Perkongsian di Jumaat Mulia:
Oleh cik lie Mekah,
Melewatkan solat
KISAH BENAR.....kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan
panduan dalam diri kita ini....Kisah yang anda baca ini bukannyer datang
dari majalah MASTIKA atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah
perkuburan Sa'araya....Makkah....Pada beberapa tahun dahulu ada seorang
perempuan yang berumo 40++ telah meninggal dunia..mereka telah mengusung
jenazah beliau untuk di kebumikan Tanah Perkuburan Al-maq alah yakni
lebih kurang 2 kilometer dari MasjidilHaram selepas solat zuhur. apa
bila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut alangkah terperanjatnyer
mereka bila mendapati se EKOR ular yang berwarna HITAM sebesar peha
bersisik tebal telah BERADA didalam liang lahat ( dalam kubur tersebut)
Subhanallah.keadaan ular tersebut amat mengerunkan..mereka pun terus
berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah
perkuburan yang lain yakni di Tanah Perkuburan Sa'raya lebih kurang
setengah jam memandu dari situ.( 8 kilometer jauhnyer )..pabila mereka
sampai di tanah perkuburan tersebut rupa rupanyer ULAR HITAM yang sama
jugak telah menunggu jenazah wanita yang ingin di kebumikan di
situ.Allah huakbar.... mereka mengambil keputusan untuk memindah kan
serta mengangkat ular tersebut dah letak kan di luar yakni berjauhan
sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu..(
yang peliknyer ULAR HITAM ituh tidak melakukan apa apa bila di sentuh
oleh mereka ) , selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu
tiba tiba ular HITAM yang di letakkan berjauhan dari situ terus datang
menjalar dengan PANTAS dan MASUK meluru kedalam kubur wanita itu
Masyaalah ( seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas - keaadaan
sewaktu ular itu masuk kedalam kubur )..dengan beberapa seketika mereka
mendengar bunyi seperti dahan dahan pokok yang di patah patahkan dan
apabila mereka melihat kedalam kubur wanita tersebut alangkah
terperanjatnnyer kerana ULAR HITAM itu sedang MEMBELIT jenazah wanita
itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu..subhanalah...ada beberapa
orang yang berada di persekitaran kubur itu turut PENGSAN melihat
kejadian itu...selepas di selidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi
, rupa rupa nyer sewaktu hayat wanita tersebut SUKA melewat lewat kan
SOLAT nyer...
Tidak solat
Semua
orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan
malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau
meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.
Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar),
"Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak
dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil
dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada
zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi
Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak
payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi
Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar
tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya
pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang
terjadi ke atas dirinya.
Lalu,
Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing
hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing
hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air
yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum
air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan
oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan
solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina
dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air
tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan
ibu/isteri kita.
Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua.
Doa untuk ahli keluarga agar sentiasa bersolat
رَبِّ
اجْعَلْنِي
مُقِيمَ الصَّلاَةِ
وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ
دُعَاءِ ، رَبَّنَا
اغْفِرْ لِي
وَلِوَالِدَيَّ
وَلِلْمُؤْمِنِينَ
يَوْمَ يَقُومُ
الْحِسَابُ
Maksudnya
: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah
daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku.
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami!
Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang
yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim
: 40/41)
Cheers,
Zia Anis