Sunday, February 27, 2011

Lagu Layar Keinsafan

Salam semua,
Harini saya akan kongsikan lirik dan video lagu layar keninsafan oleh Mestika. Hayati liriknya yang meruntun jiwa, moga-moga kita peroleh kebaikan daripada lagu ini.Enjoy.

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Cheers,
Zia Anis

Tuesday, February 22, 2011

Bukit Bunga, Tanah Merah, Kelantan

Salam,
Harini saya akan bawa anda semua ke Bukit Bunga (BB), Tanah Merah, Kelantan. Lokasi tepat ialah di tepi jalan Jeli-Machang, Siapa yang selalu berulang-alik grik ke Kelantan akan tahu tempat ini. Raya cina baru-baru cadang nak singgah BB tapi tak boleh sebab polis trafik suh masuk jalan kampung sbb BB dah jem teruk. Ramai sungguh nak singgah sini. Apa yang menarik? Yang menariknya ialah disini terdapat pelbagai barang jualan daripada Thailand mahupun kelantan seperti soft-toy, periuk belanga, buah-buahan, kekacang, budu, keropok dan macam-macam lagi. Bak kata orang kelantan "Serba mak niko ado". Harganya murah seperti jugak harga yang ditawarkan di Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur. Tapi kat Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur lagi banyak pilihan dan corelle pun ada...kat BB tak ada.
Anyway enjoy the pics yang saya ambik raya haji tahun lepas.
kekacang, yang paling best ialah "Butir tere aka Cashew Nuts".
Soft-toy. Masa kecik2 selalu teringin nak mende nih..tapi tak nah dapat...huhuhu
budu oh Budu...Next entry kita cerita pasal budu plak yer.
Deretan kedai yang kebanyakkannya jual barang yang sama...kena pandai pilih
Betul-betul tepi jalanraya. Hati-hati kak...

Buah limau, mata kucing, jambu batu, zabit dan celagi.

Buah mangga lemak.sedap sangat...
Suasana dalam kedai
mostly Made in thailand...

Nanti senang-senang singgahlah kat Bukit Bunga (BB) yer.
Cheers,
Zia Anis


Pantai Cahaya Bulan PCB Kelantan

Salam,
Entri kali ini saya akan share foto makanan yang diambil masa makan angin di PCB bulan Nov tahun lepas. Kami sekeluarga telah pi makan colek dan air kelapa di sebuah restoran nama apa tah. So sambil tunggu adik tukang masak tengah panaskan colek2 yang kami pilih kita snap gambar makanan yang dijual direstorannya itu. Ada colek, keropok goreng, air kelapa, air kotak dan paling spesial air oren "bodo" atau air oren dlm botol recycle..teringat zaman kecik2...ada orang dtg melawat tok ayah saya selalu bawak air nih..so my tok ayah akan simpan bagi anak cucu minum..best air ni..cuma ada 2 perisa, oren dan sarsi ajer...sampai skrg masih dijual malah dah sampai kl dan minuman nih...so enjoy the pics yer.
rm1-rm6
Colek lagi...
colek buah
my all time fav. drink
air kelapa

tangan-tangan yang dah tak sabar...

air oren dan sarsi
Cheers,
Zia anis

Rokok daun


Rokok daun…
Inilah rupanya rokok daun yang amat popular dikalangan penduduk kampung di Kelantan. Saya mengenali rokok ini dah lama…sejak kecil lagi…kerana arwah tok ayah saya suka hisap rokok ini. Saya pernah mencubanya…gulung daun rokok, bakar muncungnya dan hisap…huhuhu (tak sedap langsung-jangan marah yer penggemar tegar rokok daun). Rokok ini banyak dijual dipasar-pasar di sekitar Kelantan sekali ngan tembakaunya. Dulu masa kecik selalu gak tengok jiran2 tanam tembakau dan memproses tembakau. Proses-proses tersebut adalah bermula dengan menuai daun yang matang (hijau) dan dijemur panas terik matahari sampai kering. Kemudian diikat dan dihiris menggunakan mesian khas yang dibuat daripada kayu dan ada bilah pisau tajam…susah dah nak jumpa mesin nih…lalu dipek kemas…lalu terhasillah tembakau yang orang kelate panggil “tembakau tepek”. Daun tersebut berasal daripada pokok yang banyak tumbuh dikawasan pantai...nanti ada masa saya pi ambik gambar pokoknya plak yer.

tembakau tepek
set rokok daun
Selamat membaca…”JANGAN SESEKALI HISAP ROKOK”
Cheers,
Zia anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...