Saturday, January 23, 2016

Jom mengaji Al-Quran



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak berkongsi perkongsian tazkirah dan ceramah yang saya dengar di youtube oleh Ustazah Norhafizah Musa...mengenai kepentingan mengaji AlQuran. Beliau mengingatkan cuba adakan satu Al-Quran peribadi kita, dimana kita boleh tulis, buh bookmark atau sticky notes untuk ayat-ayat yang kita suka atau yang penting...Kalau boleh ada setiap orang satu phone..kenapa tidak AL-Quran...betapa peri pentingnya AL-Quran dalam hidup kita...bayangkan kalau kita bercuti ke London, Istanbul dan kita lupa bawak handphone..mesti rasa nak patah balik rumah..atau mood swing sepanjang trip..
kena ada juga perasaan macam tu..tak bawa quran..rasa sedih..tak baca quran kita jadi sasau..hehhehe.

Dan alangkah baiknya Hadiah Hantaran suami isteri adalah sebuah AL-quran yang mana akan digunakan sepanjang hayat pasangan dua sejoli ini..bayangkan setiap huruf yang dibaca..si pemberi..iaitu pasangan masing-masing dapat pahala..sama2 menghitung pahala..dan mendapat barakah dalam kehidupan berumahtangga..jangan simpan di shelf..its for yourself.

Dan teringat saya akan adik2 usrah semasa di Melbourne dulu..mereka tak berenggang dengan quran..sentiasa di tangan dan dibawa dalam beg..ada masa senggang baca..ada yang tafsirnya dalam English..Ya Allah hebat mereka..dan Allah permudahkan urusan mereka..Dan saya juga ada mendapat sebuah Quran daripada adik usrah tersebut..masih saya guna..betapa hebat mereka..saya baru tersedar...oooh...Ya Allah ampunkan hambaMU..lalai..malas dan leka.

Jom baca surat cinta ini...Hadiah daripada Pencipta kita...

Jom didik jiwa mencintai AL-quran



Dan dibawah ini perkongsian daripada Facebook: Indahnya Ayat-ayat Alquran
Semoga bermanfaat.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.


Sahabat yang dirahmati Allah,
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah SWT, al-Quran juga adalah senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah SWT (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang unggul.

Di dalam al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya al-Quran dan pada masa penurunan al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

 Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran di dalam hadis-hadis sahih :

1.  : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.

Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

2 : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat.

Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

3 : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

4 : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.

Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

5 : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

6 : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.

Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

7 : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8 : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah)

Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11 : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh.

Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

10 : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

11 : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.

Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

12 : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 13 : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka.

Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

14 : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

15 : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai peduman hidup kita , apabila kita sentiasa menjadikannya sebagai panduan dan peraturan hidup kita tidak akan sesat dan sentiasa mendapat pimpinan daripada Allah S.W.T. Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Cheers,
Zia Anis

*#tazkirahuntukdirisendiri #sayalalaiawakingatkan

Tuesday, January 19, 2016

Jalan-jalan ke Milan, Itali


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sambung catatan perjalanan kami ke Milan pula yer.

Milan juga dikenali dengan nama Milano di Italy/Italia. Terkenal sebagai jolokan Kota Fesyen Dunia dan tak dapat disangkal lagi....sesuai.
Kami berada di Milan selama 5 hari 4 malam..selepas bermalam dan makan angin di Cinque Terre , kami tiba di Train Station Milano Central dan berjalan kaki ke hotel dengan berpandukan map ditangan. Tengah malam dan kesejukkan. Beg plak berat, awatlah beg ni berat ek...padahal x smpai 15 kg timbang tadi kat airport, huhuhu. Jalan punya jalan sejam lebih tak jumpa, masuk hotel yng tepi jalan, tanya dia tunjuk kan jalan kat map...pstu tetiba nampak teksi, sebab dah letih berjalan dan nak dekat kol 11 malam, sebb registration sampai 11 malam jer...kami ambil teksi, euro8.50 tambang, dan kami bagi tips terus pkcik driver senym dan tanya dari negara mana...see how small amount can make others happy.....lepas register masuk bilik dan rehat.
kami booked hotel/apartmen lengkap dengan small kitchen. Yang best hotel tu ada kelengkapan memasak, dapur, fridge dan sediakan sabun dan span basuh pinggan sekali. Hotel ni agak jauh dari bandar Milan, tapi dah nak yang affordable, so memang kene naik train underground dan jalan kaki 15 minit baru sampai hotel, dan saya pilih hotel ni sebab review kat trip advisor 8. ++ , so berbaloi, staf pon baik-baik.

Duomo
Esoknya kami naik underground menuju ke Duomo iaitu tempat yang dikenali sebagai Fashion Street.
Sesampai je orang dah ramai, kat sini kitaorg feed the birds, awas ada foreigner offer bertih jagung...jangan ambil sebab memula kata free...pastu nak suh jugak kita bayar.
Burung2 kat situ jinak...saya bagi chipsmore tak nak...nak bertih jagung juga...

Yang ni adalah bangunan lama Duomo , dalam nya terdapat famous brand macam LV, Prada, Tods dan cafe mewah. Kita ambil gambar je lh ek.

Dah tu sambung berjalan. Sambil malas dah bukak map....suka hatilah berjalan sampai mana.... Lepk jap minum kopi sebab sebenarnya nak guna tandas. Tapi kopi kat Italy semua sedap...tu yang kat sini tak banyak jenama star***** , sebab nak memartabatkan jenama kopi sendiri.
Sebelah malam kami kembali ke Duomo..wah aktiviti shopping rancak juga di waktu malam..pelbagai jenama ada disini..cuma sediakan duit sahaja..kalau tak jenuh pitih kita jamu mata sahaja...







                    Pintu masuk ke High end Designer Boutique Milan


Milan Cathedral
Catheral yang tersohor di Milan, terletak dekat dengan Undeground Duomo train station.
Lepas tu bergambar plak dengan Cathedral yang mashyur ni. Orang punya lah ramai....

                   Ramai orang....


AC Milan, InterMilan (San Siro Stadium)
Peminat sukan bola sepak mesti suka dan teruja kan nak ke sini...dan memang sangat awesome stadium ni..kat luaq nampak macam biasa..apa ni kan..tapi kat dalam sangat cantik. Ada tour untuk round stadium..dalam 18 euro per person rasanya..saya tak masuk cuma jenguk dari cermin kaca, dari Merchandise Shop. Nak ke sini boleh naik underground M5 dan berhenti di last stop..dan berjalan dalam 5 minit..dah nampak stadium ini.
Kat merchandise shop ada macam2 souvenir...harga pon boleh tahan mahal...ini adalah kunjungan saya ke 2 ke stadium bola sepak selepas FC Barcelona. Selepas membeli shawls AC dan Intermilan serta T-shirt AC MIlan, kami balik semula ke city menuju Isola.

    AC Milan dan Inter Milan merchandise shop
                           AC Milan dan Inter Milan merchandise shop
                                 AC Milan dan Inter Milan merchandise shop
               Pemandangan dari luar stadium San Siro AC Milan
                                          stadium San Siro AC Milan

Isola Street Art
Kat sini banyak street art....yang dilukis di dinding stesen keretapi Isola ke Garibaldi Station. Memang cantik lukisannya. so ambil gambarlah kami berdua disini....
nak cari tempat ni punyalah susah, siap tanya orang yang penting cari Isola Train stesen near Garibaldi Station...senang aja rupanya. wajib pergi k.









                          Kawasan perumahan Elit di Milan
                                         Pasar Pagi Isola Milan...best

Isola Tuesday Market
Ni sngat best, sebab ada jual barang murah2..sebab kat milan..semua barang branded dan mahai2..so ni option untuk shopping barang murah..ala-ala pasar pagi...semua ada..daripada sayur, pakaian, kasut dan handbag..tapi kasut paling win..sebab kasut kulit made in italy hanya 15 euro..sempat sambar 2 psang..tu pun sebab diorg dah pack nak balik..kalau tak 10 pasang kitaorang beli..fuhhhh...sangat recommended u all pergi sini.

Milan Outlet
Kat Milan terdapat 4 outlet...kepada peminat barangan branded..bolehlah join trip ke Outlet dan book seat bus kesana..sebab ada shutle ke sana..kami tak pergi pon sebab dah menyopping di pasar pagi Isola dan Venice..hehhehe

Info lain:

Public Transport
Saya bagi 4.5 bintang untuk perkhidmatan pengangkutan awam di Itali..sangat efisen dan banyak..so takder sangkut..kalau sangkut ada option lain. trainnya juga bersih dan tepat masa juga..

Makanan Halal
Banyak juga restoran halal di Milan...terutamanya kebab dan makanan arab, turkish dan lebanese..dan pilihan pasta seafood dan pizza juga boleh dimakan..dan boleh request tanpa wine juga.
so tiada masalah bab makan..cuma kalau nak jimat, kene compare harga lah skit...yang jauh dari city centre lebih murah dan jimat.
Hari pertama kami makan di restoran Turki dekat dengan stesen keretapi Milano Central. Hari kedua kami makan di restoran Turki yang jauh skit, kena berjalan dan naik tram..sedap, dan berbaloi. Halal.



ok tu saja dulu...nanti saya update lagi.

Cheers,
Zia Anis

Monday, January 11, 2016

Jalan-jalan ke Lake Como Italy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
jom sambung trip ...

Perancangan nak ke Lake como memang termasuk dalam plan dari awal. Saya dan Aniq ada baca reviews dan juga google mengenai Lake Como, ada yang kata tak best masa winter dan lain-lain. Tapi kami nekad juga nak pergi sebab alang-alang dah datang dan tak jauh daripada Milan...moh ler kita ke sana.

Jadi kami beli tiket online dan tak mahal pon hanya Euro6.70 sehala daripada Milano Central ke Varenna Esino dan mengambil masa satu jam lebih.
Kami ambil train jam 8.20 pagi, tiba hampir 9.50 dan berjalan nak beli tiket feri ke Bellagio. Lake como ini mempunyai beberapa daerah iaitu Bellagio, Mannagio dan .... Dan anda boleh menaiki feri untuk ke tempat tersebut.. Nak bawa kereta naik feri pon boleh. Tiket kami return 9.50. So nak isi masa smbil tunggu next train... Yang tak berapa kerap sebab hari ahad dan masih mood cuti krismas, kami singgah minum kopi dan hot chocolate dulu kat sini...

Memang 5 bintang untuk kopi dan hot chocolate nya. Dibuat dengan kasih sayang gitu...hehehhe


Jam 10.25 feri tiba, jom kita naik feri. Pemandangan sangat cantik kerana dikelilingi oleh tasik yang luas dan juga gunung ganang. Asyik tengok. Dalam 20 minit perjalanan kami tiba di Bellagio. Sunyi jer sebab ahad, tapi ada restoran dan kedai bukak juga walaupun tak banyak. Mungkin hari biasa lebih happening.

So macam biasa ambil gambar, bergambar, selfie dan sebagainya. Sambil mendaki..banyak kedai dan restoran terletak di kawasan berbukit. Dan kami juga sempat ke satu kawasan macam anjung tepi tasik. Sambil makan bekal, roti dan salami. Buat alas perut. Dah penat berjalan, nak cari fridge magnet...tapi takder yang menarik...so tak beli lah.

Leps tu nak balik dah... Ke jeti...tunggu punya tunggu feri tak der...so sambung lagi berfoto. Rupanya feri jam 3 petang baru datang. So kami pi makan dulu. Dan ambil feri ke Varenna Esino plak. Solat kejap dan sesambil tunggu train tiba, minum kopi.... Sebab kat luar memang sejuk.
Leps tu naik train...semua ketiduran, ich bin muder. Keletihan.

Bagi saya Lake Como pergi dalam 4-5 jam pon dah memadai untuk pusing satu kawasan seperti Bellagio. Banyak rumah peranginan private..umah orang kaya-kaya termasulah rumah inap pelakon Hollywood juga.Selepas berlama2 di Lake Como, jomlah pulang naik feri dan naik train kembali ke Milan. Hehhehehe tapi sangat berbaloi sebab tiket murah dan pemandangan menarik.


Kami sempat singgah kat restoran yang beliau singgah... 

Ni pemandangan kalau summer....credit to google.


Ini adalah my best shot...sangat cantik kombinasi feri, bunga, bangunan dan air tasik bergelora dek feri....Subhanallah



Ok next entry pasal Milan, kota Fesyen Dunia.

Cheers,
Zia Anis

Monday, January 4, 2016

Jalan-jalan ke Venice Italy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah entri sambungan trip ke Italy iaitu hari ke 3, saya dan Aniq ke Venice. Kami bertolak awal pagi dari hotel iaitu jam 7 pagi sebab nak kejar train daripada Milano Centrale jam 8 pagi. Yang nak beli tiket boleh beli online di trentalia.com

Tiket saya sudah beli online, dan dapat diskaun sebab travel 26 disember, beli satu percuma satu. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Dalam train kami makan bekal iaitu maggi...hahhaha. Mat salleh italy tengok2 apa yang kami makan...sebab kat Germany adalah normal makan dalam train siap ada bawak lapik2 makan macam kat restoran ada bernapkin semua...kat sini orang nampak janggal kitaorang makan. Lagipun kat italy banyak cafe...sana sini cafe.

Sampai kat Venice /venizia train station pi toilet dulu bayar 1 euro. Semua beratur nak pi toilet sebab sejuk dengan cuaca mendung dan foggy. Lepas tu bermulalah perjalanan dan penerokaan kami di Venizia
menyusuri sungai dan jalan jalan kecil di antara celah celah bangunan. Orang sangat ramai...dan ramai pelancong asing juga. Kedai makan, kedai leather, kedai handbag, kedai souvenirs di sana sini...semua menawarkan harga istimewa. Kat sini fridge magnet boleh dapat 1 biji 75 sen atau 70sen jer. So apalagi borong. Jangan tak borong. Poskad pon boleh dapat 20 sen sekeping. Lawo plak tu. Kedai handbag memang sangat bermagnet tinggi suh kami singgah. Sempatlah sambar 4 buah handbag...leather made in italy. huhuhu

Di jalur sungainya ada gondola yang menawarkan harga Euro80 setiap trip satu gondola. Nak privasi naik berdua... Huhu. Saya tengok ajalah. Nanti mai lagi leh naik gondola...sebab duit pon x berapa nak menggunung.
Cuaca ok dah menjelang tengahari minum kopi kejap kafe halal. Terjumpa orang malaysia borak jap. Pastu sambung berjalan lagi. Tengah berjalan jalan jumpa plak Hard Rock shop, Aniq singgah beli t shirt. Saya tengok2 jer, ada a few malaysian jugak kat sini, shopping hard rock. Tak termasuk dalam list nak singgah, dah terjumpa rezekilah kan.
Dah petang, lapar plak singgah makan kedai yang kata halal... Mahal giler dia caj kami. Say no to this restaurant. Tips nak makan cari yang ada sign Trip Advisor dan harga memang terpapar jelas. Bukan main timbang2 gram... Fuh fuh letih nak bayar.

Leps tu singgah plak beli baju T shirt. Sehelai 8 euro kat kiosk2 dekat2 stesen train. Lepas tu singgah plak kafe halal tadi makan aiskrim sebab sejuk kat luar dan train ke Milan lambat lagi. So nak kill the time makan aiskrim.
Leps tu kembali ke stesen train sambil lepk tak tahu nak buat apa.
Anyway Venice memang best. Lagi best maybe in summer. Shoopping best dan makanan halal pon ada. Tapi kemungkinan sesat amat tinggi. So kena tanya orang macamana nak balik ke train station. Sebab jalan semua nampak sama. Dan kat sini banyak tangga...yang bawak stroller kena angkat angkut lah skit. Even ada porter berlesen kat sini yang jadi tukang angkut beg ke hotel tepi sungai.













Ok next entry Lake Como plak.
Semoga entry ni bermanfaat untuk yang nak travel ke Italy.

Cheers
Zia anis

Saturday, January 2, 2016

Jalan-jalan ke Cinque Terre Italy

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada cuti krismas yang lalu, saya berkesempatan ke Italy. Pada mulanya nak ke Scotland tetapi memandang tiket murah hanyalah pada 28 hingga 1 jan 2016 dan biasanya pada awal tahun perkhidmatan pengangkutan awam x beroperasi... Kang tak pasal2 kene ambil teksi ke airport. Jadi ke Italy lah kita. Trip kami berdua sahaja. Setelah membeli tiket flight GermanWings dan juga booked hotel di Booking.com dan membeli tiket train untuk perjalanan dalam italy di trenitalia.com maka tibalah hari yang ditunggu.

Oh lupa, kalau naik germanWings dioarang ada pakej sekali train tiket ke airport walau dimana anda start or begin...bayar 66euro return.

Pada malam 23 disember Saya mengambil train dari rumah menuju ke Dusseldorf Airport...dan tiba di Dussedorf AIrport train stesen jam 2.04 pagi. Tak boleh ke airport sebab skytrain hanya beroperasi jam 3.45 pagi . So terpaksalah duduk disitu yang agak sejuk dan tak ramai orang...

Jam 3.45 skytrain bukak, naik dan ke Dusseldorf Airport. Kawan saya Aniq plak bgtau train dia x dapat smpai awal...so maknanya kami akan terlepas flight jam 7 pagi... Jadi kelam kabut saya online nak membeli tiket baru jam 10.25 pagi. Sebab kalu saya pi sorg kang tak pasal pasal makan angin sorang2..huhu tiket plak mahal dari yang sepatutnya...dugaan oh dugaan. Tapi takper mungkin ada rahmatNya.

Kami tiba di Milan Malpensa Aiport jam 12 tghari..dan kami juga terlepas train ke RIomaggiore Cinque terre yang berjadual 12.30 dari Milano Central...😰
Kemudian selepas solat kami membeli tiket return bas ke Milano Central iaitu 14euro. Perjalanan mengambil masa sejam ke Milano Central. Sampai kat sana kami ke sana kemari nak beli tiket ke Riomaggiore...sebab kena check in before 5pm... Cuba call hotel tak berangkatlah plak. So cuba2 membeli tiket di mesin dan juga di kaunter tiket...tapi kat sini banyak ulat tiket dan juga agen tiket yang mengambil upah 3euro extra utk setiap tiket. Kalau ulat tiket plak kene bayar kat diorang tips. Takut sungguh pak itam ni...datang dekat2. Tapi alhamdulilah sempat ambil train ke Geneva, Geneva ke Lavento dan Lavento ke Rioamggiore. Sampai Rio dah lewat iaitu 7pm... Alhamdulillah tuan hotel tinggalkan notes dan kunci depan pejabatnya. So dapatlh masuk bilik dengan jayanya. Esoknya krismas...so smeua nak bercuti dah.
So malam tu kami makanbekal yang saya bawak dan keluar sekejap ambil angin Rio yang damai dan cantik.
Dan saya sebenarnya tak menyangka yang Rio Cinque Terre boleh sampai dengan train sahaja.   Dan ianya masuk wishlist saya tahun 2013. Alhamdulillah tercapai. Saya ingat kene naik bot or ferry sebab nampak tepi pantai.

Di Cinque Terre ini ada beberapa kawasan iaitu RIomaggiore,Manarola, Monterosso dan Lovento. Daerah persisir pantai yang banyak bangunan berwarna warni dan tirus serta bercerun. Kalau musim summer wineyards akan penuh dengan anggur.

Riomaggiore:

Cinque Terre-Riomaggiore 









Monterosso Beach:

Bercanda, berbaring dipasir dibawah langit Ilahi di Monterosso Beach

Esoknya jam 10 pagi kami berdua meneroka Rio dan juga Monterosso. Kami bermula dari atas cerun, so takde lah letih nak menapak naik ke atas. Kami melalui rumah-rumah dan hotel dan motel kat sini. Sambil ambil gambar. Pemandangan tak leh cita memang sangat cantik. Kalau datang honeymoon memang pergh sesuai sebab tak der orang nak kacau, tenang dan udara pon bersih. Kalau summer lagi ramai orang. Lepas puah ambik gambar, makan tengahari dan solat di restorenkat sini. Harga oklah standard dengan servis tax termasuk dlm harga menu. Tambah 10%. Kami makan spageti seafood. Sedaplah juga.

Kemudian nak ke Monterosso plak.ambil train dalam 15 minutes... Kat sini tepi pantai tapi berpasir dan summer ramai org mandi manda...winter siapa nak mandi sejuk oooi.
So rileks lah kat sini smabil baring tepi pantai 2 jam.
Lepas tu balik ke hotel, ambil barang dan ke banhof. Tetiba ada sorang wanita indonesia tegur saya...katanya kamu ya yang aku jumpa di Frankfurt... Ya saya ingat beliau kerana saya tegor di Frankfurt Book Fair last October..dan beliau memang ingat saya. What a small world. Glamor kejap. Dia datang bercuti bersama suaminya warga Swiss. Ambil gambar bersama terus ke Banhoff. Caio Cinque Terre for the nice holiday. You all should go there...more nearer from Pisa than Milano Centrale.

Dan hotel yang duduk pon best walaupun x berjumpa ownernya. Dan hotel ni dapat good review daripada customers...patut pon best bilik best. Ada tv, internet, free coffee and biscuits and cakes. Dan di Italy ada city tax..3Euro per night.

So my wishlist checked for Cinque Terre.

Cheers
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...