Tuesday, December 21, 2010

Hobi: Mengumpul setem


Bila dewasa, kedengaran agak kelakar kan apabila ditanya hobi, dijawab mengumpul setem. Tetapi ketika kecil, hobi mengumpul setem adalah hobi yang paling popular kalau cikgu Tanya… seronok dan menyenangkan. Itulah hobi saya masa kecil iaitu daripada darjah satu hingga darjah enam. Setem-setem tersebut saya kumpul dengan menggunting atau koyakkan daripada sampul surat yang dihantar kepada keluarga. Ada setem-setem tersebut diwarisi daripada kakak saya. Ada juga yang diberikan oleh abang saya apabila dia pulang bercuti. Seronok kumpul setem, sebab setem ni cantik, berwarna warni dan ada nilai estetika tersendiri. Di Australia misalnya, setem-setem lama dan baru yang terpakai dijual di pasar lambak/flea market. Saya juga pernah membeli sebungkus setem dengan harga AUD1. Murah kan?.  Tetapi hobi itu tidak saya lakukan lagi sekarang. Hanya sebuah album setem lama yang tinggal sebagai kenangan yang berusia lebih 15 tahun. Kalau kreatif setem-setem ini boleh ditransformkan menjadi seni kreatif seperti bingkai gambar motif menara dan dll yang boleh gantung didinding.
 Cheers,
Zia Anis

No comments:

Post a Comment

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...