Monday, November 19, 2012

Jalan-jalan ke Melbourne, Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selepas mendapat sambutan hangat mengenai pos saya "Jalan-jalan ke Gold Coast" kali ini saya akan kongsikan mengenai Jalan-jalan ke Melbourne, Australia pula. Harap pos kali ini akan memberikan panduan kepada perjalanan dan percutian anda. Saya berharap tujuan saya bukan ingin menunjuk-nunjuk tetapi sekadar perkongsian yang akan memberikan manfaat.

Untuk pengetahuan semua saya belajar dan tinggal di Melbourne selama 2 tahun sahaja..tetapi Alhamdulilah pengalaman dan pahit manis boleh menginspirasikan saya menulis travelog mengenai bandar ini.

Air Asia X telah melancarkan penerbangannya terus ke Melbourne, Australia beberapa tahun lalu. Malahan MAS Airlines sudah lama melebarkan sayap penerbangannya ke bandar ini. Melbourne adalah ibukota kepada negeri Victoria iaitu sebuah negeri di Australia. Penerbangan mengambil masa selama 7jam ++ ataupun hampir 8jam...kebiasaannya saya akan ambil flight jam 12.00am dan sampai di Tullamarine Airport 7jam pagi esok. Untuk yang menggunakan Air Asia saya nasihatkan anda menempah makanan siap-siap semasa book tiket untuk mengalas perut sebelum tiba di negara Mat Salleh Oz ini...Sebelum ke sini disarankan menukar duit ke AUD kerana kadar tukaran rugi jika dibuat setelah tiba disini...

Tiba di Airport
Di Tullamarine Airport pemeriksaan kastam dan imegresennya adalah amat ketat..sehinggakan ada anjing yang akan datang menghampiri anda dan beg2 anda...scary untuk pertama kali...Pemeriksaan juga dilakukan keatas barang barang yang dibawa oleh anda...meskipun anda dari penerbangan domestik..inikan pula dari negara luar...ini adalah untuk memastikan tiada bakteria atau virus dari luar yang akan merosakan tanaman dan haiwan di Australia ini..jadi sebagai langkah keselamatan sentiasa "declare" apa yang anda bawa...
Dinasihatkan bahawa anda adalah dilarang sama sekali membawa barangan berasaskan tenusu, daging ataupun haiwan-haiwan lain...keropok ikan In Sha Allah lepas...saya dah cuba..hehhee

Dari Tullamarine Airport anda boleh menaiki bas terus ke Melbourne City ataupun menaiki teksi...Disebabkan saya tinggal di Bundoora saya naik teksi sahaja ke rumah sewa saya...
Teksi yang dipilih perlulah mengambil kira beg dan berapa penumpang..mereka begitu teliti dengan muatan teksi mereka...dan bayaran teksi dibayar langsung kepada driver bukan pada ejen.

Hotel
Di Melbourne City anda boleh memilih atau menempah untuk tinggal di Hotel, Apartmen ataupun Malaysian Hall jika ada kekosongan. Semua tempahan perlulah dibuat lebih awal..dan dibayar melalui kad kredit...Try guna booking.com. Saya tiada pengalaman tinggal di hotel di Melbourne...tetapi ada saudara saya yang pernah tinggal di apartment berdekatan Spencer Street.

Makanan Halal
Jika ke luar negara, perkara pertama yang difikirkan dan dicari ialah makanan halal...Yang pasti air paip boleh terus diminum....dan di Melbourne tiada masalah mencari makanan halal...Dan makanan yang saya selalu makan ialah di Restoran Nando's...ianya sedap dan affordable. Selain itu terdapat restoran Indonesia seperti Nelayan dan Esteller yang memang kena dengan selera Melayu..Selain itu terdapat restoran mamak iaitu Bismi dan restoran thai... Semua ini terletak di Melbourne city..hanya perlu berjalan untuk mendapatkan makanan ini..selain itu anda boleh membeli seafood di Victoria Market.

Kenderaan Awam
Kenderaan Awam yang paling banyak digunakan di kota ini ialah tram dan bas... Manakala untuk ke tempat yang jauh dari bandar train adalah menjadi pilihan. Bagi saya, saya memilih tram..walaupun lambat sebab banyak stop..tapi memang depan rumah aja stesennya...tak payah jalan jauh2 jika mahu ke stop...Anda boleh membeli tiket tram dan bas di dalam bas ataupun di stesen minyak dan kedai buku yang berdekatan. Dan pastikan anda sentiasa membeli tiket kerana akan ada pemeriksa tiket yang "preman" yang akan memeriksa tiket anda secara mengejut....awas...Tetapi jika anda bercuti di sekitar bandar Melbourne, anda boleh berjalan kaki sahaja...huhuhuhu

Tempat-tempat yang perlu dilawati
Ini adalah part yang menarik..sebab di bandar ini anda boleh pergi ke banyak tempat samaada tempat shopping ataupun see view. Diantara tempat yang menarik ialah
-Victoria Market (seperti pasar besar yang menjual pelbagai barangan. ada souvenir murah dan Spanish donut (churros ) yang enak
- DFO Direct Factory Outlet (-menjadi tempat wajib dikunjungi..harganya murah berbanding harga di outlet biasa...di Spencer Street atau near to Airport)
-Dockland (menikmati pemandangan tepi pelabuhan..sambil menikmati ais krim yang enak)
-Melbourne Museum
-Melbourne Zoo
-Melbourne Library dan Parliament (bergambar dari luar)
-Botanical Garden
- Port Melbourne (Pelabuhan yang cantik)
-St Kilda Beach (pantai yang ada jeti ke tengah laut)

                                                                        St. Kilda Beach
Dockland



                          View dari Bundoora...nampak tak Melbourne city....
                                   Yang tengah itu rumah sewa saya....di Bundoora
                                                                         Carlton Garden


Melbourne city...


Itu sahaja untuk kali ini...In Sha Allah akan ada part 2...Nantikan...

Cheers,
Zia Anis



9 comments:

  1. salam. study di La Trobe Uni ke?
    saya bakal sambung study ke Melbourne pada 9hb januari.
    bolehkah saya minta nasihat tetang situasi harian di Melbourne?

    ReplyDelete
  2. salam, saudara boleh emel saya di orangee83@gmail.com. insyaallah saya akan membantu yang mampu. and good luck.

    ReplyDelete
  3. Salam.nak share with u guys.i br blk dr perth.stayed in mahira holiday hmes n car rental.rumah memang best siap dgn wifi free.modern fully furnished.near city perth.max 11 org.memang harga berbaloi.servis thumb up. Owner Hj shariff.anak dia ada disini.boleh contact 0123360098 cik siti. Diaorg buat fullboard pakej juga siap 3x halal meal a day.

    ReplyDelete
  4. salam boleh kongsi dengan saya sesiapa yg ad fully package untuk percutian ke melbourne untuk bulan 4 ni

    ReplyDelete
  5. Assalam Amira, saya rasa tak perlu package untuk percutian ke Melbourne sebab negara ini English Speaking Country...dan rasanya lebih mudah jika di plan sendiri kemana tempat mahu dilawati dan tempat tinggal. Untuk accomodation gunakan booking.com kerana mereka menawarkan harga lebih murah berbanding book di website hotel itu sendiri. Manakala untuk check flight tickets gunakan Skyscanner.....ok selamat berlibur dan mengamati ciptaan ALlah yang Maha Indah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... thanks atas perkongsian.. bercadang nak jalan2 ke sana...boleh share tak bulan terbaik untuk bawa anak2 jalan2 di melbourne? Maksudnya yang selesa la untuk anak2 kecil.. x panas, tak sejuk sgt... thanks

    Jemput singgah blog saya http://my-anugerah-terindah.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. Wassalam, Puan, kalau nak merasa sejuk-sejuk bulan 6 dan 7 ok..dan jika ada masa dan kelapangan boleh book trip ke Mount Buller main snow. Booking boleh di buat di travel agency di sekitar city Melbourne. Dan sepanjang tahun adalah bagus tapi yang perlu dielakkan ialah pada bulan 12 dan 1 kerana panas boleh menjngkau 40++ degree celcius....tapi yang menarik 26 Dec ada boxing day..dimana semua kedai dan mall besar2 buat jualan lepas krismas...50% hingga 90%. Dan pada 25 december anda boleh naik train free ke mana sahaja di sekitar Victoria....

    ReplyDelete
  8. Salam Zia,
    Saya akan ke Melbourne akhir tahun ini dan saya nak tumpang tanya apa beza tram dan bus?harga tiket sama tak?Saya juga berminat untuk beli alas meja dan sarung cushion.Kat mana boleh saya cari?
    Thank you :-)

    ReplyDelete
  9. Assalam ANnie,
    tram tu macam train tapi slow..dan berenti banyak stop. Tapi sangat memuaskan hati..bus x relevan sangat untuk di bandar Melbourne.lainlah nak ke Mount Buller atau tempat yang jauh. Saya selalunya naik tram..jarang sangat naik bus. Dan kalau nak beli alas meja dan sarung kusyen x dak tempat khusus. Maybe leh try DFO Spencer STreet iaitu di tengah bandar..jalan kaki aja leh smpai atau di DFO dekat ngn airport atau ke Brand JUnction di BUndoora...
    OK selamat makan angin dan menikmati alam ciptaanNya.

    ReplyDelete