Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 10, 2016

Tips Rumahtangga Bahagia

Rumahtangga Bahagia
Perkongsian daripada Ustaz Pahrol Mohd Juoi di Ikim.fm


Bagaimana membentuk Rumahtangga Bahagia?

        1.      Tengok kualiti solat
Semua orang dalam sebuah rumahtangga orang menjaga solat dengan sempurna.
-Tanya anak..isteri sudah solat...ingatkan mengenai bersolat
-hati kena selalu ingat Allah, berzikir dan ingat Allah dalam solat
-Periksa solat, akrab dengan Allah akrab dengan manusia.
*Ada orang solat, tapi tidak berlemahlembut dengan isteri, anak-anak..so periksa solat...

        2.      Akhlak Perbuatan baik yang boleh dibuat tanpa ragu-ragu.
Autopilot bila sudah terbiasa...berbuat baik.

        3.      Perlu ada kelembutan. Kalau anak minta sesuatu selagi tak memudaratkan dibolehkan. jangan guna bahasa kasar, jangan sentap asal meresap dalam hati. Jangan marah-marah.

        4.      Kemahiran ekonomi dan pengurusan masa dan konflik. Perhatikan bahan masakan yang baik dan sihat.

        5.      Kenderaan yang baik dan rumah yang lapang. kena ada kekuatan ekonomi. Jimat cermat. Ada pelaburan patuh syariah. Ada takaful yang baik. Rumah lapang ialah rumah yang dapat menampung semua orang, bilik terpisah, ruang solat, mini perpustakaan dan ruang untuk tetamu. Kenderaan bukan mewah, tapi yang baik, tak rosak, kena selalu diselenggarakan. Ini adalah itqan. Bukan dunia semata.

* Tahap yang dibenarkan dalam Islam:
Tahap keperluan (contoh rumah, kereta)
-tahap kemudahan (Contohnya memiliki dua kereta..satu untuk isteri, satu untuk suami...kemudahan ke tempat kerja dan memudahkan rumahtangga.
-Tahap keselesaan.

Membazir dan menunjukkan kemewahan adalah bukan cara hidup islam.

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

Thursday, July 14, 2016

Tips Hidup Sihat dan Bahagia

UNTUK BAHAGIA DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN.

Ini adalah perkongsian daripada Dr. Hamid Arshad seorang pakar perbidanan yang disegani ramai. Semoga bermanfaat. *adalah tulisan saya.


1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.


*kene tutup tv awal...dan tutup phone awal2..kl tak asyik nak mengendap phone jer..letak ambil balik..isk2



3. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

*susahnya nak bangun pagi...hheheh 
 
3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

*biasa saya sarapan roti cicah air nescafe atau milo...jer.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

*lama dah tak konsisten dengan supplement.

4. Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

*saya suka kerja saya...#alhamdulillah

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

*setakat ni 60minit zumba sahaja yang dibuat...seminggu.huhuhu

6. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

*ni macam senang..jom start.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

*ayah saya memang suka menulis dairi...sejak daripada saya kecil..dia memang tulis dalam diari aktivitinya seharian. tapi secret lah...

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

*moga impian kita semua terlaksana.

9. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita.

*hobi sya membaca..huhuhu

10. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

*orang german suka minum air putih..kat kantin air putih diberi secara percuma...ambillah nak banyak mana.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

*jangan bersangka buruk tau...

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.
*cakap lemah lembut? saya tak lemah lembut..kena praktis ni.

16. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

*muka kena banyak senyum. kawan kakak saya dia selalu senyum..tu yang awet muda dan mudah disenangi.


17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muasabah diri.
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.

Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.

Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

*tips dr ustaz bgtau kalau suami selalu call ibu dan tanya "ibu redha tak dengan saya?"
kalau isteri plak "abang redha tak dengan saya..?"..buat setiap malam atau seminggu sekali.


RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

JOm amalkan yer..*Bahagia diCipta bukan diCari..

Cheers
Zia ANis

Tuesday, July 12, 2016

Alternatif Rawatan Denggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ini wabak denggi semakin menjadi-jadi...KKM merekodkan lebih 53,000 kes denggi dan 118 kematian dalam tempoh hampir 6 Bulan pertama 2016. Bayangkan...banyaknya kes denggi...dan masih ramai yang mengambil lewa wabak ini..sebab tak jadi pada mereka dan keluarga insan tersayang mereka...Jangan begitu..jom sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan kawasan persekitaran. Terutama buang air yang bertakung...dan jangan biarkan ada jentik-jentik.

Shah ALam menjadi kawasan hot spot...


Sampai sekarang tiada vaksin dan rawatan khas kepada Denggi..dan masyarakat Mat Salleh daripada Eropah, Australia, New Zealand dan USA memang takut dengan nyamuk aedes...mereka sangat fobia bila dengar kes sebegini.Kecil tapi bisa membunuh. Nyamuk juga berkait rapat dengan demam Malaria, Chikungunya...Dan banyak fund contohnya Bill Gate Foundation yang banyak memberikan grant kepada penyelidikan Malaria..contohnya di departmen saya semasa di UNi Australia dulu..

Jadi jom lihat rawatan Alternatif Rawatan Denggi.

1) Jus Jambu Batu merah. Boleh beli jus yang dah siap..ataupun beli jambu batu merah dan blend...jangan tambah gula...dan diberi minum pada pesakit. Kalau tak mau...pujuk dan tolong suap...manja2...skit.


2) Jus kiwi...pun sama..boleh beli siap mahupun blend sendiri.


3) Jus  betik...ada yang dijual segera..mahupun blend daunnya..daun betik tau....

4) Sup ketam


5)Kurma dan jus kurma...kalau mahu boleh rendam kurma dan diberi minum kepada pesakit.

Kesembuhan milik ALlah..jom berdoa..bertawakal selepas berusaha...Jom amalkan hidup sihat..dan semoga ALlah bagi kesembuhan dan kesihatan kepada kita semua..

Semoga bermanfaat.

Cheers,
Zia ANis

Thursday, June 30, 2016

Juadah Raya Orang Kelantan

Assalamualaikum,

Disebabkan tahun ini saya beraya di perantauan, jadi jom kita lihat Juadah Raya Orang Kelantan...so orang yang nak kawen orang Kelantan atau nak berkunjung ke rumah orang Kelantan sempena raya boleh jangka apa yang akan dihidangkan...

Menu Popular
1) Kat mana-mana rumah ni menu paling popular...sebab sedap, senang nak masak iaitu Nasi Kerabu.
Ada macam-macam jenis lauk contohnya:
-Daging bakar
-Ayam Bakar
-Daging Goreng Kunyit Kelantan
-Ayam goreng
-Telur masin
-Keropok keping
-Solok Lada
-Bawang Putih jeruk
-Budu
-Ulaman (daun serai pokok itu wajib)
-Sambal kelapa
-Sambal cili
-Tumis budu

Ya Allah nyakut molek
2) Nasi dagang, menu no 2 popular...sebab lebih renyah nak buat dan kena kukus nasinya
Lauknya:
-Ayam gulai
-Gulai telur
-Gulai ikan tongkol
-Gulai udang
-Sambal kelapa
-Acar mentah timun carrot
-Sambal cili

3) Ketupat daun palas yang dimakan bersama nise nira kelapa ataupun nise kerek. Ada pelbagai inti dan rasa iaitu ketupat manis, ketupat tawar, ketupat isi kacang merah, serunding ayam atau daging.


4) Tape (Tapai) Pulut samaada yang dibungkus dengan daun getah atau daun pisang..saya tak makan tape tapi selalu jadi tukang bungkus tape daun getah.

Dan tak dilupakan menu-menu lain...tapi yang ini paling lejen...

Cheers
Zia ANis

*kredit kepada pemilik gambar2 diatas.

Friday, June 24, 2016

Ibadah 10 Terakhir Ramadhan Bagi Wanita Haid

Assalamualaikum, 

Saya nak kongsikan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid sepanjang 10 ramadhan terakhir. Semoga bermanfaat.


“Errrm tak boleh pulak nak beribadah di 10 terakhir Ramadhan ni…” 

Tentunya semangat kita sebagai wanita berkobar-kobar ingin memenuhi 10 terakhir Ramadhan ini dengan ibadah-ibadah sunnat.  Namun, apakan daya.  Ia taqdir ALLAH yang seseorang itu mesti redha. 
Berikut adalah beberapa nasihat yang wajar diamati oleh para muslimah sekiranya didatangi haid sedangkan di dalam hati bersemangat hendak beribadah.  Disenarai juga beberapa ibadah yang boleh dilakukan sebagai alternatif kepada solat, puasa dan iktikaf di masjid yang dilarang mereka melakukannya ketika haid.

1.  Redha dengan ketentuan ALLAH

Mempunyai perasaan redha terhadap ketentuan ALLAH adalah sesuatu yang sangat penting ada di dalam hati seseorang mukmin.  Ia menandakan keimanan seseorang terhadap qadar dan qadha ALLAH.  Sifat redha akan membuatkan seseorang itu menjadi tenang dan bersangka baik dengan Tuhannya.  Dan sifat redha ini adalah sifat yang mahmudah yang insyaALLAH besar pahalanya di sisi ALLAH.  Bukan senang seseorang itu hendak redha.  Justeru, redhalah.  Ada ganjaran pahala buat orang-orang yang redha, insyaALLAH.
Redha adalah tanda kehambaan hamba kepada Tuhannya.

2.  Bangun malam di 10 terakhir Ramadhan

Memang ibadah terbaik pada 10 akhir Ramadhan ialah solat-solat sunat.  Namun, disebabkan oleh wanita-wanita haid/nifas tidak boleh bersolat, maka hendaklah dicari ibadah lain bagi menggantikannya supaya kelebihan beribadah pada waktu malam tersebut tidak berlalu begitu sahaja.  Contoh ibadah yang boleh dilakukan ialah:
  • Membaca atau mendengar ayat-ayat al-Quran tanpa memegang mushaf al-Quran.
  • Mentadabbur ayat-ayat al-Quran iaitu melihat makna/terjemahan lalu menghayati maksud ayat-ayat al-Quran.
  • Dzikrullah iaitu mengingati ALLAH sama ada melalui lidah, hati atau perbuatan.  Banyak kalimah-kalimah dzikir yang boleh diucap dan diamati berulang-ulang kali, antaranya:
    • “La hawla wa la quwwata illa biLLAH” (Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan ALLAH)
    • Dan lain-lain lagi.
  • Memohon ampun kepada ALLAH iaitu beristighfar.  Ucaplah “Astaghfirullah” (aku memohon keampunan ALLAH) berulang-ulang kali.  Memohon keampunan daripada ALLAH adalah ibadah yang utama dan penting untuk dilakukan seseorang mukmin, terutamanya pada bulan Ramadhan.
  • Berdoa memohon apa yang dihajatkan untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.  Berdoa juga adalah ibadah.

  • Muhasabah diri.
  • Membaca buku-buku agama yang darinya boleh menambahkan ilmu, menimbulkan keinsafan dan peningkatan Iman serta makin dekat dengan ALLAH.
  • Melakukan amalan-amalan sampingan lain seperti menyediakan juadah untuk bersahur dan mengejut anak-anak atau teman-teman untuk bangun sahur juga boleh dikategorikan sebagai amalan-amalan yang soleh yang bakal mendapat ganjaran ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
Tidak ada sebab untuk seseorang meninggalkan ibadah berjaga malam walaupun sedang mengalami ‘uzur’.  Apatah lagi peluang menghidupkan malam pada 10 terakhir Ramadhan.  Kerana kita sangat digalakkan untuk memburu Lailatul-Qadar pada malam-malam 10 terakhir Ramadhan.  Oleh itu, janganlah ditinggal terus dari beribadah pada waktu malam walaupun anda sedang didatangi haid.

3.  Ibadah-ibadah dan lain-lain amalan soleh.

  • Memberi nasihat, amar ma`ruf nahi mungkar.
  • Menulis di emel, blog, laman sosial dan lain-lain bentuk penulisan yang mengajak manusia kembali beragama.
  • Menyediakan juadah berbuka puasa untuk ahli keluarga dan taulan yang berpuasa.  InsyaALLAH, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka akan turut memperolehi pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang berpuasa itu.
  • Berinfaq.
  • Membantu orang yang kesusahan.
  • Menyebarluaskan salam.
  • Dan banyak lagi tidak terkira.



ALLAH Maha Pemurah.  Banyak peluang lain yang ALLAH sediakan buat hamba-hambaNYA.  Dan pahala dariNYA memang DIA sediakan buat hamba-hambaNYA yang suka mencari keredhaanNYA.  Konsep ibadah ini terlalu luas.  Bukankah seluruh kehidupan kita juga boleh jadi ibadah?  Selamat beribadah di 10 terakhir Ramadhan. :)

ALLAHU A`LAM.
– muzir.wodpress.com
 
Cheers,
Zia ANis

Monday, June 20, 2016

Amalan yang PERLU dibuat sepanjang Ramadhan

Assalamualaikum,

Ini perkongsian yang saya catat daripada tazkirah Ustaz Jafri. Sangat menarik tazkirah dan cara penyampaian beliau. JOm pakat2 dengar di youtube ek.



Ramadhan dah separuh berlalu...moga kita bertemu dengan Lailatulqadar.

Amalan yang PERLU dibuat sepanjang Ramadhan dan moga istiqomah selepas Ramadhan...

1) Solat sunat 2 rakaat sebelum subuh.

Dua raka’at fajar (shalat sunnah qobliyah shubuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim no. 725). Jika keutamaan shalat sunnah fajar saja demikian adanya, bagaimana lagi dengan keutamaan shalat Shubuh itu sendiri.


2) Solat subuh...berjemaah..Isyak juga

(yang lain2 pon digalakkan ke masjid juga..tapi yang ni kena jaga)

3) Solat sunat Tahajuud disepertiga malam... 2 atau 4 rakaat.


4) Solat sunat Witir (2 +1)

5) Sentiasa baca quran, walaupun sedikit. Jangan ditinggalkan. Amalkan membaca Surah Almulk sebelum tidur..yang akan menjadi peneman di dalam kubur..sesungguhnya kubur itu gelap.

6) Sentiasa berwuduk

7) Dan memperbanyakkan langkah ke masjid

Semoga Allah terima amalan kita semua.

Selamat beramal.

Cheers
Zia ANis
15 Ramadhan
Germany

*1ramadhan hari isnin....berjaga2 lah di malam 21 Ramadhan...mungkin  Lailatulqadar malam tersebut..Allah lebih tahu.

Friday, June 17, 2016

100 hari pemergianmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini 12 Ramadhan, genap 100 hari pemergian abang kandung saya (anak ke-5). Beliau menghembuskan nafas terakhir pada March lalu pada usia 37 tahun disebabkan denggi berdarah dan dikesan kurang daripada 24 jam dan meninggalkan seorang isteri dan dua anak lelaki kecil berusia 4 dan 1 tahun setengah.....sedih dan kerinduan yang menggunung..tetapi saya selalu cakap pada hati dan diri sendiri, bahawa setiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan cukuplah kematian menginsafkan yang hidup. Dan apa yang kita ada, miliki hanyalah pinjaman semata...kita tak punya apa..Allah punya segalanya.

Sudilah kiranya teman pembaca, bersedekah Alfatihah kepada arwah abang saya. Terima kasih saya ucapkan. Moga kita semua mendapat rahmat Allah.



Banyak kenangan manis..tapi semua hanya kenangan.

Moga Jannah tertinggi disediakan buatmu.

Zia Anis
12 Ramadhan
Saarbruecken
Germany.