Sunday, April 12, 2015

Jalan-jalan ke Interlaken Switzerland April 2015

Trip to Interlaken, Switzerland April 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap kali tiba Easter maknanya akan ada cuti panjang di Germany ni dan kali ini selama 4 hari.
.so sebab nak.menghilangkan.stress serta x nak tambah stress dok rumah sepanjang Easter, jadi kami bertiga telah buat last minutes plan samaada nak ke Zurich ataupun ke Vienna. Dalam masa 2 hari, keputusan menyebelahi Switzerland dan alang alang ke Zurich jadi kami plan ke Interlaken. Saya amat recommended Interlaken...saya bagi 4.8 stars untuk Interlaken
Lagi.0.2 star saya kasik.next visit. Sebab rasa tidak.puas. Penonton atau peminat drama melayu mesti ingat drama bersiri Cinta Jangan Pergi lakonan Remy Ishak.dan.juga Tiz Zakiah...dan disebabkan drama ini.dan.juga recommendations daripada teman saya yang pernah kesini...jadi Interlaken termasuk dalam. Mywishlist.
Interlaken bermaksud di antara dua tasik. Untuk kesini anda boleh drive ataupun.menggunakan train.

5. April.2015
Kami bertiga bergerak.check.out Hotel Ibis di Zurich ke Zurich Haupbanhof dan membeli tiket di Kaunter Tiket. Selain.itu di kuanter ni kita boleh tanya tiket mana paling murah dan.berpatutan. orangswiss baikbaik dn boleh speaking. Jadi kami.membeli tiket Zurich_Luzern_ Interlaken.Ost yang mengambil masa 3 jam...
Kalau yang awal.skit jam.9.30 pagi laluan.Zurich-Bern-Interlaken.West.
Mulanya macam.keciwaskit sebab kena ambil ynag 3 jam
Tapi sebab nak.murah....so redha.
Tapi benar ada hikmahnya kerana pemandangan dari Luzern ke Interlaken Ost sangat sangat cantik...keretapi meluncur laju mendaki Pergunungan.Alps dan.sesekali salji turun.
Kawasan gunung dihiasi salji manakala kawasan di bawah gunung kelihatan.kehijauan dan bersih serta tenang. Subhanallah.

Luzern





                                        Inilah train yang kami naik...Zurich-Interlaken Ost

                                             Alhamdulillah sudah sampai...

Jam.1.00 petang kami tiba di stesen Interlaken.Ost..kemudian.kami menaiki bus 104 menuju Hotel.Funny Farm Backpacker. Lepas solat dan rehat kejap..
                                                            View from hotel room...Nice Yeaah


 Hotel we stayed


Kemudian kami ke Will stesen menggunakan bus 105 untuk menaiki train ke Grindelwald...iaitu pada ketinggian 1000kaki....dan tiket train CHF 20 return. Sekali lagi kami dihidangkan.panorama.indah nature dan cable car di.sepanjang perjalanan serta kehijauan rumah orang swiss. Rumah kat sini.ssmuanya.diperbuat daripada kayu dan divarnised warna koko....
Pukul 3 petang tiba di Grindelwald kami terus beli fridge magnet dan poskad. Kat sini fridge magnet mahal..
Semuanya atas daripada CHF6.90 sebiji..
Tapi terpaksa beli.untuk.kenangan.
Kat sini pemandangan sangat cantik dna banyak kedai, hotel dan restoran. Kat sini pelancong boleh sewa ski set dan meluncur di kawasan.salji
Kami.x .berski.pon sbb menikmati keindahan.alam.pon dah nikmat. Klik sana klik sini...kadang2 rasa lensa kamera tidak.mampu merakam sebaik.mata ciptaanNya kerana ternampak sedikit hambar berbanding yang asal...huhuhu
Lepas puas berjalan dan.perut pon keroncong kami.ke restoran Golden India. Tanya halal.atau tidak kat waiter, dia kata ayam.halal
So apalagi kami tunggu chef memasak sbb kedai baru bukak kami dah terpacak depan kedai
Lama juga menunggu.sesambil dapat wifi apalagi terus ke alam maya...
Dan kami.memesan chicken curry with basmati rice and a basket of fresh nan roti. MasyaAllah sangat sedap.
Dan terus kami review di Trip Advisor dan tuan.kedai berbesar hati bagi minuman percuma coffee and tea sebab tunggu lama dan sudi.review. Alhamdulillah.
Lepas makan sambung ambil.gambar dan berkejar ambil train kembali menuruni bukit bukau ke Interlaken.
Tiba hotel berehat untuk persiapan esok.

6 April 2015
8 pagi kami ke ruang makan hotel sambil nak check breakfast...sebab breakfast CHF10....malangnya tak ada yang menarik..cuma roti, toaster dan cereal...so minum kopi jelah sebab kopi free dan kami bergerak menaiki bus 105 berjalan jalan di sekitar Interlaken
Kat sini macam2 aktiviti boleh dibuat seperti paragliding, ski, cycling dan mcm2.
Boleh check dan tanya receptionist hotel anda. Kami hanya berjalan jalan dan mengambil gambar...sehinggalah tiba di friedhof ni.
Ada sungai.kecil dan kawasan yang dirimbuni pokok pokok sepanjnag sungai..sangat cantik
So klik sana klik.sini sambil memberi makan itik dan angsa.





Kemudian kami berjalan.ke bandar serta dataran Interlaken.
Ramai yang mendarat di dataran Interlaken setelah berpayung terjun daripada bukit.atas sana. Bestnya tapi takutlah..






Kemudian kami bergegas pulang ke hotel sebab nak kejar train balik.rumah masing masing jam 11.05 pagi. Sampai hotel ambik.beg check out terus kami berjalan kaki.ke Interlaken West...rupanya tak jauh pon berjalan kaki...kena tahu short cut jer...kemain laju kami berjalan sebb masa dah 10.50 pagi...kalau terlepas train memang nasib..Lah...tiket 100euro sehala...Alhamdulilah selamat smpai 2 minit kemudian train pon tiba...Train menuju ke Bern-Bassel-Mannheim. Dan kali ini kami.disajikan.pula pemandangan tasik yang indah....memang asyik....cantik

Jam 6.00 petang saya selamat smpai rumahku syurgaku...Alhamdulillah.
Kesimpulan trip.ke.interlaken sangat best dan jika.diizinkanNya akan kembali ke sana lagi.

Tip atau fakta mengenai Interlaken
* beli tiket awal so boleh dapat harga murah
* di bandar interlaken boleh naik bus smpai lebam sebab tax include dan pihak hotel.akan.berikan kad so gunakan kad tersbut untuk naik semua bus round satu interlaken
*banyak.restoran halal.dan.diorg ada sign halal.sendiri yang berbunyi shalal. Kat bandar interlaken west aja ada 3 kedai halal...
*kalau boleh bawa bekalan makanan kalau nak.jimat sbb swiss sangat mahal dari segenap segi. Kalau boleh book hotel yang boleh masak so boleh lah panaskan lauk atau masak instant noodle atau nasik dll
Kat sini 6 biji telur mentah aja dah RM16 ....uwaa...
*sediakan international.plug sbb even plug drpada Germany pon x compatible....
*kat sini banyak hotel....motel ataupun backpacker...so pandai pandai pilih yang murah dan berpatutan. Saya selalu gunakan.booking.com

                                                                               Zia the traveller.


Cheers
Zia Anis

12 comments:

  1. Hi zia
    pengangkutan di Switzerland perlu book awal ke kalau Kita sudah ada Swiss travel pass? Atau hanya perlu tunggu train dan naik Saje ke mana2 destinasi?

    ReplyDelete
  2. Tak perlu jika anda dari Malaysia sebab di main station Zurich anda boleh membeli tiket disitu untuk kemana-mana sahaja..dan ada tiket yang murah dan in group or day trip.
    Tapi jika anda dari negara europe, mesti beli tiket awal seperti guna EuroPass dan tiket swiss train dan sebagainya.

    ReplyDelete
  3. Maknanya tak perlu beli swiss travel pass pun..?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak jalan2 di zurich dan ke Air Terjun RheinFall boleh gunakan Day Ticket kalau x silap. Dan tiket ini juga boleh digunakan untuk naik feri di Zurich. Memang jimat..sampai ke malam boleh guna.
    Manakala dari Zurich train station ke Lucerne dan Interlaken, interlaken-zurich gunakan ticket yang boleh dibeli di Kaunter Ticket Information di Zurich Train station. Sebab tengok mcm mahal juga tiket swiss pass. Dan jika di Interlaken boleh beli tiket di stesen ke Grindelwald return x smpai 40 euro.

    Saya tak pernah gunakan swiss pas...cuba saudari Ctzack Ahmad search kat blog mengenai trip orang yang pergi menggunakannya.

    ReplyDelete
  5. Assalam..hi anis,
    Saya amat teruja melihat keindahan ciptaan Tuhan di negara swiss ini. Subhanallah, sgt cantik.Jika ade rezeki, saya juga ingin melawat ke sana. Semoga impian ini menjadi kenyataan dan diharap agar cik anis dpt membawa saya melawat ke tmpt yg menarik nnti, insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ALlah buka rezeki pada eydakasyah untuk sampai ke SWISS yang indah dan bersih ni...

      Delete
  6. memang best pergi sana. tiga hari terasa cepat sangat. banyak tempat tak explore lagi. Insyallah kami akan hadir lagi ke sini. Tq atas blog ini, serba sedikit bagi panduan kepada kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Swiss dan Interlaken sangat cantik...tak boleh tergambar dengan kata-kata..so memang kena visit lagi sekali...

      Delete
  7. Salam Perkenalan Zia Anis..saya akan ke Switzerland, dari Paris ke Zurich dan ke Lucerne. Perlukah saya beli tiket train lebih awal dari Zurich ke Lucerne? Betul ke beli lebih awal lebih murah berbanding di kaunter? Tq

    ReplyDelete
  8. Wonderful site. A lot of useful information here. I'm sending it to a few buddies ans additionally sharing in delicious. And of course, thanks for your effort! Hotels Frankfurt-Oder

    ReplyDelete
  9. Miss switzerland, been there b4. Beautiful..

    ReplyDelete

Jerman (Germany) Bandar yang ku lawati

 Assalamualaikum and Hi semua, Wie gehts? Alhamdulilah saya sihat. Setelah berkurun tak update harini nak update blog.  Sepertimana tajuk di...