Saturday, December 20, 2014

Tips Mengembara / Jalan jalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tips mengembara ataupun tips berjalan-jalan samaada di dalam negara atau di luar negara.

1. Tips mendapatkan tempat tinggal

a) Book tempat tingal di AirBNB...
ianya berlonsepkan rumah atau apartmen yang disewakan kepada pelancong. Samaada disewakan satu rumah atau bilik-bilik. Kadangkala tuan rumah tinggal sekali dalam satu bilik. Ianya lebih murah dan dilengkapi semua peralatan....ala mcam rumah kita. Tetapi yang leceh, kadangkala ada kemungkinan permintaan (booking) kita akan ditolak oleh tuan rumah atas sebab tertentu. Dan mereka akan memberitahu keputusan menerima kita atau tidak dalam tempoh 24 jam dari jam booking melalui emel ataupun sms.



-murah
-boleh baca review
-check lokasi samaada senang atau dekat dengan perkhidmatan kenderaan awam.

B) Booking.com
Kebiasaannya saya akan booking di sini sahaja....Anda hanya bayar jika telah smapai di tempat penginapan tersebut. Samaada nak byar cash or kad. Tapi masa booking kena masukkan no kad kredit. So kad kredit memang penting.

-sangat bagus
-boleh pilih nak yang mahal atau murah

C) Agoda.com
KOnsepnya sama macam Booking.com. Kalau nak, boleh compare harga..sebab walaupun hotel sama tapi harga lain-lain.



2. Tips perjalanan
Silalah baca blog atau review di trip advisor. Memang amat disyorkan. At least ada sikit apa yang perlu dijangkakan tempat nak dilawati tersebut.



OK itu sahaja.

Cheers,
ZIa ANis

*next week travel ke tempat di 3 negara (Paris, Brussel dan Dublin...fuhhh...kesat peluh)

Wednesday, December 3, 2014

Tips Berjimat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini saya nak share tips berjimat. Boleh diamalkan oleh semua orang...even anak2 sekolah....Sekarang semua bercakap pasal kos hidup tinggilah, duit tak cukuplah....duit minyak naiklah....So apa kata kita berjimat. Sebab hidup kita pilihan kita.

1. Prioritize / Keutamaan...utamakan apa yang perlu dan apa yang mengikut nafsu

2. Plan / Rancang
Senaraikan apa yang nak dibeli atau dimiliki. Ini mengikut keutamaan anda...


3. Record / Tulis
Tulis perbelanjaan anda sebelum dan sesudah. Lebih bagus senaraikan untuk sebulan. Dan jumlahkan mengikut gaji atau pendapatan anda. Boleh juga tuliskan apa barang yang nak dibeli di pasar malam atau pasar raya juga...Sentiasa ada sticky note...senang nak tulis...pastu leh buang lepas dan selesai membeli belah.

4. Hadkan perbelanjaan menggunakan kad hutang aka Kad Kredit. Utamakan kad debit. Kalau boleh gunakan cash...senang nak lihat wang keluar masuk. Tapi untuk keselamatan jangan withdraw sekali banyak..ada mata mata memandang...Nauzubillah moga kita terselamat daripada kemalangan, dan kejahatan masyarakat sekeliling.


5. Kurangkan makan di luar...hanya sekali sekala....dan pilih kedai yang mampu anda makan...Jangan membazir. Sekarang nak belajar masak klik aja utube,,semua resepi ada..step by step lagi...Siapa kata masak susah..kalau pandai sampai masuk U...takkan masak tak pandai...Hidup jangan cari alasan. Please girls and ibu sekalian..jom masak..kaum Adam, jangan tengok sahaja..tolong sama meh..tolong potong bawang ke...basuh sayur ke...kata nak jimat.


6. Kurangkan aktiviti mengziarahi shopping Mall atau Kompleks besar-besar tanpa tujuan...Apakat jom Riadah bersama keluarga..pergi tepi tasik atau taman permainan berdekatan rumah anda. Now..shopping online pon boleh..jimat duit minyak.


7. Biasakan menghadiri kuliah agama..Ajar dan ajak famili menghadiri kuliah hujung minggu...so tak der istilah boring lah....bosanlah...Sihat pon sihat



8. Tanam sayur sendiri...samaada dalam pasu ataupun diatas tanah. Sayur yang boleh di tanam atau beli di nursery adalah seperti daun pandan, pokok limau (utk buat tomyam), daun kesum, daun kari...ala yang senang nak buat masak masak...tak payah beli kat pasar malam dah.. Macam saya suka beli tanaman berpasu di Pasar Ahad Stadium Shah Alam.



*Image google.

Cheers,
ZA

P/S : Pesanan untuk diri sendiri juga.

Doa Fitnah Dajjal

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom amalkan doa ini, semoga kita terselamat dunia dan akhirat.


Untuk penerangan lanjut, sila tonton or dengar di

http://www.youtube.com/watch?v=obVlmrz_j-8

Cheers,
ZA

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...