Wednesday, April 22, 2015

Tips Mengembara (Paris dan Barcelona)

Tips Mengembara (Paris dan Barcelona)

Saya mendapat beberapa soalan daripada pembaca yang ingin meneroka Spain, Paris dan London...untuk perkongsian bersama saya tuliskan disini jawapan bagi persoalan mereka..Harap jawapan ini membantu Rina, Art dan pembaca lain juga.

A) Persoalan daripada Rina

Sy akan ke europe hujung bulan april ni.. boleh kongsikan sikit tips perjalanan x? Psl penyeluk saku tu mmg berlambak sgt ke.. sy pulak pegi ikut travel agency. takot pulak rse nk kluar kan duit ble shopping nnt.

Tips:
Pelancong dari Malaysia memang menjadi sasaran penyelok saku dan pencopet, kenapa? kerana kebanyakkan pelancong malaysia menggunakan perkhidmatan train...dan biasanya berjalan berdua...even dalam grup tapi masih berdua-dua---dan pelancong dari Malaysia juga suka shopping dan spend money kat tempat2 shopping terkenal. Dan kawan saya pernah terkena, diorang tanya "Malaysian, Malaysian?" Jadi sebagai langkah keselamatan jom lihat tips dibawah ini:

1.Jangan gunakan beg belakang ataupun backpack semasa bersiar2 di Paris dan Barcelona. Kerana anda tidak sedar ada seseorang akan membuka bahagian zip anda..sebab diorang sangat profesional....tidak sedar...dan ada kes parah, mereka  merenggut begpck sesorg yang saya kenal dan sempat mengambil phone..sebab disangkakan wallet kerana phone tersebut bercasing pink.
Gunakan beg silang, dan kalau boleh simpan pasport dan dokumen penting di tempat berasingan contoh kocek berzip pada jaket dll...


                                                        No backpack

                                          Gunakan beg silang hadapan

2.Selalulah membawa botol air dan seblum keluar hotel isi air putih dahulu sebabnya air mineral boleh mencecah Euro5 sebotol 500ml (anggaran RM20...).

3. Gunakan plastik besar untuk mengisi barang shopping anda selepas anda bershopping sakan..kerana ada mata mata yang memandang kemungkinan ada rezeki mereka di dalam beg kertas barangan mahal anda...
Ini salah satu option untuk mengisi paperbag LOngchamp, Prada, LV anda...sebabnya anda menggunakan train..memang train sentiasa sesak...penuh dnegan manusia dan pelancong asing lain.

4) Untuk mendapatkan makanan halal..anda boleh lah ke kawasan restoran-restoran yang terletak berdekatan dengan Notre Dame...sebab kat situ banyak pilihan restoran halal seperti restoran Turki, Thai, India dan lain-lain. Harga standard Paris...

5) Dan untuk mendapatkan souvenir murah2 bolehlah membelinya dengan penggerai yang menjual di gerai gerai kecil di sepanjang sungai menuju ke Notre Dame..harganya murah dan berbaloi.

 B) Lg 1 nk tnya camne nk pegi hard rock cafe paris dan london..

Hard rock cafe Paris
DariEifel Tower, menaiki train mengambil masa 29 minit ke Hard Rock Cafe Paris...

Eiffel Tower
-Champ de Mars, 5 Avenue Anatole France, 75007 Paris, France


WalkWalk
About 11 min , 800 m



Iéna


Subway9towards Mairie de Montreuil
11 min (8 stops)
Stop at: Richelieu - Drouot

WalkWalk
About 3 min , 150 m

Then you will reach: Hard Rock Cafe Paris

14 Boulevard Montmartre, 75009 Paris, France

_______________________________________________________________________________

Hard rock cafe London

Bermula dari Marble Arch station jalan kaki..landmark dekat dengan Lim Kok WIng University.

Head east on Marble Arch toward Great Cumberland Pl
46 ft
Slight right onto Oxford St
108 ft
Slight right onto Park Ln
0.7 mi
Turn left to stay on Park Ln
79 ft
At the roundabout, take the 3rd exit onto Old Park Ln
-Destination will be on the right


___________________________________________________________________________________


Barcelona

Sekarang masa untuk menjawab soalan daripada Mr Art:
Nak tanya banyak sikit ni:
1. HOHO bus kat sana kita boleh tukar2 bus ke, ... maksud saya kita turun bus lain tapi naik semula bus lain ( next bus). Biasanya bas ni berhenti sekejap2, takut ada tempat kita nak lepak lama.....


Jawapan:
Di kotaraya ini semuanya cantik...terutamanya di musim summer.
1. Anda boleh menaiki bus HOHO dan boleh berhenti di stop yang disediakan dan boleh lihat distesen jadual next bus...jadi boleh rancang berapa lama boleh stay di sesuatu stop. Setiap syarikat HOHO mempunyai stop yang berlainan, jadi sila pastikan anda sentiasa di stop yang betul, biasanya diwarnakan merah, biru dan sebagainya agar tidak mengelirukan pelancong...dan anda kena tunjukan tiket setiap kali naik bus dan tidak dibenarkan naik bus company lain.




2. Castle yg ada cable car kat puncak bukit tu apa nama ye? macam menarik... dan macam nak pegi jugak

Jawapan: Anda boleh menaiki bus HOHO  ke stop Montjuic...kat sini ada beberapa muzium dan tempat menarik...di stesen ini anda harus membeli tiket samaada sehala atau return menggunakan cable car..kami ambil sehala..so boleh jalan kaki balik which is good...






3. Paeella dan Churros mmg kita boleh makan tanpa was was ke kat situ atau kena pilih restoran?

Jawapan:

untuk paella boleh tanya samaada mereka letakkan alkohol atau tidak...dan churros ada satu restoran glamor...sudah lupa nama restorannya...


Ingat tak kat area mana restoran Mr JO dari pakistan yg halal, sedap dan murah tu?

Jawapan:


  ni lah restoran abang Joe...iaitu di kawasan persisir pantai..berhampiran pelabuhan...bukak sehingga lewat malam...

                Menu dan harganya...sangat menggiurkan...bukan?

4. Kat area La Rambas tu banyakkan kedai souveniour?

Untuk beli souvenir beli di Montjuic sebab ada foreigner aka pak itam jual..murah dalam 1Euro sebuah fridge magnet...

Dan Di La Ramblas ramai orang..so hati hati...

Cheers,
Zia Anis

Pssst: Untuk yang ingin melancong ke Paris dan Vienna, Austria jom tonton filem Indonesia Cahaya di Langit Eropa...penuh dengan sejarah perkembangan islam  yang tidak pernah kita ambil tahu...selamat menonton.

5 comments:

  1. Salam akak. saya ada baca entry akak bercuti di Ireland. Saya cadang nak gi Ireland dalam masa terdekat nie, agak-agak selamat tak pergi sorang2?

    ReplyDelete
  2. Thanks jwb soklan kitorg. Especially tips psl pickpocket tu sgt mbntu..

    ReplyDelete
  3. Salam sizziey, Ireland boleh dikatakan selamat, tapi sebelah malam agak menakutkan kerana ada geng samseng dan mereka biasanya pakai seluar track sukan dan bergerak dalam kumpulan...suggestion saya malam just dok hotel aje...
    Dan guten reise Sizzey dan Ann.

    ReplyDelete
  4. Salam sizziey, Ireland boleh dikatakan selamat, tapi sebelah malam agak menakutkan kerana ada geng samseng dan mereka biasanya pakai seluar track sukan dan bergerak dalam kumpulan...suggestion saya malam just dok hotel aje...
    Dan guten reise Sizzey dan Ann.

    ReplyDelete
  5. Booking Buddy is the biggest travel booking search website, where you can compare travel deals from the large travel booking agencies.

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...