....dan 15 ke Forbach bandar kecil di negara Perancis by train atau bus...dan dari Frankfurt adalah dalam 2 jam lebih...

Saya teringat nak pos entri ini kerana ada yang emel saya dan bertanya mengenai Melbourne Australia ....insyaALlah apa yang masih sy ingat akan saya tolong dan jawab emel mengenai Melbourne Australia tersebut..sebab dah lama...kan..

OKlah...now di saya di Jerman...dan saya satu satunya Malaysian di negeri Saarland...memang sesorang..nak cakap melayu kena pi Heidelberg sebab kat sana ada a few Malaysian...dan kat sini agak ramai Indonesian..so cakap indo lah saya....

Dan jika ada pertanyaan mengenai Jerman...saya amat mengalu-alukan...meh leh belajar di sini..sebab free education to all....tapi sangat tough..hehhehe...Tapi seperti motto Zia ANis..do the best, Allah will do the rest...walau sangat payah dan sukar..kena tempuhi kerana jihad menuntut ilmu..semoga perjuangan saya dan pembaca sekalian untuk menuntut ilmu akan dibalas dengan sebuah manis kejayaan dan segunung pahala..InsyaAllah..

Sekarang saya share foto uni saya..

Ini bangunan saya berada sekarang.tingkat 3..semua bercermin...
dari luar boleh nampak...



Cheers,
Zia ANis
*tak pernah terbayang akan melanjutkan pelajaran ke Germany..

Mendeley: Perisian untuk Rujukan/Software for References

Assalamualaikum dan Hai,

Pos kali ini kearah akademik skit....Dan tajuknya Mendeley Perisian untuk Rujukan/Software for References. Saya berharap ianya amat memanfaatkan kepada pelajar ijazah, master, phd dan juga researchers di luar sana. Saya telah melibatkan diri dalam menggunakan beberapa software untuk membuat rujukan sejak beberapa tahun lalu..dan yang amat saya rekomenkan ialah Mendeley. Saya diperkenalkan kepada Mendeley oleh kawan saya iaitu pelajar PhD di Oxford Uni. Sebelum ini saya berpengalaman menggunakan dan mengajar dan membuat bengkel menggunakan ENDNOTE. Tapi Mendeley percuma...Angkat tangan siapa tak suka barang free..? Tapi yang ini free dan berkualiti..so apa lagi..jom kita lihat apa yang menarik tentangnya.

Fakta mengenai Mendeley.
 

1) Percuma
2) Boleh diinstall di ubuntu, windows dan juga Mac
3) Mudah untuk digunakan
4) Boleh link dan share bersama kawan yang lain....dengan share group.
5) Boleh buat folder dan asingkan jurnal dan thesis mengikut tajuk dan seksyen yang anda mahukan
6) Friendly to MIcrosoft Word
7) Boleh higlight dan komen di ruangan setiap jurnal yang anda simpan.

Kekurangan
1) anda tidak boleh print terus dari Mendeley.

Cara menggunakannya:
1) Install dahulu di komputer anda..
2) dan login
3) kemudian buat folder untuk setiap tajuk untuk memudahkan anda. Contohnya: Protein-protein interaction
4) Kemudian buka folder di dekstop atau document dimana anda simpan jurnal yang telah di download dari internet terlebih dahulu dan drag sahaja ke folder di Mendeley. dan ianya akan masuk secara automatik.
5) Sekarang jurnal tersbut sudah di dalam Mendeley.
6) Anda juga boleh sync kan rujukan yang telah di Simpan di dua atau lebih komputer yang berasingan. Cuma pastikan internet ok..dan klik Sync di atas sebelah kanan anda...Seperti saya, saya ada dua laptop berasingan..satu ubuntu dan satu lagi windows..so saya just sync..dan semua rujukan yang saya simpan di ubuntu akan tersimpan juga di laptop windows saya.
7) Untuk memasukkan reference di manuscript anda, cuma buka manuscript tersbut di Microsoft Office, klik References, dan masukkan key word jurnal yang ingin di cite...contohnya David Gerald...dan akan keluar list publication oleh D.Gerald dan pilih yang menepati dan klik OK...
8) Anda juga boleh memilih jenis atau format rujukan..contohnya Plos One, PNAS, IEEE, APA dan lain-lain lagi...
9) sangat mudah dan memudahkan kerja anda..serta menjimatkan masa...everything is just click here and there..and you done...

10) anda juga boleh memasukkan reference secara manual di Mendeley.
http://guides.library.manoa.hawaii.edu/content.php?pid=254357&sid=2136564



Untuk install:
http://www.mendeley.com/features/

Untuk lebih mudah faham...lihat video ini:
http://www.mendeley.com/videos-tutorials/


Selamat Mencuba dan Maju Jaya.

Cheers,
Zia ANis

*Turnitin, siapa pernah kenal dan ingin mencubanya? Saya juga pernah mengendalikan bengkel turnitin..insyaAllah saya akan berkongsi di lain pos.

Friday, June 6, 2014

Factory Outlet di Jerman, Paris dan Belanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas stress dengan kerja penyelidikan yang melelahkan ini...kita lari sekejap...dan berubah topik ke Factory Outlet...apa lagi tempat shopping lah kan. Dan selama di jerman ini, saya telah ke 5 buah FO dan saya akan ceritakan satu-persatu. FO adalah sebuah pusat membeli belah....dengan deretan kedai setingkat...dan bukan dalam mall...so macam kita berjalan dari kedai ke kedai...dengan suasana dibawah langit khirmizi...hahaha. Dan banyak jenama terkenal di FO di eropah ini...jenama yang kalau kat KL..Malu nak jejak..sebab salegirl akan tengok atas bawah...bawah atas...dalam hati "ada duit ke ?"...hehhehe. Kalau kat sini..diorang tak kisah..asal kemas...silakan masuk...duit tu lain cerita..sebab kalau dah boleh sampai eropah itu...mestilah ada wang kan..kalau x , x sampai...hehhehe (ayat penyejuk hati). FO biasanya menawarkan harga 10-40% lebih murah berbanding harga di kedai biasa..dan bayangkan jika ada tulis 20%..tu maknanya ada extra 20% lagi..jadi 60%.

Oklah jom lihat FO pertama.

1. Zweibrücken Style Outlet

Terletak di sempadan Saarland dan juga Rheinfal...daerah Kaiserslautern. FO ni memang terkenal..sebab ada pelbagai jenama..dan bayangkan hari minggu...dekat parking beribu kereta..tu belum dikira yang datang dengan bus...memang sambutan hebat. FO ni saya selalu kunjungi sebab dekata je dengan rumah..dalam sejam perjalanan.

Bagaimana mahu kesini...Ambil train sehingga Homburg Banhof..dan naik Bus R7...berhenti di Zweibrücken ZOB..dan kemudian naik bus yang tulis the style outlet...dan tiba betul2 di FO...Kat Jerman FO ni biasanya dibuat di tempat terpencil or ...remote skit..sebab banyak tanah lapang..so banyaklah boleh parking kan...

 Kat sini ada pelbagai jenama...Adidas, Nike, TImberland, Espirit, Fossil, Puma, Samsonite, Calvin Klein, ...Levis...dan LIndt chocolate serta lain-lain...makanan plak..x banyak choice..so sila bawak bekal yer...

Kat sini ada Krups..Home..so tefal dan set set kuali periuk memang sangat murah dan berbaloi...



2. Wertheim Outlet
Terletak di daerah Frankfurt...anda boleh menaiki train sehingga ke Wertheim Banhof..dari sini boleh naik bus atau teksi..ke FO...Dan ianya satu company dengan La Valle FO di Paris itu..so memang banyak brand yang best seprti LOngchamp, MIcheal KOrs, Pandora, Burberry dan lain-lain...Ianya terletak di kawasan remote serta design bangunan nya unik.



3. Metzingen FO
Terletak di kawasan Stutgart, untuk kesini anda boleh ke Stutgart Haupbanhof dan kemudian menaiki train ke Metzingen Banhof..dan dari sini anda boleh berjalan dalam 10 minit ...dan yang uniknya Metzingen FO..adalah di dalam kawasan perumahan dan kawasan bandar..so memang ada happening dan banyak brand mewah seperti Prada, Micheal Kors, Tods, Hugo Boss, Guess, Fossil, Espirit dan lain-lain. Memang best....


4. Reormond FO, Belanda..

Terletak di daerah Reormond..dari Reormond TRain station..anda boleh menaiki bus..ataupun jalan kaki dalam 18 minit ke FO...dan ianya juga ada dalam kawasan lingkungannya sendiri..iaitu terpisah dari kawasan dan kedai yang lain.. Kat sini pon banyak brand mewah macam Prada, Gucci, Tag Heuer dan lain-lain. 


5. La Valle  Village FO, Paris, Perancis...
Ini paling best..sebab buka hari Ahad..so sesiapa yang bercadang ke Paris..silalah ke sini yer...dan macam-macam brand ada...Longchamp, Salvatore Ferragamo, Coach, Micheal Kors...dan lain-lain..dan banyak restoran di sini..so x payah risau nak makan apa...ada subway..so boleh order Sandwich TUna...Anda boleh kesini menggunakan bus shuttle..atau gunakan Train dan stop satu stop sebelum Disneyand...


Memang best..

*Image google

OKlah itu sahaja..next time kita cerita FO di Melbourne plak yer..

*Jenama LV tidak dijual di Outlet.

Cheers,
ZIa Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...