Friday, April 15, 2011

Tips Menggapai Impian dan Tips semasa bertemu orang


Prinsip untuk mendapatkan apa yang anda impikan (Sumber Prof. Muhaya)
                        -Gunakan imiginasi kita
       2.           - Hidup dengan bermula dengan penghujungnya
       3.            -Fikir seperti sudah mencapai apa yang diimpikan
       4.            -Fokuskan perhatian

*Jangan lupa dengar slot Islam itu Indah 10.00 pagi di IKIM.FM

Tips berjumpa orang
·         -Menghargai
·         -Pujian yang ikhlas
·         -Jangan mengkritik
·        - Dan jangan lupa senyum.
*Kita adalah insan yang bahagia apabila orang sekeliling bahagia dan orang bergembira/seronok selepas berjumpa dengan kita.

Cheers,
Zia Anis

Minda Positif


Salam semua,
Entri kali ini saya akan kongsikan mengenai sikap positif. Sempena ulangtahun kelahiran yang ke-2* hujung Januari lepas saya telah berpeluang mengikuti seminar kuasa minda-kearah sikap positif yang dikendalikan oleh Prof. Muhaya Mohamad dan IKIM. Saya memang minat ngan Prof. Muhaya sejak first time dengar slot beliau di IKIM setiap pagi rabu. Kemudian tengok plak rancangan mata ke hati di Astro. Daripada seminar dan slot di tv dan radio tersebut saya telah dan ingin berubah menjadi Positif (hehehe..serius tak bunyinyer???jangan gelak yer). Banyak yang saya pelajari daripada sesi ceramah beliau tersebut. Tapi susah jugak ye nak jadi positif sebab kita dah terbiasa mencampurkan sikap negatif dan positif dalam kehidupan seharian. Yang paling terkesan dihati ialah kita perlu sentiasa berbuat baik kepada setiap insan lain dan “what you give is what you get” dan sentiasa fikir positif, jangan risau dan banyakkan berdoa. Sebab Nabi Muhamad S.A.W sepanjang hidupnya sentiasa berfikiran positif dan tak pernah risau. 

Ni tips yang Prof kasik:
7 Cara dekat dengan Allah:
         i.            Jadi kreatif tidak kompetitif
       ii.            Berbuat baik
      iii.           Mempunyai sifat kasih sayang terhadap semua
     iv.            Mencari kebaikan setiap orang dalam setiap keadaan
       v.            Menjadi lebih baik setiap hari
     vi.            Mempunyai mentaliti yang tidak terbatas dan sentiasa murah hati
    vii.            Menerima manusia seadanya
Sebelum seminar bermula...
 Prof. tengah bagi talk
Sesi autograf (bukan saya yer dalam gambar ini...)

Moga-moga bermula hari ini, kita semua menjadi insan yang lebih baik hari ke hari, InsyaAllah.

Cheers,
Zia Anis

Thursday, April 14, 2011

Spageti Bolognese Atau Spageti Meatball

Spageti Bolognese Atau Spageti Meatball
Resepi spageti Bolognese atau spageti meatball ini saya belajar daripada my housemate masa belajar kat Aussie dulu. Nilah resepi mat salleh yang paling senang dan mengenyangkan. Dan semua bahan-bahannya ada kat pasaraya atau kedai runcit.
Spageti Bolognese 

Bahan-bahannya:
500 gm Spageti –direbus bersama sedikit garam dan minyak masak/mentega.
Carrot-dihiris cube
Celeri-dihiris kecil
Capsicum-dihiris cube
Mushroom dlm tin-dihiris nipis
Bawang Besar sebiji-dihiris nipis
Bawang putih seulas-dimayang halus
500 gm Minced meat jenama Ramly
Sos spageti Prego perisa mushroom atau Traditional
Sos cili-untuk kurangkan tahap kemasaman sos Prego
Garam dan Gula

Cara-caranya:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Kemudian masukkan minced meat dan gorengkan sehingga sederhana garing.
Kemudian masukkan carrot, kacau sekejap, kemudian tambahkan sos spageti dan sos cili. Gaul sebati.
Masukkan capsicum, celery dan carrot dan mushroom. Gaul lagi dan perisakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih, sedia untuk dihidang bersama spageti yang telah direbus dan ditos tadi.
Selamat mencuba.
*Untuk resepi meatball gantikan minced meat dengan meatball yang digoreng dan ditoskan minyaknya. Meatball tersebut boleh beli di frozen shop atau supermarket. Kalau rajin boleh buat sendiri.
 Spageti Meatball


Cheers,
Zia Anis

Monday, April 11, 2011

Mutiara Kata


“Janganlah korang berputus asa dalam usaha menyelamatkan manusia kerana syaitan tidak pernah berputus asa dalam usaha menyesatkan manusia..”
Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain, maka akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, berdakwahlah dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai membinsakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Dipetik daripada Blog Kereta Mayat.
-Saya selalu berputus asa, "Ya Allah ampunkan hambaMu yang kerdil ini".

Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...