Friday, December 7, 2012

Jom Bermekap


Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya bukan sahaja penggemar gadget tapi juga penggemar barangan mekap. Saya tertarik atau melekat dengan alat mekap ini sejak setahun lalu setelah saya menonton video make up oleh Michelle Phan.  Michelle Phan adalah seorang jurusolek yang pandai bersolek di muka sendiri malahan pandai menghasilkan video yang menarik. Jadi jika menonton videonya, ianya jelas, tidak banyak intro serta amat menarik. Selain itu, beliau dikenali sebagai ikon jutawan peminat di youtube, Diatas kepandaiannya bermekap beliau telah dipilih oleh Lancome sebagai jurucakap serta model produk kosmetik Lancome. Melalai beliaulah saya tahu mengenai banyak alat mekap dan drug store. Drug store ialah sebuah kedai yang menjual pelbagai kelengkapan kecantikan seperti alat mekap, wangian, sabun dan lain-lain. Di Jerman ini drug store yang paling glamour ialah dm dan my Douglas. de. Disebabkan saya sekarang berada di Jerman, maka kesempatan yang ada saya manfaatkan sebaiknya dengan mengunjungi dm dan douglas sebagai terapi. Sungguh seronok sebab pelbagai jenama yang ada dijual di douglas seperti pelbagai jenama perfume, alat mekap dan kosmetik seperti lancome, nyx, astor, Maybelline, loreal, estee lauder, essence, pure make up dan lain-lain. Semuanya kosmetiknya berharga dibawah EURO50…murah bukan..tapi jangan diconvert..huhuhu
Dan bila menjelang krismas..makin banyak tawaran menarik tetapi tidak pada perfume ataupun alat mekap…ianya pada set seperti losyen+sabun+dll….
Saya tidak atau jarang mengenakan mekap, saya hanya gunakan lip balm dan bedak kompak sahaja…tapi saya membeli yang murah2 sebagai koleksi atau untuk main-main. Hobi lah katakan…


Bronzing and Highlighter







Selamat bermekap…
Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...