Thursday, November 27, 2014

Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jom lihat senarai Tempat Menarik yang perlu dilawati di Jerman.
Untuk rakyat Malaysia yang memegang pasport merah Malaysian boleh masuk ke Jerman tanpa visa dan boleh tinggal selama 3 bulan/90 hari.

Tapi masa di custome check, diorg akan tanya nak kemana dan sila pastikan print siap2 tiket kapalterbang, booked hotel dan dokumen lain-lain untuk mengelakkan masalah timbul....dan jangan bawa barangan terlarang taw...

Jangan lupa bawa kad pelajar...ada tempat yang anda boleh dapat diskaun...contohnya entree fee.

Data mengenai Germany
Matawang: Euro
Bahasa: B. Jerman (bahasa utama), French dan B.Inggeris

1. Berlin

Berlin adalah ibu negara Germany dan ianya sebuah kota metropolitan yang teratur dan jauh daripada hiruk pikuk jalan raya, jem dan kesesakan kenderaan.  Dan pengangkutan awam adalah sangat efisien serta harga tiket daily ticket adalah berpatutan dan cover banyak tempat. Disini juga bandar yang multiracial. Anda boleh kesini menggunakan train, bus daripada Frankfurt Airport atau Frankfurt Am Main.
Dan dari sini anda boleh rancang ke Hamburg atau ke negara  jiran seperti Chezch Republic.
Kat sini makanan halal senang didapati...cuma kena keluar ke outskirt skit. Banyak tempat dan bangunan bersejarah yang boleh dilawati. SIla baca entry saya sebelum ini mengenai Berlin.





2. Munchen/ Munich

Sebuah bandar yang kedua terbesar selepas Berlin. Ianya terletak di selatan Germany dan merupakan tempat famous dengan BMW, FC Bayern dan juga OktoberFest.
Disini  juga ada banyak bangunan bersejarah dan taman bunga.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.
Dan dari sini boleh ke Austria...kerana ianya bersempadan dengan Austria.

   BMW Muzium

   Stadium FC Bayern


3. Stuttgart

Sebuah bandar industri dan sibuk juga....Disini ada Porsche Museum dan juga Mercedes-Benz Museum.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.

   Porsche Muzium

   Mercedes Benz Muzium

4. Heidelberg

Sebuah bandar yang sangat cantik dan dipenuhi bangunan lama serta istana lama yang boleh dilawati di atas bukit. Dan pemandangan foto ini adalah daripada Schloss tersebut.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.


5. Cologne/Köln

Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.



6. Hamburg

Satu-satunya bandar berdekatan pesisir laut..So kat sinilah ada seafood..x seperti tempat lain..yang ada hanya frozen seafood.
Boleh ke sini menggunakan train dan bas dr Frankfurt AM Main.


Untuk kemudahan anda, sila lihat dan studi map ini dulu..senang nak merancang perjalanan.


Keretapi dan bas

Anda boleh travel di Germany menggunakan train ataupun reise bus (bas persiaran)...

ICE keretapi laju di German..merentasi eropah. Dilengkapi tandas, dan restoran. Ada first class.

 RE dan RB keretapi kebanyakan. Dilengkapi tandas...lebih murah dan berhenti banyak stesen.
Reise bus...lebih murah dan dilengkapi tandas..Akan berhenti di beberapa bandar dan persinggahan jika perjalanan melebihi 6 jam.

Semua train adalah bermula dari Frankfurt Am Main iaitu sebuah stesen keretapi yang menghubungkan semua tempat di Germany dan negera jirannya. Dari Airport (flughafen) anda boleh menaiki train ke sini...Dan diluar stesen ini juga ada terdapat bus ke tempat-tempat lain jika anda tak mahu naik train.

Frankfurt Am Main Haupbanhof

Jadual train boleh dilihat di skrin besar ini...Dan gleis ialah gate. Jadi anda perlu tunggu di Gate tersebut dan jika train sudah smapi boleh terus naik..tak payah tunggu train nak gerak baru nak naik.
Tiket boleh di beli di mesin seperti di atas..kalau  tak yakin atau masih ragu boleh membelinya di kaunter tiket. Tapi kat mesin ni ada bahasa English..so jangan risau. Boleh gunakan EC card atau cash.

Untuk kemudahan anda, sila ke web Bahn.de untuk jadual perjalanan ataupun pembelian tiket secara online. Yang penting kene print dulu tiketnya.

Makanan halal
Kat germany makanan halal senang didapati..kebanyakkannya adalah daripada pengusaha Turki..so kebab lah pilihannya.


                                        Doner Kebab yang sangat sedap...

Cheers,
Zia Anis

50 comments:

  1. nak peeeergi semua boleh dak ? ahahaha dimanakah duit duit.. nak jalan2..

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah ada rezeki sampai...AMeen

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya akan ke heidelberg pada 27 jun 2015 selama 14 hari.. blh x zia anis sikit panduan untuk sy semasa di sana.. bab makanan halal dan lbh jimat travel dgn sewa kereta atau naik train je.. TQ

      Delete
  3. Tuan, boleh lihat dan baca entry saya yang terdahulu bertajuk "Jalan-jalan ke Heidelberg, Germany" dan juga baca entries di bawah label "tips" kerana disitu terdapat tips mengembara dan dimana boleh mendapatkan makanan halal.
    Kebanyakan kedai Kebab dan Doner di Germany adalah halal, untuk pengesahan sila tanya pekedai..dan ada satu restoran Halal Malaysian nama Serai di Heidelberg. Guten Reise und sich amüsieren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zia Anis. Saya bercadang untuk memandu dari Heidelberg ke Strassbourg dan kemudian ke Zurich.. perlukah saya ada visa atau cukup dgn passport malaysia sahaja..

      Delete
  4. Salam, setahu saya untuk memasuki German, Swiss dan juga France tiada visa diperlukan jika stay kurang daripada 3 bulan. Tapi pasport perlu sentiasa dibawa dan tarikh expirednya kenalah lebih daripada 6 bulan. untuk kepastian sila semak dengan pihak berwajib. Hehehhehe

    ReplyDelete
  5. Terima kasih banyak2.. Ini adalah kali pertama saya ke Eropah.. hehehe... so memang blur sangat untuk travel sekitar Eropah ni..lg pun free time hanya jumaat - ahad je.. Isnin - Khamis wife ada kursus di University Heidelberg..

    ReplyDelete
  6. oooo...jangan bimbang semua akan OK...kat Jerman banyak tempat boleh dilawati...kalau di Heidelberg dah dekat dengan banyak bandar lain yang juga menarik....Dan selamat berpuasa di Jerman.

    ReplyDelete
  7. Insya Allah.. selamat berpuasa juga buat Zia Anis..

    ReplyDelete
  8. Zia Anis.. saya nk tanya.. jika saya nk travel naik IC Bus... perlu booking tiket or just beli masa nk travel nanti

    ReplyDelete
  9. Salam, untuk IC, ICE ataupun slow train mcm RE dan RB tiket boleh beli online di bahn.de, print dan bawa bersama ketika travel. Dan boleh juga beli di mesin tiket ataupun di kaunter dengan tambahan Euro2 untuk servis, jika x silap. Boleh bayar cash or guna card.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih... Kalau saya sewa kereta.. perlu lesen internatinal x... or cukup lesen malaysia je.. then mana lebih ok saya driev ke naik je train/bus...

      Delete
    2. salam zia.. apakhabar...terima kasih kerana bantu saya last year..masa saya di germany saya ada tersalah beli tiket.. so DB ada bagi saya voucher tiket EU40.. kalau anis blh gunakan baik juga kerana rasa rugi pulak kalau x guna.
      Ref. no : 1-28988088947
      Amount Euro 40
      voucher code :8N2D2EZ
      valid until 22 sept 2016..


      Delete
  10. Rasanya x perlu lesen international, saya tak pasti sebb x pernah cuba drive disini. Kalau hujung minggu jimat naik train sebb tic schön wochende iaitu up to 56euro untuk 5 orang daripada jam 00 hingga 3 pagi esoknya dan boleh travel seluruh jerman tapi naik slow train RE, RB sahaja. Meinfernbus pon murah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya bercadang nk ke strassbourg dari heidelberg pada hari Jumaat,, kemudian dari strassbourg ke zurich pada sabtu.. Ahad balik semula ke Heidelberg.. Apakah option terbaik dan murah untuk saya ke semua tempat tadi.

      Delete
    2. Boleh emel saya di orangee83@gmail.com. Senang nak tulis panjang dan bagi link etc.

      Delete
  11. Salam zia anis.. Sy akan ke jerman dan akan pergi ke dusseldorf pada 26hb julai ni... Blh x bg info mngenai tmpt tersebut... Sy google x byk maklumat yg saya dapat.. Tq..

    ReplyDelete
  12. Assalam Tuan Azmi,

    Wassalam,
    Dusseldorf ialah sebuah bandar yang boleh dikategorikan sebagai bandar besar dan terletak di bahagian atas barat german. Saya pon belum explore lagi city Dusseldorf dan hanya sempat singgah beberapa kali di Stesen Keretapi atau dipanggil Dusseldorf Haupbanhof.
    1) Daripada Frankfurt Airport tuan boleh menaiki train terus ke Dusseldorf. boleh lihat jadual dan harga tiket di bahn.de yang biasanya mengambil masa 3 jam lebih direct train.
    http://reiseauskunft.bahn.de/bin/query.exe/dn?revia=yes&existOptimizePrice=1&country=DEU&dbkanal_007=L01_S01_D001_KIN0001_qf-bahn_LZ003&ignoreTypeCheck=yes&S=Frankfurt%28Main%29Hbf&REQ0JourneyStopsSID=A%3D1%40O%3DFrankfurt%28Main%29Hbf%40X%3D8663785%40Y%3D50107149%40U%3D80%40L%3D008000105%40B%3D1%40p%3D1320260835%40&REQ0JourneyStopsS0A=7&Z=Dusseldorf+City&REQ0JourneyStopsZID=A%3D1%40O%3DDusseldorf+City%40X%3D6794316%40Y%3D51219960%40U%3D80%40L%3D008000085%40B%3D1%40p%3D1433199028%40&REQ0JourneyStopsZ0A=7&trip-type=single&date=So%2C+26.07.15&time=11%3A00&timesel=depart&returnTimesel=depart&optimize=0&travelProfile=-1&adult-number=1&children-number=0&infant-number=0&tariffTravellerType.1=E&tariffTravellerReductionClass.1=0&tariffTravellerAge.1=&qf-trav-bday-1=&tariffTravellerReductionClass.2=0&tariffTravellerReductionClass.3=0&tariffTravellerReductionClass.4=0&tariffTravellerReductionClass.5=0&tariffClass=2&start=1&qf.bahn.button.suchen=

    2) ataupun boleh juga menaiki bus ke dusseldorf iaitu menggunakan bus meinferbus. (naik di Frankfurt AM Main)
    http://meinfernbus.de/booking/search?route=Frankfurt+%28Main%29-D%C3%BCsseldorf&rideDate=30.06.2015&backRide=1&backRideDate=30.06.2015&adults=1&children=0&bikes=0&departureCity=96&departureStation=&arrivalCity=108&arrivalStation=&_locale=en

    Harap ini membantu Tuan Azmi

    ReplyDelete
  13. Trima kasih zia anks atas perkongsian maklumat.. Mudahan akan dpt membntu sy nnt.. Thnks again..😊👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  14. Salam zia,, sye nak tnyer,,, jika mahu ke German dr Saudi Arabia perlukan visa entry x?

    ReplyDelete
  15. Saya nak ke ludwigshafen slama sebulan. Tapi atas urusan kerja la. Klu berkesempatan insyallah nak jenjalan di tempat2 yang awak bagi tahu ni. Berlin mcm best je. Tapi mcm jauh plak dari ludw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bekerja dan berjalan-jalan di Germany. Kalau nak cepat smpai ke Berlin boleh naik ICE fast train..kadang2 tiket tak mahal kalau train malam...smpai pagi kat Berlin..dalam 6 jam jer.

      Delete
  16. Salaam ceria Cik Puan Zia Anis!
    Sekarang saya baru mula belajar bahasa Jerman sebab tahun depan akan ke sana.
    Ada tips untuk master bahasa Jerman dengan efisien?

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  18. En.Jutawan kaya..boleh baca entries saya yang sebelum ini mengenai "Master dan Phd di Germany", "Tips dan lain-lain". Viel Glück.

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  20. As salam. Kalau dari barcelona, mau pergi ke jerman, tempat apa yg menarik dan dekat.
    Dan juga mode pengangkutan. Terima kasij

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daripada Barcelona boleh gunakan Ryan Air di Girona Airport untuk ke aiport
      Germany. Boleh check di ryanair website dan skyscanner website. Selamat berlibur Cik Azlin.

      Delete
  21. alam zia.. apakhabar...terima kasih kerana bantu saya last year..masa saya di germany saya ada tersalah beli tiket.. so DB ada bagi saya voucher tiket EU40.. kalau anis blh gunakan baik juga kerana rasa rugi pulak kalau x guna.
    Ref. no : 1-28988088947
    Amount Euro 40
    voucher code :8N2D2EZ
    valid until 22 sept 2016..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...pertolongan kecil aja..kein problem. OH terima kasih..nanti saya ke kaunter DB dan tanyakan samaada saya boleh gunakan atau tidak tiket tersebut...sbab kdg2 ada terms and regulation hanya org tersebut sahaja yng boleh menggunakannya.

      Delete
  22. assalam zia, saya akan ke herzo sabtu ni atas urusan kerja dan saya turun di nuremberg airport. saya nk tya, tiket train memang kena bli online ke? atau ada ticket counter di airport mcm Malaysia ni? appreciate your help. thanksssss

    ReplyDelete
  23. salam Erna,
    Nanti di Nuremberg Airport/Flughafen Erna boleh ke Haupbanhof/Main Train Station dan dari sana Erna boleh beli tiket train di Machine macam dlm blog saya tu ataupun beli di Counter. Di machine Transaksi boleh dibuat melalui cash dan juga kad kredit. Ada option english, boleh semak jadual train dan harganya sekali. Gute Reise/ selamat makan angin.

    ReplyDelete
  24. Salam Zia Anis. Tmpat menarik yg bole dilawati di Hamburg, Berlin, dan Frankfurt?

    ReplyDelete
  25. Salam Puan Yanti S...Untuk Berlin boleh lihat entry saya bertajuk "Trip to Berlin"..dan untuk Hamburg saya belum pernah sampai..tapi untuk Frankfurt insyaAllah soon.

    ReplyDelete
  26. Salam Zia anis... kalau dari dri nuremberg ... mna negara yg dekat yg boleh kita lawat yer? dan perjalanan dri Nuremberg ke munich mcm mana ek? yg terbaik untuk transport....

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum Aie Akhir, Dari Nuremberg Tuan boleh ke Prague, city of Republic Chezh iaitu dengan train 4 jam...dan boleh juga ke Salzburg iaitu city pelancongan di Austria. Kalau dari Munich dah dekat ke Salzburg dan juga Halstat. Untuk ke Munich Tuan boleh naik bas (reise bus) ataupun naik train (deutcsh bahn). Selamat Makan Angin. Gute Reise.

    ReplyDelete
  28. Salam Zia Anis amat menarik membaca artikel ttg berlin, sy mmg berniat ke sana tp inshaAllah dalam bulan may... cuma ade beberapa soalan ingin menanyakan:
    1. Sy dari medina, saudia rata2 sy tgok tiket flight adlh transit.. cth saudia airlines 2 stop 16-17hrs... kalau zia anis ade info ttg flight yg direct ke berlin?
    2. Budget secara roughly utk ke berlin
    3. Wether bulan may adakah terlalu sejuk?

    Terima kasih, diana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Diana,

      1) kalau dari medina, boleh check the cheapest flight ke berlin melalui skyscaner.com. Kalau dari KL saya gunakan emirates, transit 2-5 jam di Dubai Airport.
      2) boleh gunakan booking.com untuk accomodation. dan gunakan bus no 100 untuk travel di bandar berlin..berbaloi. murah. makanan halal banyak kat berlin.
      3) whether bulan 5 baru nak masuk spring..tak sejuk tak panas..just ok.
      Selamat makan angin.

      Delete
    2. Askm. Sy dan isteri akan ke frankfurt minggu pertama bulan may. Boleh lah kita jumpa.

      Delete
  29. Salam. Saya akan ke Berlin pada bulan Mac ini. Cuaca pasti masih sejuk dan syorkan pakaian yang paling sesuau. Ini pertama kali saya ke Eropah.

    ReplyDelete
  30. Salam. Saya akan ke Berlin pada bulan Mac ini. Cuaca pasti masih sejuk dan syorkan pakaian yang paling sesuau. Ini pertama kali saya ke Eropah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TUan, BUlan 3 masih sejuk tapi tidak terlalu sejuk...kebiasaannya ada salji di sesetengah tempat. Baju sejuk kene pakai..dan stokin juga..glove still ok kalau x pakai...All the best...Guten Reise.

      Delete
  31. Askm. Sy dan isteri akan ke franfurt sbb isteri kursus 5 hari d sana. Siapa berada d sana ? Blh kita berjumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah tak duduk jerman..tapi esok saya ke jerman seminggu..Dont worry kat Frankfurt best..boleh jalan2, shopping and makanan halal pon banyak..restoren malaysia pon ada tak jauh dr stesen keretapi Frankfurt AM Main.

      Delete
  32. Assalamualaikum. Jika saya mahu ke frankfurt bulan 5 ni dan memerlukan khidmat student msia sebagai tour guide, ada sesiapa yang puan boleh recommendkan tak?

    ReplyDelete
  33. Salam Cik Anis, saya akan ke Hannover pada 30/4/2018. Dari Hannover akan ke Wolfsburg untuk 3 hari kerana suami berkursus. Boleh cadangkan tepat menarik di Wolfsburg selain Autostadt? Tak banyak tempat yang keluar kerana Wolfsburg lebih kepada bandar Industri. Harap Anis dapat membantu.

    ReplyDelete
  34. hi!,I love your writing so so much! percentage we keep up a correspondence extra about your article on AOL? I require a specialist on this area to resolve my problem. May be that’s you! Looking forward to peer you. pension frankfurt oder

    ReplyDelete
  35. Hi Anis,
    Saya bercadang untuk singgah ke Germany dari Zurich sebelum ke Amsterdam untuk 1 mlm. Bandar mana yg sesuai untuk saya lawati?

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...