Tuesday, December 21, 2010

Hobi: Membaca buku dan majalah


Tabiat membaca buku dan majalah telah wujud dalam diri saya sejak kecil. Tetapi hobi ini semakin menjadi-jadi setelah memasuki alam pekerjaan, sebab ada duit sendiri..boleh beli apa yang suka…yehaa… Semasa sekolah rendah, adik beradik saya yang selalu belikan buku, dan sehingga sekarang ada beberapa buku masih elok ada dalam simpanan saya. Semasa di Australia, setiap minggu saya akan membeli majalah dekorasi atau masakan kat Coles atau Market. Tengok majalah sambil berangan….huhu. Bayangkan saya terpaksa “ship” semua majalah-majalah tersebut melalui kargo kapal…banyak tuh…dan sampai sekarang tersimpan elok..sebab majalah macam ni tak basi..sebab isinya sentiasa evergreen tak macam majalah hiburan ataupun fesyen.
Sekarang pulak, hobi membeli buku ilmiah dan buku agama. Di blog ini juga saya akan kongsikan ulasan mengenai buku-buku yang pernah saya baca. Buku yang paling saya suka baca ialah kebanyakannya keluaran PTS Publications…I like…hehehhehe. Sebab cover cantik, isi dalam menarik…
Majalah Australian House and Garden
Majalah Better Home and Garden. Majalah yang sangat best...Siap ada rancangan TV lagi...
Majalah Home Beautiful

Sokonglah budaya membaca!
Cheers,
Zia Anis

Hobi: Mengumpul setem


Bila dewasa, kedengaran agak kelakar kan apabila ditanya hobi, dijawab mengumpul setem. Tetapi ketika kecil, hobi mengumpul setem adalah hobi yang paling popular kalau cikgu Tanya… seronok dan menyenangkan. Itulah hobi saya masa kecil iaitu daripada darjah satu hingga darjah enam. Setem-setem tersebut saya kumpul dengan menggunting atau koyakkan daripada sampul surat yang dihantar kepada keluarga. Ada setem-setem tersebut diwarisi daripada kakak saya. Ada juga yang diberikan oleh abang saya apabila dia pulang bercuti. Seronok kumpul setem, sebab setem ni cantik, berwarna warni dan ada nilai estetika tersendiri. Di Australia misalnya, setem-setem lama dan baru yang terpakai dijual di pasar lambak/flea market. Saya juga pernah membeli sebungkus setem dengan harga AUD1. Murah kan?.  Tetapi hobi itu tidak saya lakukan lagi sekarang. Hanya sebuah album setem lama yang tinggal sebagai kenangan yang berusia lebih 15 tahun. Kalau kreatif setem-setem ini boleh ditransformkan menjadi seni kreatif seperti bingkai gambar motif menara dan dll yang boleh gantung didinding.
 Cheers,
Zia Anis

Wednesday, December 15, 2010

Selamat Berpuasa 10 Muharam

Salam semua,


Esok 10 Muharam 1432H, so samalah kita puasa esok yer...Semoga puasa sunat kita diterima dan segala doa semasa berpuasa dimakbulkan..InsyaAllah.


Cheers,
Zia Anis

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam semua,

Hari ini saya kongsikan doa akhir tahun dan awal tahun. Semoga tahun baru ini membawa kita kepada penghijrahan ke arah yang lebih elok dan bermanafaat.Amin

Daripada blog orange4k.com
Baca sebelum maghrib hari ini...
 Baca selepas masuk maghrib...
Dan selamat menghayati penghijrahan Nabi S.A.W dan sahabat-sahabat ke Madinah.

Cheers,
Zia Anis

Resepi: Kek Batik


Salam,
Semalam ada kesempatan untuk saya dan 3 anak sedara masak kek batik. Resepi ini saya dapat daripada blog Dapur Tanpa Sempadan oleh Mat Gebu. Terima kasih Mat Gebu untuk resepi yang menarik dan sedap.
Disini resepinya:

BAHAN-BAHAN:
250 gram biskut marie, dipatahkan 4

125 gram mentega
2 biji telur gred A, dipukul sedikit
3/4 cawan susu pekat manis
1/2 cawan Milo
1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
1/4 cawan air
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :


Satukan semua bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega, dalam satu bekas, kacau hingga semua sebati, tuang dalam kuali, masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
Tuang dalam tin atau bekas plastik yang telah dialas dengan plastik cling, tekan adunan padat2, bungkus dengan plastik cling.
Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau hingga boleh dipotong. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.



 Cheers,
Zia Anis

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...